Thursday, December 16, 2010

Terus setia dengan KEADILAN dan terus berusaha menegak keadilan

Beberapa hari ini saya dihujani email, sms dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan KEADILAN dan menyertai sebuah parti lain bersama Datuk Zaid Ibrahim. Malah ada sms dari beberapa nombor (hantu) tak dikenali dengan sengaja menghantar masej sindiran-sindiran yang agak kasar.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Zaid yang telah memilih 'kenderaan' politik baru baginya. Saya dan teman-teman menghormati pendiran yang beliau ambil dengan menyertai AKIM dan kemudian melalui mesyuarat agong tergempar beliau terpilih sebagai Presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA).

Sekurang - kurangnya beliau melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan pertahan prinsip yang beliau yakini. Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif. Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan 'kenderaan' politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi , mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat.Saya juga yakin selagi beliau dan teman-temanya berpegang pada prinsip memperjuangkan rakyat maka beliau punya peranan dan kekuatan penting dalam lanskap politik negara. Saya ada sedikit keyakinan beliau bukan seperti kawan-kawan yang lain yang keluar dari KEADILAN yang hanya dijadikan alat regim seperti sebelum ini.

Saya dengan ini ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononya saya meninggalkan parti dan dipujuk oleh Datuk Zaid dengan bayaran tertentu. Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang dari Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononya bagi menyokong beliau.

Mungkin menghormati saya Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain. Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada KEADILAN tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik 'menyapu' semua masalah dibawah karpet.

Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayngkan negara ini kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.

Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam keadilan belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN sebur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.

Saya menerima nasihat YB Setiausaha Agung iaitu sabar dan jangan buat bukan - bukan. Namun sampai bila saya harus menanti.........

Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.

Namun saya juga ingin berpesan kepada teman - teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu..... mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam KEADILAN, mereka mahu kita lakukan sesuatu tak terkawal untuk mudah mereka mencari alasan menyingkirkan kita.

Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti kita....... kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.

Anak muda terus bangkit mengasak keadilan meratah kezaliman.

7 comments:

  1. sabar che gu bard...
    kami rakyat tahu beza antara kaca dan permata...
    kami setia menyokong chegubard...
    kami setia menyokong keadilan...
    semoga prinsip ini tetap teguh...
    amat berharap chegubard terus kekal berjuang di dalam parti keadilan...:)

    ReplyDelete
  2. 1Crony6:21 PM

    Tahniahlah kerana anda masih setia dengan perjuangan dan keadilan di negara ini. Perjuangan adalah bukan hanya dengan kata-kata, mesti ada jatuh dan bangunnya. Perkara yang susah untuk dimiliki atau lambat datang kepada kita sebenarnya adalah suatu hikmah dari Allah kepada manusia pilihan dan yang dikasihiNya. Anda masih orang kepercayaan PKR, itu sebablah mereka menyokong anda bertanding di Rembau bagi mencabar Khairi Jamaluddin di PRU12 dahulu. Tetapi Shamsul dicalonkan bertanding kat mana? Menangkah dia? Anda seorang yang bersemangat dan berbakat walaupun tidak sehebat DSAI, tetapi semangat melawan anda rasanya setanding beliau. Teruskan perjuangan anda, ahli karat seperti saya akan tetap menyokong anda.

    ReplyDelete
  3. Salam..

    gering teruk tu kira dah tenat la kan Chegu?

    ReplyDelete
  4. dalam keadilan memang ramai lagi ahli yang mentalitinya sama dengan umno...pejuang keadilan yang adil dan benar sahaja yang akan bersinar dan menyinar akhirnya...insyaallah..

    ReplyDelete
  5. Jebat Simunjan3:40 AM

    Assalamualaikum Cgu Bard. Terima kasih atas pandangan anda dalam hal ini. Semoga niat perjuangan anda akan terus bersama Keadilan untuk merealisasikan perubahan politik Msia pada pasa depan. Ingin juga dinyatakan di sini bhw sebelum peristiwa demo syabas pada 5/12 yang lalu saya hanya melihat dan mengikuti perkembangan sdr melalui media2 alternatif ini. Kes pemilihan PKR yang baru lalu cukup mengujakan saya untuk terus mendekati arah perjuangan sdr. Semasa perhimpunan rakyat di Masjid Negara pada 5/12 yang lalu saya memerhati dan melihat gerak geri kepimpinan AMK yang saya kenal. Saya masih ingat ketika sdr berbicara dlm kumpulan kecil bersama beberapa org teman sdr. Begiti rancak perbualan sdr dan teman2 ketika itu. Meskipun saya tidak pernah bersama2 sdr berjuang dalam keadilan ini ttp saya merupakan seorang insan yang berjiwa spt sdr. Mahu menjadikan PKR sebagai platform perjuangan. Meskipun jauh berada di Swk namun perjuangan PKR akan tetap dekat di hati saya. Kepuasan saya untuk bersama2 rakyat Sgor menikmati semburan water canon dan gas pemedih mata tempohari semakin menguatkan semangat saya untuk menghancurkan rejim BN. Hanya satu saya ingin pesan2 kepada sdr... Jika sdr sentiasa memerhati pergerakan kepimpianan PKR dr dekat maka org lain juga akan memerhati pergerakan sdr untuk membuat penilaian. Mudah2an pemerhatian dan penilaian antara kita semakin menguatkan perjuangan PKR dan bukan menghancurkannya atas dasar jawatan. Selama ini saya pun memperjuangankan DSAI dan PKR tanpa apa2 jawatan. Nasib saya lebih teruk dan malang drp apa yg sdr alamai ketika ini. Namun saya gagahi juga atas semangat perjuangan dan PKR ini sudah saya semadikan sebagai tapak PERJUANGAN MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENGHAPUSKAN KEZALIMAN DI BUMI BERTUAH INI. Hidup PKR. Hidup Rakyat.

    Salam dr JEBAT SIMUNJAN.

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:58 AM

    Aku harap sgt jgnla skali2 Tuan kembali pada UMNGOK kerana kecewa dgn pengurusan PKR. Jgnla jd mcm Ezam and the gang.Tuanla harapan kami anak2 muda untuk menentang kezaliman UMNGOK! Teruskan perjuanganmu.

    ReplyDelete