Sunday, November 22, 2009

Bekas Presiden PRm dipelawa sertai KEADILAN

Selaku ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dengan ini mempelawa Saudara Hassan Karim untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Sejarah dan pengalaman perjuangan beliau amat berguna jika digabungkan dengan tenaga muda dalam KEADILAN demi merialisasikan perjuangan yang lebih besar demi kepentingan rakyat terbanyak.

Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim meletakkan jawatannya berikutan usul beliau agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat ditolak.

Keputusan meletkkan jawatan itu dibuat Hassan dalam satu surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agong PRM, Koh Swe Yong baru-baru ini.

Kongres Nasional PRM kali ke-41 pada 15 November dii Kuala Lumpur baru-baru ini menolak cadangan Hassan agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat.

Cadangan itu dibuat oleh Hassan melalui Ucapan Dasar Presiden. Hassan telah menjadi Presiden PRM selama 5 tahun dan lebih 31 tahun sebagai ahli PRM.

(Gambar: Hassan letak jawatan Presiden PRM untuk bersama Pakatan Rakyat)

PRM dihidupkan semula oleh Hassan dan para penyokongnya selepas pimpinan PRM sebelum itu, Dr Syed Husin Ali dan rakan-rakannya memutuskan untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN).

Pergabungan antara PRM dan PKN telah membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Baru-baru ini, Dr Syed Husin telah dilantik sebagai senator oleh Dewan Negeri Selangor.

"Saya tiada pilihan lain sebagai seorang pemimpin yang bermaruah melainkan satu pilihan sahaja iaitu meletak jawatan sebagai Presiden PRM, ahli Jawatankuasa Pusat dan semua jawatan saya di dalam parti berkuatkuasa serta merta," kata Hassan dalam suratnya itu.

Hassan juga mengambil keputusan untuk meninggalkan PRM ekoran peristiwa tersebut.

"Memandangkan saya ingin memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dan tidak mahu tindakan-tindakan saya itu nanti akan menjejaskan kedudukan dan pendirian pimpinan PRM maka saya dengan hati yang amat berat mengambil keputusan meninggalkan Parti Rakyat Malaysia yang saya sayangi ini dengan berkuatkuasa serta merta juga," tulis Hassan dalam surat yang dihantar kepada media itu.

(tulisan mengandungi petikan dan gambar dari Harakahdaily)

4 comments:

  1. macam tak faham sikit ah.

    kenapa hassan karim bermati-matian hidupkan PRM? kenapa hassan karim tak bersama syed hussin jek masa PRM bergabung dgn PKN itu hari jek? kenapa hidupkan PRM tapi nak bergabung dengan PR? kalau nak bergabung dgn PR, kenapa hassan karim tak join PKR dan bubarkan jek PRM?

    macam tak paham sikit ah.

    apa yang berlaku sebenarnya ni? siapa hassan karim sebenarnya?

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:09 PM

    menurut maklumat hassan karim sudahpun serahkan borang permohonan jadi ahli kepada DSAI sendiri semasa DSAI ke JHR baru ini....

    tahniah.....

    tapi geng syed husin, siva dan lathefah koya nak jawab apa ....?

    ReplyDelete
  3. Setiap orang ada sejarah perjuangannya dan tidak ada paksaan yang boleh menukar pemikiran seseorang. Saya kenal Hassan, seorang pemimpin yang baik dan komited.

    Perjuangannya adalah untuk rakyat marhaen, dan bukan orangnya mencari kepentingan diri.

    Kemasukannya kedalam KEADILAN adalah baik untuk perjuangan rakyat dan massa, kita akan dapat seorang yang komited dengan perjuangan rakyat.

    Saya alu-alukan Hassan, dan saya kira disuatu hari nanti, kesemua anggota PRM akan menyertai perjuangan PR bagi menegakkan kedaulatan rakyat.

    ReplyDelete