Friday, December 17, 2010

che'GuBard setia tetapi demokrasi harus diselamatkan dalam parti

Bekas calon jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin menegaskan, beliau tidak menyertai parti yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim.

“Beberapa hari ini saya dihujani e-mel, SMS dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan Keadilan dan menyertai sebuah parti lain bersama Datuk Zaid Ibrahim.

“Malah ada SMS dari beberapa nombor tak dikenali dengan sengaja menghantar mesej sindiran-sindiran yang agak kasar,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.

Semalam, Zaid dipilih sebagai presiden Akim, yang namanya ditukar menjadi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Katanya, beliau ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononnya akan meninggalkan parti dan dipujuk oleh Zaid dengan bayaran tertentu.

“Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang daripada Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononnya bagi menyokong beliau.

“Mungkin menghormati saya, Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain,” katanya.

“Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada Keadilan tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik ‘menyapu’ semua masalah dibawah karpet.

Bagaimanapun Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” mengucapkan tahniah kepada Zaid yang telah memilih ‘kenderaan’ politik baru.

“Saya dan teman-teman menghormati pendirian yang beliau ambil dengan menyertai Akim dan kemudian melalui mesyuarat agung tergempar beliau terpilih sebagai presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita),” katanya.

Sekurang-kurangnya Zaid melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan mempertahankan prinsip yang beliau yakini, kata Badrul Hisham.

“Sebagai seorang yang prodemokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif.

“Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan kenderaan politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi, mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat,” katanya.

Komen Sharpshooter - Belajar dari sejarah, pemimpin tergelincir dari landasan perjuangan sebab orang sekelilingnya asyik membodek..ya boss..ya boss..yes boss...semua ok boss...semua beres bosssss...

Chegubard dan sharpshooter lantang menegur kerana kita tidak mahu ada pemimpin dibuai oleh mimpi indah yang didendang ke telinga Anwar oleh orang sekeliling atau pendewa Anwar yang suka mengampu. Biarlah umno dengan budaya ampu nya, janganlah berjangkit dan merebak kepada Keadilan.

Kita marah kepada Speaker dewan Parlimen kerana tidak adil dalam memberi keputusan, tertuduh tidak diberi peluang membela diri. Adilkah begitu? sudah pasti tidak adil.

Ada juga ahli Keadilan yang digantung 6 bulan tanpa dipanggil membela diri. Adilkah begitu? sudah pasti tidak adil.

Sharpshooter ketika muncul di TV3 kes Fairus dulu, sharpshooter mahu dipecat oleh Zahrain kerana membongkar kes kuari melibatkan Fairus dan seorang lagi orang kanan Zahrain Jamil jari 6 (JJ6) kerana menipu pembayaran royalti kepada kerajaan negeri.

Hasil pendedahan sharpshooter, kerajaan Negeri siasat dan akhirnya memperolehi RM12 juta lebih dan orang kanan Zahrain, JJ6 yang juga pengusaha kuari didenda RM2 juta lebih. Inilah punca sebenar Zahrain terlalu marah kepada sharpshooter hingga mahu dipecat dari ahli Keadilan.

Adakah Fairus dan JJ6 dipanggil dan dikenakan tindakan? Fairus meletak jawatan tetapi JJ6 terlalu kebal disisi Zahrain.

Adakah jawatankuasa disiplin Pusat memanggil sharpshooter untuk membela diri di Pusat? Jawapannya tidak. Adilkah begitu? sudah pasti tidak adil.

Lalu kes sharpshooter dibawa ke mesyuarat MPP Pusat dan ketika itu Chegubard dan Saiful Izham Ramli adalah dua orang pejuang yang berani mempertahankan sharpshooter dan akhirnya sharpshooter digantung 6 bulan secara undi angkat tangan kerana kesalahan muncul di TV3 mendedahkan kesalahan pemimpin Keadilan.

Adakah sharpshooter tidak guna saluran dalaman. Jawapannya sudah digunakan tetapi apa yang berlaku, sharpshooter dipecat sebagai Ahli Majlis MPSP dan mahu dipecat sebagai ahli Keadilan kerana membongkar kes kuari dan akhirnya kerajaan Negeri P.Pinang memperolehi RM12 juta lebih.

Anwar berkata Fairus sambung belajar? benarkah? hanya budak-budak tadika KEMAS yang percaya. Akhirnya Fairus dan Zahrain yang melompat keluar parti. Sepatutnya Anwar ambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku.

Bab sharpshooter difitnah tak payah nak citerlah tetapi mereka bacul kerana tidak berani bercakap secara terbuka terhadap tuduhan liar yang dilemparkan kepada sharpshooter dan begitulah juga kini fitnah terhadap Chegubard umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Kesimpulannya jangan kita "double standard" terhadap hukuman. Jika kita berkata Speaker Dewan Parlimen tidak adil menjatuhkan hukuman kerana tertuduh tidak dipanggil membela diri, kita juga wajib mengaku kesalahan kita yang juga menghukum ahli Keadilan tanpa tertuduh dipanggil untuk membela diri.

Jangan menghukum orang yang mendedah dan membongkar penyelewengan tetapi hukumlah orang yang melakukan perkara tersebut. Inilah politik baru yang rakyat mahukan. Inilah juga politik yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita. Nabi pernah bersabda "Jika Siti Fatimah mencuri, aku sendiri akan memotong tangannya.."

Sewajarnya kita mengambil sikap tegas Nabi itu sebagai panduan dan amalan kita, jika pimpinan kita bersalah, hukum mereka jika terbukti bersalah tetapi jangan menyapu kesalahan mereka di bawah permaidani indah. Barulah rakyat akan hormat dan sokong kita kerana prinsip dan ketegasan kita.

Rakyat benci umno kerana mereka melindungi kesalahan pemimpin mereka dibawah permaidani indah, adakah kita juga mahu mengikut jejak umno? UBAH SEBELUM PARAH UBAH DEMI MARUAH.

petikan http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment