Wednesday, December 08, 2010

Kenyataan Media : Akur tetapi tidak mengiktiraf keputusan, menolak semua tawaran jawatan lantikan selagi penjelasan bertulis tidak diperolehi.

Saya memohon maaf kepada banyak pihak termasuk media kerana telah mengelak untuk memberikan kenyataan atau sebarang komen pasca pemilihan KEADILAN 2010.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua teman-teman yang memberikan sokongan yang amat memberansangkan kepada saya dan barisan calon - calon yang bersetuju dengan dokumen Manifestasi Anak Muda - Penerus Perjuangan Reformasi. Kita telah berjaya menggariskan dengan jelas 3 cabaran terbesar, 3 saran gerak kerja dan 5 pelaksanaan praktikal. Manifestasi Anak Muda Malaysia ialah manifesto yang jelas dan praktikal bagi mereformasi AMK dan seterusnya mampu menyerlahkan politik baru dan reformasi yang dilaungkan.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua teman dari Perlis sampai ke Sabah yang bertungkus lumus menjadi jentera kempen dan pemantau proses pengundian. Kita berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan dalam penuh tekanan 'pengaruh' dan kewangan.

Kita telah berjaya membuktikan tanpa politik naungan dan kewangan yang melimpah kita mampu menang jika semua dijalankan secara telus.

Saya telah menghantar bantahan bertulis. Bantahan yang telah menyenaraikan perbagai kepincangan ini tidak mendapat respon bertulis setakat ini.

Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan KEADILAN 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.

Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia.

Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut.

Melaksanakan agenda 1 anggota 1 undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu dibawah pemaidani'.

Pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan Pengerusi Tetap dengan cara angkat tangan. Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu.

Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan. Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri.

Jawatan bukan alasan untuk bekerja. Saya tegaskan tanpa jawatan peringkat pusat saya akan terus setia dalam memperkasakan parti. Saya masih yakin KEADILAN merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun KEADILAN juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti.


che'GuBard

  • bekas MPP KEADILAN 2007 - 2010
  • calon Ketua AMK, Pemilihan KEADILAN 2010.

email : chegubard@gmail.com


blog : http://chegubard.blogspot.com
twitter : chegubard
facebook : chegubard SAMM

7 comments:

  1. KITA SAMA2 TERUSKAN PERJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA2
    IZAM

    ReplyDelete
  2. Salaam dan Tahniah.

    Satu kenyataan tegas, berani dan berwibawa!

    Semoga sdra akan terus berani meluruskan yang bengkok dalam parti.

    Salaam Perjuangan!

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:39 AM

    Tahniah cikgu...

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:21 AM

    supaya kita terus taat dengan perjuangan dan lawan tetap lawan!!!~DSS

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:05 AM

    Dalam Politik seseorang perlu berani membuat keputusan. Kenyataan chegu ini sedikit pun tidak meresahkan kem-kem pihak tertentu dalam parti kerana masih nampak berlembut. Kebiasaanya seseorang yang berlembut akan mudah dimanupulasi, ditindas dan sebagainya. Untuk menyedarkan seseorang tindakan kekerasan kadang-kala perlu dilakukan.

    Saya percaya perkara ini pasti akan berulang semula. Kerana tiada tindakan drastik dan kuat dari para pengkritik seperti chegu iaitu hanya mempertikai tapi akur! Tindalkan seperti demostrasi perlu dilakukan secara besar-besaran bagi tujuan mencegah parti menuju kemusnahan. Masalah ini seperti barah yang akan merosak dan memusnahkan parti.

    Achmad Abdollah
    notoracist@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:46 AM

    Askm cikgu. Saya adalah ahli UMNO Sabah, tetapi biasalah, kami di Sabah keahlian terhadap sesuatu parti tidak melambangkan apa-apa. Walau pun ahli UMNO bukan bermakna saya menyokong parti UMNO. Menyertai parti atau tidak bagi saya sama sahaja, yang penting pendirian saya konsisten. Parti mana yang memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan rakyat saya akan sokong. Pada pendapat saya, sekalipun cikgu tewas dalam pemilihan AJK PKR baru-baru ini, tidak semestinya cikgu terus menungkit dan memperbesarkan isu-isu itu khususnya biola mana parti cikgu berdepan dengan lawan sebenarnya khususnya UMNO. Percayalah ramai seperti saya di luar ini yang sebenarnya berminat mengikut perkembangan parti-parti bukan kerajaan khususnya PKR, Dap dan Pas. Kami juga sudah terlalu bosan dengan kerajaan BN hari ini yang tidak prihatin. Pada bila-bila masa juga kami boleh mengalihkan sokongan kepada PR atau BN. Bergantung kepada kepercayaan terhadap kewibawaan parti. Tetapi tindakan cikgu yang meluahkna perasaan secara terbuka, ya mungkin bagus untuk memperlihatkan keterbukaan PKR tetapi dalam masa yang sama juga mencalar imej PKR. Mengapa tiada kompromi dalam PKR? Saya melihat Pas lebih matang dan kelihatann ya tidaklah rakus sangat untuk mendapat jawatan dalam parti. Mungkin cikgu betul, berlaku ketidaktelusan tetapi hendak mengubah sesuatu itu perlu mengambil masa dan ketekunan. Tidak perlulah mengungkit jasa cikgu kepada parti. Orang atau generasi hari ini tidak menghiraukan itu semua. Apa yang penting orang ingin melihat pemimpin yang berjiwa besar. Ya hari ini cikgu tidak menang kerana berlaku ketidaktelusan, terima kekalahan itu sebagai cabaran untuk terus berjuang. Semoga cikgu akan berjaya.

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:50 PM

    Let's not have a peliwat as a leader ok..

    ReplyDelete