Thursday, July 09, 2009

Adakah CIMB yang cuba di lindungi Najib ?

Media heboh kononya Obama, Presiden Amerika menghubungi Najib melalui panggilan telefon, kononya begitulah penting Najib di mata Obama hingga apabila ada masalah Obama terpaksa hubungi Najib melalui panggilan telefon untuk berbincang.....sila klik sini untuk baca pembohongan tersebut.Justify Full
Ini semua satu pembohongan. Semua terbongkar apabila 2 akhbar Korea berbahasa Inggeris mendedahkan mengenai bagaimana Amerika memberi amaran kepada Malaysia mengenai penglibatan bank Malaysia dalam transaksi senjata melibatkan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Regim Junta Tentera di Myanmar.

Najib mungkin 'terkencing' ketika dihubungi Obama tetapi masih cuba menyelindungi bank Malaysia itu. Persoalanya kenapa Najib begitu bersungguh melindungi bank Malaysia itu..... Adakah Bank itu 'CIMB' yang kini dimiliki oleh adik kesayangannya Dato' Sri Nazir Razak... ?

Di bawah Abdullah Badawi, negara berisiko apabila SCOMI syarikat anaknya terlibat meraih keuntungan dengan terlibat dalam pembekalan alat senjata nuklear dengan rangkaian penganas dan ia dilindungi Abdullah. Kini nampaknya tidak jauh beza dengan Najib ? Apabila untung ratus juta keluarga Perdana Menteri sapu tetapi bila risiko rakyat tanggung ...! sila klik sini untuk baca lanjut mengenai transaksi senjata tersebut.

CIMB juga sebenarnya terlibat dalam memberi kontrak kepada sebuah syarikat komputer yang berpengkalan di Israel dimana syarikat tersebut terlibat secara lansung dalam persenjataan pertahanan Israel yang membunuh orang Palestin. sila klik sini untuk baca lanjut kaitan CIMB dengan kontrak RM250 juta sumbang untuk bunuh anak Palestin.

1 comment:

  1. Anonymous9:08 AM

    'MIRACLE FLASK' - Produk ajaib 2010 !!

    Grab It Fast !!

    http://ajaib2009.blogspot.com

    ReplyDelete