Pada 16 September yang lepas cheGuBard dan beberapa orang teman telah membuat hantaran tangan satu surat terbuka kepada Menteri Besar Negeri Sembilan di pejabat rasmi Menteri Besar. Surat telah diterima dan di cop terima pada salinan surat.
Selepas itu satu sidang media telah dibuat menjelaskan mengenai penghantaran surat tersebut. Malangnya keesokan harinya hanya akhbar berbahasa cina menyiarkan berita tersebut. Akhbar berbahasa melayu semua tidak menyiarkan termasuk akhbar harian saiz tabloid yang kononya agak bebas juga tidak menyiarkan.
Menurut seorang wartawan berita surat terbuka itu tidak boleh disiarkan kerana 'amaran' pejabat Menteri Besar......
Berikut diperturunkan semula surat terbuka tersebut. Dalam sidang media tersebut cheGuBard telah tunjukkan kepada wartawan sekeping cek yang mengaitkan seorang exco kerajaan negeri dengan rasuah. Salinan cek tersebut ialah antara bukti rasuah pemimpin kerajaan negeri yang ada pada SPRM. cheGuBard punya beberapa bukti tersebut dan InsyaAllah masa sesusai akan dedahkan.
Selepas itu satu sidang media telah dibuat menjelaskan mengenai penghantaran surat tersebut. Malangnya keesokan harinya hanya akhbar berbahasa cina menyiarkan berita tersebut. Akhbar berbahasa melayu semua tidak menyiarkan termasuk akhbar harian saiz tabloid yang kononya agak bebas juga tidak menyiarkan.
Menurut seorang wartawan berita surat terbuka itu tidak boleh disiarkan kerana 'amaran' pejabat Menteri Besar......
Berikut diperturunkan semula surat terbuka tersebut. Dalam sidang media tersebut cheGuBard telah tunjukkan kepada wartawan sekeping cek yang mengaitkan seorang exco kerajaan negeri dengan rasuah. Salinan cek tersebut ialah antara bukti rasuah pemimpin kerajaan negeri yang ada pada SPRM. cheGuBard punya beberapa bukti tersebut dan InsyaAllah masa sesusai akan dedahkan.
Badrul Hisham Bin Shaharin,
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP),
Parti Keadilan Rakyat.
Tarikh : 16 September 2009
YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hassan,
Menteri Besar Negeri Sembilan.
YAB Dato' Seri Utama ;
SURAT TERBUKA : PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB MENJELANG PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Seperti yang diketahui PRK Bagan Pinang tidak boleh dielakkan dan akan diadakan tidak lama lagi. Walaupun sejak kebelakangan ini PRK telah dilabelkan dengan oleh regim Bn sebagai membazir namun menjelang PRK Bagan Pinang persepsi yang cuba diberikan oleh pemimpin Bn ternyata berbeza. Merujuk kenyataan Exco Pelancongan Negeri semalam menyebut PRK Bagan Pinang akan menarik pelancong ke negeri ini.(rujuk m/s N3 Sinar Harian, 15.9.09)
Namun bagi Pakatan Rakyat PRK dilihat sebagai manifestasi dan kesempatan implementasi kuasa rakyat. PRK di peringkat DUN seharusnya dijadikan ruang penilaian prestasi pertengahan penggal. Kerajaan Pakatan Pulau Pinang contohnya telah diuji dengan dua penilaian prestasi pertengahan penggal dan dilihat diberi penilaian lulus cemerlang oleh pengundi.
Di N.Sembilan terlalu banyak isu yang selama ini tidak terjawab atau dengan sengaja rakyat diberikan fakta salah atau dilarikan perhatian rakyat ke isu lain untuk mengelak dari memberikan jawapan.
Sehubungan dengan itu tujuan surat terbuka ini ditulis ialah untuk menuntut jawapan spesifik dan lengkap dari kerajaan negeri khususnya pihak Menteri Besar mengenai beberapa persoalan. Ini akan dijadikan perhatian utama pengundi Teluk Kemang untuk dijadikan bahan ukuran penilaian prestasi pertengahan penggal.
Isu pertama
Tuduhan 'kerajaan adik beradik' kedengaran sejak dari awal lantikan Menteri Besar sekarang ini. Tuduhan bukan sahaja dari luar kerajaan negeri namun kuat kedengaran dikalangan pentadbiran kerajaan termasuk dalam Umno itu sendiri. Tuduhan ini bukan sahaja kerana tuduhan campurtangan keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran kerajaan negeri sahaja tetapi juga berkaitan dengan agihan projek dan kontrak kerajaan.
Melalui surat ini penjelasan dituntut, Bagaimana 2 syarikat 'Bumi Highway' dan 'Selia Selenggara' yang punya kaitan dengan keluarga Menteri Besar mendapat begitu banyak kontrak dan tender dalam Negeri Sembilan ?
Adakah benar ketika menjadi Setiausaha Umno Negeri, Datuk Azman Hassan (abang Menteri Besar) telah menemui beberapa pegawai kerajaan dengan memberikan beberapa 'arahan' ? Adakah Setiausaha parti politik berhak memberikan arahan kepada pegawai kerajaan ?
Isu kedua
Penswastaan Air Negeri Sembilan tetap berlaku walaupun mendapat perbagai tentangan. Malang lagi penswastaan ini berlaku ketika dasar penswastaan negara telah jelas menunjukkan kegagalan khususnya dalam menjamin kepentingan rakyat. Penswastaan ini jelas bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar selaku Pengerusi Bn ketika pilihanraya 2008 mengenai penswastaan air negeri.
Alasan penswastaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan amat meragukan kerana bulan pertama penswastaan sudah timbul persoalan pengiraan bil air yang merugikan pengguna. Ini kerana pihak pemegang konsesi gagal membaca meter dalam masa 30 hari.
Di ketahui penswastaan (menyerahkan tanggungjawab kerajaan kepada agensi swasta) akhirnya akan merugikan pengguna. Bn amat porpular dengan perjanjian konsesi yang berat sebelah (amat menguntungkan syarikat). Perjanjian dengan pemegang konsesi lebuhraya contoh terbaik di mana kini kerajaan terpaksa membazirkan wang rakyat setiap kali jika kenaikan perlu dielakan kononya kerana perjanjian, jika tidak kenaikan akan ditimpa terus atas kepala rakyat. Pendek kata perjanjian menjanjikan kenaikan harga dan keuntungan dijanjikan kepada syarikat. Jika tidak dibenar naik kerajaan terpaksa bayar terus (juga wang rakyat). Ketika rakyat ingin melihat apa perjanjian tersebut, kerajaan dan pemegang konsesi mengelak dengan mengatakan ia sulit.
Di Selangor contohnya Kerajaan Negeri semasa di bawah Bn telah menganugerahkan pembekalan air Selangor kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh bekas Bendahari Umno Bahagian dan dijanjikan siri kenaikan tarif untuk menjamin keuntungan berganda syarikat. Syarikat membuat keuntungan amat besar tiap tahun. Namun ketika Kerajaan diambil alih oleh Pakatan Rakyat, polisi air percuma ditolak oleh syarikat. Namun kerajaan negeri terpaksa membayar jutaan ringgit kepada syarikat air negeri hanya kerana perjanjian berat sebelah yang ditandatangani oleh Menteri Besar Bn yang lalu.
Melalui surat ini dituntut perlu didedahkan perjanjian penswastaan / konsesi air negeri ini.Apakah jadual kenaikan kadar tarif air yang dijanjikan kepada syarikat ? Siapa yang kini memegang kepentingan di sebalik konsesi air ini ? Adakah ia berkaitan rapat dengan parti pemerintah ?
Isu ketiga (isu ini juga harus dijawab oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan)
Surat ini juga menuntut penjelasan mengenai isu campur tangan Menteri Besar (atau cuba mempengaruhi) dalam isu siasatan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam pentadbiran dan pimpinan kerajaan negeri.
Bukan sedikit laporan rasuah yang ditujukan kepada pentadbiran, pemimpin termasuk kepada Menteri Besar sendiri. Laporan dibuat bukan sekadar oleh kalangan orang biasa namun melibatkan tokoh Umno itu sendiri.
Namun terdapat tuduhan Menteri Besar telah 'memohon' kepada SPRM agar tindakan tidak perlu dilanjutkan kerana jika dilanjutkan nescaya kerajaan negeri ini yang hanya mempunyai majoriti tipis di Dewan Undangan Negeri bakal tumbang.
Melalui surat ini juga Pengarah SPRM dituntut menjawab 'adakah tidak salah' beliau memohon bantuan kewangan dan menerima cek dari Menteri Besar Negeri Sembilan. Perkara ini pernah didedahkan namun Pengarah SPRM membisu. Menurut maklumat SPRM (Pusat) mengakui kegiatan Pengarah SPRM Negeri Sembilan meminta dan menerima 'bantuan' kewangan dari Menteri Besar adalah salah tetapi hanya diberi 'amaran keras'. Menteri Besar Negeri Sembilan hanya mengulas isu ini dengan penafian dangkal namun Pengarah SPRM Negeri Sembilan hanya membisu dalam isu ini.
Tuduhan diatas dilihat serius kerana ia berkait rapat dengan 'kegagalan SPRM menjalankan siasatan terhadap pemuka Umno yang jelas terlibat dalam kegiatan 'rasuah'.
Dalam kes seorang ADUN Negeri Sembilan, jelas pengadu telah memberikan contoh cek sogokan untuk politik wang dari ADUN tersebut bagi mempengaruhi undi dalam pemilihan Umno, namun fail siasatan 'disenyapkan' kerana kalau diteruskan ia bakal menipiskan lagi majoriti yang tipis di dewan. Jika SPRM menjalan tanggungjawab secara bermanah dan beretika Kerajaan Negeri Sembilan dibawah Bn sudah pasti akan tumbang.
Isu keempat
Ketika Pilihanraya Bn telah menaburkan perbagai janji. Banyak antara janji tersebut telah dibohongi, antaranya Pengarah Pilihanraya Bn Pusat telah berjanji bahawa minyak 'pasti' tidak naik tahun ini (2008) namun selepas Bn menang pilihanraya minyak dinaikkan dalam tahun yang sama. Begitu juga di peringkat tempatan sehingga kini terlalu banyak janji pilihanraya tidak tertunai. Melalui surat ini juga selaku Ketua KEADILAN Cabang Rembau ingin menuntut janji pilihanraya Bn dikawasan Rembau. Kini sudah 18 bulan dari tarikh rakyat mengundi Bn di Rembau kerana janji pilihanraya, dari ratusan janji pilihanraya cukup disenaraikan empat janji yang sehingga kini masih belum nampak seperti mahu ditunaikan.
* Janji Hospital Daerah Rembau
o berpuluh tahun dibawah Bn daerah Rembau terpinggir, bukan hospital yang sempurna tetapi langsung tidak punya hospital daerah. Orang Rembau terpaksa ke Tampin atau Seremban untuk mendapat rawatan 'sempurna'. Setelah lama tersiksa akhirnya rakyat dijanjikan Hospital Daerah Rembau ketika pilihanraya. Namun seperti tertipu sehingga kini langsung tidak nampak bayang Hospital Rembau.
* Masjid Pedas
o bukan sedikit kerja pecah tanah ketika pilihanraya antaranya pecah tanah Masjid Pedas.Namun sehingga kini tanah yang diratakan untuk majlis pecah tanah dan kempen pilihanraya Bn itu tinggal kosong dan dipenuhi semak samun.
* Pusat Tuisyen Emas
o kononya calon Bn amat prihatin isu pelajaran penduduk setempat dengan menjanjikan pusat tuisyen percuma. Namun sehingga kini kerja semudah membuka pusat tusiyen yang dijanjikan ini juga gagal dilaksanakan.
* Lapangan Terbang 'ringan'
o orang Rembau bukan setakat dijanjikan hospital, masjid tetapi turut dijanjikan Lapangan Terbang. Begitulah usaha Bn untuk menang pilihanraya dengan menabur janji. Menjadi bahan jenaka jika difikirkan dengan waras namun sehingga kini orang Rembau menantikan lapangan terbang yang dijanjikan buat mereka.
Isu Kelima
Sudahlah syarikat – syarikat dibawah kerajaan negeri tidak menunjukkan prestasi yang baik malah laporan mengenai kadar indeks kepuasan pelanggan terhadap sektor awam di negeri ini juga perlu diberi perhatian. Perbelanjaan mengurus yang tinggi dalam buget agensi kerajaan juga perlu diperhatikan. Peningkatan kadar atau nilai cukai terhadap rakyat terus meningkat. Ini semua menggambarkan prestasi lemah kerajaan negeri.
Dalam keadaan tersebut, kerajaan negeri jelas tidak prihatin tetapi sebaliknya terus mengeluarkan perbelanjaan untuk perkara tidak perlu. Contohnya dalam keadaan banyak pihak berkuasa tempatan (PBT) menyeksa orang ramai dengan menaikkan kadar cukai kebelakangan ini. Namun dilihat berlaku perbelanjaan tidak berhemah. Berapakah perbelanjaan PBT seluruh negeri ini yang membazirkan wang rakyat hanya untuk menggantungkan gambar Menteri Besar di tiang – tiang dan papan iklan gergasi untuk ucapan raya. Ini adalah pembaziran wang cukai rakyat untuk populariti peribadi pemimpin politik. Persoalan ini penting khususnya dibawah pentadbiran yang pernah terpalit dengan 'penyalah gunaan' peruntukan wang rakyat miskin untuk kegiatan lain berdasarkan laporan Audit negara yang dibentangkan di parlimen beberapa tahun lalu.
Menteri Besar bolah sahaja mengelak dari memberikan jawapan kepada surat ini atau dengan menyerang kembali kewujudan surat ini dengan mengatakan ia fitnah, namun yakinlah maklumat dan respon serta jawapan mengenai persoalan di atas amat penting untuk diketahui oleh pengundi di DUN Bagan Pinang sebelum membuat keputusan dalam PRK nanti. Lebih penting jika persoalan semudah yang dinyatakan gagal diperjelaskan mana mungkin pengundi Bagan Pinang mampu mempercayai pemimpin Bn yang datang dengan perbagai janji anak angkat atau anak emas nanti.
Sekian dan terima kasih.
BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN (che'GuBard)
eMail : cheGuBard@gmail.com
blog : http://chegubard.blogspot.com
Bard,
ReplyDeleteSalah satu projek Bumi Highway buat jalan di Bukit Putus.. Sumber mengatakan anaknya "Aboi" yang handle projek tersebut.
Azman Haji Hassan ini bukanlah UMNO yang setia pada parti, beliau pernah menjadi penaung Calun Bebas di Rantau ketika Muthupalaniappan bertanding, Orang Rantau masih ingat lambang ikan yang dibawa oleh beliau.
Kemudian menjadi penaung Parti Semangat 46 di Rantau. Kalau Mohammad Haji Hassan jatuh dari menjadi MB beliau akan bangkit semula menjadi pembangkang no1 di Rantau, Inilah Azman Haji Hassan yang sebenarya.
mano puak umno diom jo tak menjawab
ReplyDelete