Monday, August 17, 2009

lebih 8,000 orang sambut Pelancaran Merdeka di Rembau bersama Anwar

Alhamdunillah dalam masa 3 minggu dari tarikh menerima arahan untuk mengadakan program bersama Datuk Seri Anwar, aktivis Cabang Rembau berjaya mengadakan satu program yang secara peribadi amat membanggakan.

Pada 11 Ogos yang lalu, telah berlansung di Kampung Selemak, Kota Rembau, majlis Perlancaran Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara. Selain Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan kemuncak malam tersebut juga turut berucap ialah Datuk Zaid Ibrahim, Hj Mohamad Sabu, YB. Hj Taufek Ghani selain che'GuBard sendiri.

Turut hadir ialah YB Datuk Kamarul Baharin, Ybhg Hj Zulkifli Omar (P/jaya PAS NS) dan YB Ravi

Selain dari ucapan malam tersebut turut diserikan dengan persembahan Ito (penyanyi Blues Gang), Pyanhabib dan Nik. Selain dari hadirin dikejutkan dengan pertunjukan bunga api ketika Rembau digamatkan dengan nyanyian negaraku dan lagu patriotik lebih 8,000 orang serentak.

Barisan pimpinan ketika menyanyikan lagu patriotik
Tok Damud bin Bata,Tok Bathin di Rembau naik pentas menyampaikan
Petai, buah tangan dari Rembau. Kehadiran Tok Bathin dan kumpulan anak buahnya mendapat tepukan dan sorakan dari hadirin.
Kerana sesak Anwar yang hadir kira - kira jam 10.30 malam terpaksa
mengambil masa yang lama untuk sampai ke pentas.
Antara hadirin yang hadir tertawa mendengar ceramah Mohamad Sabu
Yang hadir dari perbagai bangsa bangga dan penuh semangat cintakan negara.
Hj. Mohahamad Sabu yang berucap sebelum Anwar Ibrahim.
Orang lama..... Pyanhabib mendapat tepukan gemuruh ketika mendekelamasikan
sajak 'Bapaku seorang YB..."
Selepas program che'GuBard ditemui beberapa teman pemimpin Umno cawangan sekitar Rembau, mereka cukup tersentuh dengan ucapan ikhlas Zaid Ibrahim

Ito masih bertenaga dan ramai peminat, mendendangkan 3 lagu malam itu.


YB Taufek, Mohamad Sabu dan Zaid Ibrahim ketika di Pentas.
Media kata 2,000 orang ....tetapi berdasarkan gambar ini
berapa agaknya jumlah sebenar ?
Kehadiran begitu ramai sehingga malam tersebut ada yang meletakkan
kenderaan lebih 2 km dan berjalan kaki.


Sesuai dengan tema, pentas berhias bendera Malaysia. Gambar atas che'GuBard, Norazizi Aziz (S/U Cabang) yang menjadi pengerusi malam tersebut dan YB Taufek

Nik (penyanyi bebas) memulakan nyanyian malam tersebut. Lirik lagu perjuangan yang dinyayikan turut mendapat perhatian dan pujian hadirin.

Terima kasih kepada SPR yang sudi membuka kaunter pendaftaran mengundi. Kaunter pendaftaran keanggotaan KEADILAN juga mendapat perhatian
suasana ketika persiapan petangnya.
Tulang belakang KEADILAN Rembau, Norazizi Aziz

sebuah lori yang di 'make up'...sebegitu rupa menjadi stage yang cantik. Terima kasih kepada sdr. Segar yang meminjamkan lorinya untuk dijadikan pentas. Menarik jawapanya apabila ditanya adakah beliau tidak takut 'SB' mencatat nombor lorinya kerana terlibat ? Dia menjawab rezeki saya tuhan yang bagi bukan Umno Mic atau Bn........
Din Binjai ...blogger sharpshooter.blogspot.com antara yang sudi hadir dari P.Pinang
untuk membantu penyiapan video klip. Selain dari Din Binjai, Zul Mamak juga datang jauh dari Pulau Pinang banyak membantu....
Sani, Bob, Yasir, Along (tak nampak sebab dia bawak lori) antara anak muda Rembau yang bertungkus lumus menjayakan program. Tahniah dan terima kasih
1 Malaysia menolak parti politik perkauman !.....tanpa politik perkauman Malaysia aman.
Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim tidak dapat menahan ketawa
mendengar ucapan penceramah.
Tok Damud menyampaikan buah tangan orang ghombau !
Antara kemuncak malam tersebut ialah pertunjukkan bunga api.


bersemangat lebih 8,000 orang menyanyikan lagu Negaraku dan lagu patriotik serentak.
Amanat Anwar mengakhiri program malam tersebut.
ini bukan gambar di Rembau tetapi gambar 'berhala' Najib yang didirikan di Kuil Batu Caves.... apa kata ustaz - ustaz Umno


suasana pada 3.45 petang, 11 Ogos 2009. Rakaman terima kasih tak terhingga kepada keluarga tuan tanah yang mewakafkan tanah tersebut sebagai pusat aktiviti KEADILAN-Pakatan Rakyat.

6 comments:

  1. Anonymous1:00 PM

    Bad.

    Jangan disiarkan..........
    Memang hebat program di Rembau ni, Cuma gelagat Melvin duduk di Stage terutama semasa lagu negaraku dinyanyikan boleh menimbulkan satu pandangan yg kurang manis.

    Harap kau lebih peka kepada perkara macam ini. Walau bagaimana pun tahniah Bard,


    Jimmy

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:33 PM

    jimmay rantau....bard selalu cerita zaman awal reformasi jimmy rantau, dilda, maznan dll sdr semua hebat....kami yg baru ini akan lebih kuat kalau sdr semua bersama

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:16 PM

    marvin tu adalah salah seorang dari juru nilai
    progrem pr didalam n9 dan diluar...jgn salahkan
    dia kerana mungkin itu cara dia untuk menilai..

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:22 AM

    Tapi adalah kurang manis duduk di stage sedangkan dalam masa yg sama (termasuk DSAI) berdiri menghormati lagu kebangsaan negara kita.

    menurut pandangan saya yang jahil ini duduk ketika lagu negara ku berkumandang seolah-olah menunjukkan kita 'kurang ajar' kepada negara kita sendiri.

    Kita perlu menunjukkan disiplin yang tinggi dan kita bukan golongan kurang ajar seperti mana yang terdapat dalam umno dll.

    Pada saya rakyat sedang memerhatikan kita sebelum kita di beri mandat untuk memerintah pada pru 13 ini...

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:12 PM

    gagagagaga...beraklah kau bard! pocayo 8000 ribu datang! org selemak pon x support! x sampai 2 ribu bai..mato aku blom buto lagi...pkr kek ghombau dah kono checkmate..banyak org lua bai..kaw nak kencing pon agak agakla bad...cito nak lotup jo kaw kan

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:30 PM

    gagaga...poie skolah blaja mengiro blk yo....ksian....

    ReplyDelete