Monday, August 10, 2009

Umno yang hipokrit

Semuanya diambil kerana pertimbangan politik, yang dibuat kalau menentang Umno maka akan haram dan jahatlah. Mana yang dibuat kerana menyokong Umno akan halal, baik dan masuk syurgalah.

Mana tidaknya, puak penjilat Umno bagai nak 'pengsan' mengusung gambar Anwar Ibrahim memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Beng Hock (yang mati dibunuh ketika soal siasat SPRM) dan gambar ir.Nizar, memegang lilin yang dikatakan sudah menyebabkan keluar agama, menghina Islam dan seumpamanya.

Maka ulama dan ustaz kangkong pro regim segera mengeluarkan fatwa peribadi menyokong hujah Anwar dan Nizar sesat.

Tetapi ustaz dan ulama kangkong ini semuanya senyap apabila terang terangan Perdana Menteri pujaan mereka sendiri melanggar fatwa yang telah diwartakan oleh Majlis Fatwa.


Letak kalungan bunga di Tugu Peringatan HARAM – JAKIM

Haram Letak Kalungan Bunga Di Tugu Peringatan Negara
http://mufti.perak.gov.my/isu/tugu_kenangan.pdf

Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=608

Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

Pada hari pahlawan yang baru berlalu jelas Najib (isteri Rosmah) telah melanggar fatwa yang telah diwartakan. Seharusnya dia juga boleh didakwa di mahkamah syariah kerana menentang fatwa yang diwartakan. Namun ustaz dan ulama termasuk mufti yang terlibat mewartakan fatwa tersebut lebih takutkan wang dan kuasa.

Perkara tersebut bukan sahaja dilakukan oleh Najib namun Iman pengasas agama Islam Hadhari yang pernah menjadi PM Malaysia juga melakukan perkara sebegitu rupa ketika hari pahlawan.

Satu lagi masih ingatkah kita dengan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinaikkan oleh penyokong bukan Islam dan Melayu berhampiran Batu Caves sedikit masa lalu. Sebaik sahaja gambar besar Anwar itu dinaikkan maka pemuda Umno, ustaz kangkong Umno pun keluar fatwa kononya itu berhala, tak patut wujud ...hina agama...hina bangsa..... maka YB Amiruddin ADUN kawasan terbabit campur tangan dan menurunkan gambar besar tersebut.
Tetapi beberapa hari lalu ketika Najib anak Tun Razak melawat Kuil Batu Caves binaan yang lebih besar menyerupai Najib dibina di kuil itu seiring dengan patung dewa Hindu.... nah sekarang apa kata kamu orang Umno dan Ustaz kangkong.....

Akhbar yang sibuk bagi liputan isu gambar besar anwar pula apa katanya...?

3 comments:

  1. Bila politikus kepartian berkata-berkata maka agama dikebelakangkan, kebenaran tiada nilai,hanya apa yang partinya buat saja yang betul orang lain buat adalah salah.TINGGALKAN ASSABIYAH AMALKAN KEBENARAN.

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:28 PM

    salam,

    parah la saudara ni, memang betul majlis bacaan doa diadakan di sekitar kawasan tugu negara tapo bukan menyembah berhala, jangan berfikiran mcm sami n*k a**z saudara, jgn kata ulama kangkong, saudra handal sangat ke atau hanya merujuk tuan penasihat?????

    letih la saudara, hari ini agama islam dah jadi parti, agama islam dah jadi mainan, agama islam dah jadi umpatan, ceramah agama dijadikan ceramah mengutuk, masjid dijadikan tempat perhimpunan haram, agama islam di hina, apa maruah saudara sebagai umat islam, laungkan lah.............. jgn hilang pipit

    Allah huu..akhbar.....

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:34 AM

    duit zakat dimainkan siapa main ? umno ghombau agih duit zakat mcm duit bapak dio pakai bendero dan logo umno..... masjid dijadikan tempat poluitik ? umno buat program di masjid...pusat dakwah dll....sekolah pun umno rebos gak....

    sibuk arak kat selangor abih arak kat ns ni halal ko...? kj agih bantuan bagi pihak magnum sykt judi tu apo....

    ReplyDelete