Alhamdunillah kira kira 300 orang telah hadir memenuhi ruang restoran Teratai Seremban 2, yang dimana awalnya cuma 250 sahaja dijangka hadir.
Malam itu ramai pimpinan yang hadir, namun penganjur mohon ampun maaf kepada yang terpaksa makan di luar restoran di meja tambahan.
Malam itu dari kutipan derma dan jualan meja dan setelah ditolak kos kira - kira RM4000 telah berjaya dikumpulkan. Bagi kumpulan kecil yang tidak punya pengalaman menganjurkan makan malam bagi cheGuBard ia sudah berbaloi.
Terima kasih kepada semua penyumbang.
Meja tambahan terpaksa diletakkan di luar restoran bagi menempatkan kehadiran yang ramai dari yang dijangka
Ucapan cheGuBard malam itu ringkas sahaja untuk beri ruang pemimpin lain yang hadir. Ucapan ringkas mengungkap sejarah KEADILAN Rembau, gerak kerja semasa dan rakaman penghargaan kepada semua
Datuk Fauzi Abd Rahman (bekas timbalan Menteri Penerangan yang kini menjadi Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang) turut hadir dan menyumbang
semua penceramah malam itu dihadiahkan hamper buah - buahan sumbangan sdr. Lan (penyokong kuat di Paroi)
Negeri Sembilan ni asyik2 Rembau jer tak ada bahagian lain ke ?
ReplyDeletenak tanya sapa ada maklumat betulke dalam PRK Bagan Pinang antara punca kekalahan ialah prestasi ahli parlimen teluk kemang datuk kamarul yang tak turun dan org muak untuk pilih pakatan ?ada siapa leh jawab ?
tolong jwb chegu
ReplyDelete