Friday, August 28, 2009

Lantikan Idris Jala ingatkan kita pada Amir Sham

Sedikit masa dahulu ketika Abdullah melantik Datuk Amirsyam Abdul Aziz bekas CEO Maybank sebagai Menteri mendapat kritikan oleh mereka yang pro Umno tetapi anti Abdullah. Bukan sedikit blogger Umno yang anti Abdullah menjadikan lantikan tersebut sebagai lelucon. Maka seperti yang dijangka Amirsyam tergugur sendirinya apabila Najib menamakan kabinetnya. Kabinet Najib yang dibawah telunjuk Mahathir mana mungkin berani menamakan Amirysam untuk menamakan Ketua Pemuda Umno sebagai anggota kabinet Najib juga tidak berani kerana Ketua Pemuda itulah punca kebencian Mahathir kepada Abdullah.

Semalam Najib telah melantik Idris Jala, maka lantikan ini tidak jauh bezanya dengan lantikan mirsyam oleh Abdullah. Malah ia lebih parah lagi. Di umumkan juga lantikan Idris sebagai Menteri tidak perlu lapor kepada Perdana Menteri sebaliknya Idris ditugaskan melaporkan tugasanya kepada seorang lagi Menteri Koh Tsu Koon.

Idris dibawa masuk ke dalam kabinet sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.

Ini amat pelik jika nak bantu menteri lantik sahaja sebagai Timbalan Menteri atau pegawai bertaraf Pengarah di JPM.

Ketika membentuk kabinet Najib bangga dengan kabinet yang bersaiz lebih kecil(walaupun sebenarnya tidak benar). Ini satu pembaziran tentunya ratusan ribu wang rakyat terbazir untuk menempatkan seorang lagi menteri dari segi prasarana pejabat, kakitangan sokongan dan faedah kewangan, dalam keadaan rakyat menderita Perdana Menteri terus membazirkan belanjawan negara.

Dicadangkan jika Najib yakin Idris mampu melaksanakan tugasan tersebut maka gugurkan sahaja Koh Tsu Koon tidak perlu rakyat membazirkan ratusan ribu hanya untuk ada dua menteri yang buat kerja yang sama.

cheGuBard akui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS. Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian.

Kepada blogger Umnoi yang anti Abdullah yang membuat lawak dengan lantikan Amirsyam tempoh hari sekarang apa kata saudara semua dengan lantikan Idris Jala, adakah perlawanan terhadap Abdullah hanya kerana tidak mendapat habuan ?

Nota : semalam tergelak lepas solat Isya terdengar perbualan orang Umno luar Masjid. Mereka kata "bagus Najib lantik lagi Menteri Melayu Islam nak imbang kuasa cina (Koh Tsu Koon)......." Inilah Umno terperangkap dengan hujah ciptaan 'Melayu' mereka sendiri.... Idris Jala Melayu kah dia...Islam kah dia...?

7 comments:

  1. Idris jala kan ortg malaysia, la ingat parti ko tak kira bangsa, statement perkauman juga cikgu lepasan maktag spm gred 3 ni

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:59 AM

    Sedara Boyot...Jgan kebodohan dalam perut saudara itu dibawa keluarr...Kita bukan pertikai Idris Jala tu bangsa apa tapi kebodohan org UMNO yang kononnya NAZAK (Najib Razak) lantik org melayu untuk imbang kuasa Cina. UMNO yg timbul isu perkauman..Nak Komen biarla cerdik sikit Boyot Oiiiiii!!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:38 PM

    Labu diatas, dia gelak sebab orang tua tu tak tahu kaum sebenar Idris Jala laaaa...

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:46 AM

    hahaha gred 3 ka?? aku bru tau.. patot pengikot nik ajis( ulama kononnya) huhuhu

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:30 PM

    gred 3 ko kata? ko tu gred 7 ke 8 entah....ha..ha...aha...

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:43 PM

    kerjaan tidak perlu nak tunjuk baik dengan kuasa yang ada pada mereka. ingat lah Allah telah sediakan cara dan peraturan lengkap untk kita jadikan panduan cedok dan amalkan terus apa yang ada(dalam al-quran)contoh : pada zaman nabi mana ada menteri yang menjaga KPI menteri lain. tak perlu semuanya sebab yang sentiasa telus dan jujur dalam menilai kebaikan dan keboleh seseorang ialah malaikat (raqid & atid). nak jadi PM pun kena alim dalam agama baru orang bawahan respect and takut nak buat penyelewengan. ini tidak yang pemerintah sendiri dah terlibat dngan banyak penyelewengan. atau KPI diwujudkan untuk nak tutup kelemahan dan penyelewengan yang di lakukan oleh pihak atasan.....

    ReplyDelete
  7. Anonymous12:57 PM

    kerjaan tidak perlu nak tunjuk baik dengan kuasa yang ada pada mereka. ingat lah Allah telah sediakan cara dan peraturan lengkap untk kita jadikan panduan cedok dan amalkan terus apa yang ada(dalam al-quran)contoh : pada zaman nabi mana ada menteri yang menjaga KPI menteri lain. tak perlu semuanya sebab yang sentiasa telus dan jujur dalam menilai kebaikan dan keboleh seseorang ialah malaikat (raqid & atid). nak jadi PM pun kena alim dalam agama baru orang bawahan respect and takut nak buat penyelewengan. ini tidak yang pemerintah sendiri dah terlibat dngan banyak penyelewengan. atau KPI diwujudkan untuk nak tutup kelemahan dan penyelewengan yang di lakukan oleh pihak atasan.....

    ReplyDelete