31 Julai 2009, sebaik sahaja keluar dari pejabat dekat perlabuhan barat terus berkejar ke Bangsar untuk mengambil Azizi, Komeng, Yasir serta Din yang sedia menunggu di Bangsar Utama untuk sama ke Bera, Pahang.
Destinasi malam ini ialah Markas PAS Bera untuk ceramah terakhir mobilisasi Demo Anti ISA di Kuala Lumpur 1 Ogos. Sampai sekitar jam 8.45 malam, lokasi agak jauh ke dalam. Namun kehadiran agak baik, kira - kira lebih 400 orang hadir. Kehadiran anggota polis beruniform dan tak beruniform di luar tapak ceramah juga agak ramai.
Selain che'GuBard, Datuk Fauzi (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang), YB Chong (ADUN Teras), Ust. Ghani Shamsudin (bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia), Hj Abbas dan YDP PAS Kawasan Bera turut berucap malam tersebut.
Sebaik sahaja selesai ceramah terus meninggalkan tapak menuju ke Kuala Lumpur untuk pulang segera kerana tahu esoknya ialah hari yang bakal menggunakan banyak tenaga. Dalam perjalanan lalu dua sekatan jalan di lebuh raya karak. Mereka menahan yang memakai pelekat yang boleh diakitakan dengan Pakatan Rakyat. Ketika kereta che'GuBard ditahan dan polis terus menyuluh logo keadilan yang terlekat di cermin depan.
cheGuBard amat tidak sabar dengan sikap polis itu terus menengkin " Kenapa tak boleh ke pakai logo KEADILAN....kami haram macam parti komunis ke ...? "
Polis itu terus tersengeh-sengeh kata " tak ...tak...ok...ok...boleh terus..." sambil memberi kami lalu.
Sebenarnya sekatan jalan ini untuk menakutkan orang ramai sahaja....
Azizi dan Yaser turun di Bangsar untuk terus memandu ke Seremban. Komeng, Din dan cheGuBard terus ke Bangi. Sampai di rumah sekitar jam 3.30 pagi tidak boleh terus tidur, kerana menunggu Rizal, Bob dan Pak Brahim dari Pulau Pinang yang sampai jam 4.00 pagi.
Jam 9.30 pagi sementara yang lain siap hantar era, cheNur dan mak ke majlis ilmu bulanan di rumah neneknya di Kajang.
Jam 10.45 pagi sampai ke rumah dan terus bersama semua ke Bangsar. Sampai letak kereta di Bangsar jumpa Yunus Ali, kami singgah isi perut makan tengahari. Selepas itu Bob dan Komeng ditugaskan ke 7 elevan membeli garam, ubat gigi dan air meneral sebagai persediaan.
Jam 12.30 tgh naik LRT di stesen Bangsar. Menerima sms dari Azizi memaklumkan kawan dari Rembau semua telah sampai di Stesen LRT Masjid Jame'.
Sampai di stesen LRT Masjid Jame' Kuala Lumpur dapat panggilan telefon menyatakan Azizi dan teman-teman dari Rembau ditahan secara ganas.
Menyelusuri Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman ternyata ramai 'demonstran' sedia. Letih juga bersalam nak menyampaikan ke Sogo.
1.45 sampai di Sogo. Di maklumkan ramai dah ditangkap di depan Sogo. Di sini baru perasan Rizal(RG), Bob dan Pak Brahim dah hilang. Mungkin tertinggal atas faktor fizikal dan usia....hahahahaha... sms diberi berkumpul di LRT Masjid Jame' masa balik. Di Sogo ramai sangat demonstran tidak kurang Polis dan anjing berkawal dengan begitu ramai dan banyak.
Beralih ke depan KFC Pertama Kompleks. Nampak Faris dan beberapa teman AMK. Hubungi Arul bertanya apa perancangan ? Sememangnya che'GuBard tak tahu apa - apa persoalan teknikal kerana tidak terlibat dalam 'team' teknikal lain masa himpunan BERSIH memang che'GuBard terlibat teknikal hingga 3 kali pulang dari Korea untuk persiapan teknikal sebelum Himpunan.
Arul mengatakan Anwar, Hadi, Kit Siang akan berada di SOGO sekitar 2 petang. Jam sudah dua petang. Keadaan depan SOGO Polis dan Anjing begitu ramai, seorang demi seorang ditahan dan diseret ke trak. Secara peribadi che'GuBard memikirkan tentu tak dapat berkumpul jika keadaan begini dibiarkan berlaku sehingga Anwar, Hadi dan Kit Siang sampai. Kekuatan Polis perlu di pecahkan dan ditarik keluar.
che'GuBard panik sedikit sebab 'kaki' semua dah naik trak sapa lagi tinggal.... beberapa pemimpin AMK yang dibisik dengan strategi pecah Polis kelihatan agak takut dan bersikap tunggu pemimpin besar. Kecuali Fariz (timbalan AMK Pusat) dan dilihat begitu berani dan bersungguh. Jumpa juga Nora, Malcom, Lan Kota Bharu dan beberapa aktivis biasa di jalanan. Sedikit lega cukup kaki untuk bawak paling kurang 1000 orang untuk pancing Polis dahulu tanpa disangka Nazri teman aktivis masiswa yang dah jadi Pengerusi GERAK juga ada.
Tepat jam 2.05 petang, tiba - tiba polis berpusu depan SOGO mungkin kerana sedang membuat tangkapan. Masa yang terbaik che'GuBard terus ke tengah jalan terus melaungkan reformasi dan beri salam, perkenal diri dan terus ajak semua turun. Cekap ! tak salah, aktivis jalanan yang kelihatan kelibatnya terus main peranan. Dalam beberapa saat ribuan terkumpul ditengah jalan, Polis juga panik. Fariz juga ambil langkah berani 'lead' di depan. Semua telah sedia kurang seminit larian dibuat ke jalan Raja Laut. Rupanya jalan Raja Laut menuju ke Dataran Polis dan Anjing telah sedia, terus ke kanan destinasi ambil alih Mahameru. Polis perlu dipancing untuk ke Mahameru seramai mungkin.
Larian dibuat sehingga keluar dari Raja Laut mengambil selekoh Mahameru, panggilan telefon dibuat ke Masjid Negara. Minta semua keluar menghala ke Mahameru menuju Sogo rancangannya ialah bertemu di Bank Negara.
Namun seperti dijangka Polis telah berkejar juga betul - betul depan Bank Negara mereka berbaris dengan ramai siap dengan semua jentera berat.
Kelihatan pula dari atas 'flyover' troop dari Masjid negara tiba dan terhenti setelah nampak Polis. che'GuBard ada dua pilihan terus gempur atau henti. Kalau gempur terus pasti banyak 'casualty' . Sama ada Polis atau demonstran. Pilihan dibuat berhenti dan cari jalan lain, kecederaan perlu di elak, crowd lebih 2000 di atas jalan Mahameru jika diajak menggempur Polis tidak tahulah apa kan berlaku.
Kesempatan berhenti untuk membuat keputusan telah digunakan oleh Polis untuk menembak gas pemedih mata. Gas pemedih mata tidak ditembak ke atas sebaliknya terus ke demosntrans....ada yang terkena mujur tidak ada yang cedera parah atau mati. Pilihan dibuat segera berdasarkan makluman Anwar, Hadi dan Kit Siang telah mula dapat berkumpul di Sogo kerana kekuatan Polis ditarik ke Mahameru.
Arahan dikeluarkan patah balik ke Sogo. Sampai di SOGO rupanya Sogo sudah di serang kekuatan Polis di Mahameru telah lebih awal datang 'back up' Polis di Sogo. Nampak Mahfuz dan beberapa pemimpin lain. Keputusan dibuat patah pula ke Pejabat Agong PAS. Sampai di depan ibu pejabat PAS, segera arahkan semua duduk dan jalan ditutup, agar Polis tidak boleh tiba dengan jentera berat mereka.
Ketika semua crowd siap , command di ambil alih oleh pemimpin di atas tangga. che'GuBard turun dari kenderaan pacuan 4 roda yang dipanjat.
Ada beberapa pemimpin yang kononya cuba jadi baik minta beri laluan kenderaan. Namun semua 'kaki' demonstrans tahu kalau jalan clear pasti jentera berat datang kalau tunggu....serah tengkuk le jawabnya...kerana itu semua terus duduk...
Hampir semua pimpinan kanan ada dan berucap. Terakhir abang Mad membakar semangar sebelum minta semua surai aman. Setelah hampir bersurai sepenuhnya seperti dijangka... Jentera berat Polis tiba, tiba - tiba pemedih mata diletaskan di ikuti tembakan meriam air. Semua pemimpin kanan sudah masuk ke dalam pejabat PAS. che'GuBard lebih risaukan wanita dan anak - anak yang dijalan lagi. Ketika beri bantuan kepada mereka yang hampir pengsan kerana gas pemedih mata pancutan air simbah hingga kuyup. Ya Allah pedih dan panas rasa satu badan. Seorang perempuan cina peniaga di kawasan itu terus panggil dan siram cheGuBard dengan pai air di depan kedainya sambil maki hamun kata Polis macam anjing, orang mahu meniaga pun susah kerana kedainya penuh gas dan air asid. Banyak barangnya juga rosak. Kelihatan ketika itu anggota polis bervest dan beruniform sedang giat menangkap orang ramai ada yang tak terlibat juga ditahan dengan kasar.
Lepas keadaan sedikit tenang, cheGuBard masuk ke dalam pejabat PAS untuk guna tandas. Sebaik sahaja masuk dan pintu kaca depan ditutup semula sekumpulan anggota polis beruniform menyerbu nak masuk, pindu kaca ditolak hampir pecah. Namun setelah peguam Hanifa Maidin memberi amaran ini premis peribadi maka Polis itu berundur. Rupanya ramai pimpinan muda ada 'berkubu' di bangunan PAS, termasuk Ketua AMK....
Anwar meninggalkan bangunan PAS jam 6 petang untuk menghadiri program di Bakri malam itu.
Jam 6.45 ptg dari Pejabat Pas menuju ke Maju Junction, rupanya ada ramai lagi anak muda di sini. Sebaik sahaja sampai Polis baru sahaja menembak gas dan air. Mereka lari tapi bila Polis undur mereka datang semula. Polis datang balik, depan mata bagaimana ada kenderaan yang pecah kerana terkena peluru gas pemedih mata, bagaimana TV besar depan maju junction rosak kerana terkena semburan asid dari jentera polis....adakah ini juga masuk dalam kerugiaan RM200 juta yang salah penganjur demonstrasi...?
Kemudian berjalan ke stesen LRT Masjid Jame' Kuala Lumpur. Jumpa Bob, Rizal dan Pak Brahim depan SOGO ....mereka selamba je apa pun tak lari bukan sebab berani tapi sebab tak larat nak lari hahahaha...
Ambil kereta di Bangsar dan kemudian terus menuju ke Lokap Tahanan Polis di Bukit Jalil untuk desak pembebasan tahanan.
Regim ini harus belajar sesuatu, rakyat tidak bodoh dan mudah ditakutkan. Anak muda makin berani cuma pimpinan saja lagi yang ambil pertimbangan tenang dan sabar. Di Mahameru contohnya kalau cheGuBard kata serang, apa akan jadi...? Tapi itu belum lagi pertimbangan kita.....

hiduplah jadi lembu DAP dan PKR!
ReplyDeletesaya sokong jika ISA digubal..tapi nak dihapuskan tak bole lah..nanti orang2 yang kuat berdemo macam anuar nak taruk kat mana..
ReplyDeleteItulah dia mentaliti perosak, kau ingat kau kebal undang-undang. Kalau kau memerintah... kau lagi teruk daripada yang kau kutuk
ReplyDeleteApa yang kau nak serang bahalol... kau ingat jalan tu bapak kau punya... aiyyoo
ReplyDeleteFRU ni klu equipment lengkap jer brani. cuba klu tak lengkap. tu yg smpi land rover pun kena bakar masa rusuhan penyokong kelantan kat kota bharu itu hari. bila dah lengkap baru la haruk. konon ngko la manusia paling kuat di dunia nih. bila tangan kosong, semua menikus. dasar FRU bacul!!!! elok la jadi anjing suruhan umngok tu. sama la dgn manusia2 kat atas nih.
ReplyDeleteBelum pernah dok dalam ISA boleh la cakap pandai bro........Dah kena diri sendiri lepas berfikiran jauh.......baru terbukek matonya....
ReplyDeletejadi la orang yang berwawasan...janganla wawasan itu hanya di jadikan slogan sahaja..lepas hampeh pun tak dekkkk....
Hidup...hidup....hidup...rakyat....bubar....bubar ISA
Secara peribadi saya antara peserta demo, terkilan dan bengang kenapa tiada langsung pemimpin DAP terutama yang berbangsa Cina.
ReplyDeleteSejak awal persiapan untuk demo ini lagi, saya dah perasan perkara ini.Keghairahan untuk berdemo ini saya cuma nampak pada pemimpin PAS dan PKR.
Memang sebagai bangsa majoriti, Melayu paling ramai.Tetapi untuk berlaku jujur, saya juga nampak ramai penyokong atau aktivis terdiri dari Bangsa India.
Sebagai bangsa yang cuma 10% dalam Malaysia, kehadiran 10% dalam demo Mansuh ISA kelmarin agak relevan.
Walaupun tidak ramai, disana sini terselit juga muka-muka penyokong India.Saya juga nampak sekurang-kurangnya 2 pemimpin PKR berbangsa India.Iaitu Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam dan ADUN Port Dickson, M.Ravi.
Saya juga nampak ramai penyokong India dari PSM.
Tetapi saya kecewa, bangsa Cina yang merupakan 4 kali ganda dari bangsa India di Msia, seolah-olah menjadi yang paling minoriti.
Selain dari Lim Kit Siang, saya tak nampak pun mana-mana pemimpin Cina dari DAP.
Jika pemimpin pun tak turun, bagaimana nak harap penyokong biasa turun?
Apakah Teresa Kok atau mana-mana pemimpin Cina dari parti pembangkang perlu ditangkap dan dijadikan tahanan ISA, barulah mereka (org Cina) akan turun bersama-sama kita untuk menjayakan Demo Mansuh ISA ini?
Dimana Teresa Kok? Dimana India2 Hindraf ketika demo Hindraf dulu? Apakah dah bebaskan 5 pemimpin mereka, maka telah selesai isu ISA.
Saya tidak meminta penyokong Cina dan India menjadi "frontline" ketika demo tersebut.
Saya juga tidak meminta mereka mengatasi kehadiran penyokong melayu.Kerana risikonya lain dan lebih bahaya.Kerana Umno/BN akan putar belit isu ini kepada isu perkauman.Dimana didalam media akan digambarkan bukan melayu mula mencabar kedaulatan negara dan mereka berlaku ganas.
Cuma saya terkilan, sebenarnya kehadiran mereka boleh ditambah jika pemimpin2 bukan melayu dalam pakatan rakyat benar2 'push' penyokong mereka untuk hadir.
Akibatnya media BN dah mula wat propaganda kononnya mereka yang berdemo 95% adalah melayu walaupun pada hakikatnya saya anggarkan 85 - 90% adalah Melayu.
Saya berharap Chegu Bard, pemimpin paling lantang dalam PKR dan pemimpin paling berani bersuara dalam PKR agar membawa isu ini ke pihak pemimpin atasan Pakatan Rakyat.
Secara jujur, saya amat kecewa dengan sambutan dingin oleh pemimpin pakatan rakyat berbangsa Cina dan juga India dalam Demo Mansuh ISA ini.
yela...jln tu pn bkn bapak korang dan bapak N***B altantuya punye...hahahahahahaha - mawardah rembau -
ReplyDeletetakpa bro.. kita ttp mng.. mng dgn semangat!!yes..
ReplyDeletesory. tak jumpa la bro aritu.. kalut sgt. huhu
mansuhkan kerakyatan Anwar...
ReplyDeleteAKTA ISA = AKAN KITA TUNJUKKAN ANWAR IBRAHIM ANWAR SIAL!!!!
bard mula aku pun marah gak sebab tak paham kenapa kau pecahkan crowd tapi lepas baca tulisan nie baru aku tahu dan paham....
ReplyDeleteaku pun ada belakang kau masa kau buat keputusan berhenti dari terus mara rempuh fru....masa tu fru sikit kita ramai.... ya aku setuju opemimpin kena buat keputusan bijak kalau tak sampai hari nie le muka depan surat khabar fru parah dipijak penyokong pakatan....tapi memang aku niat nak pijak je aritu,....
Salam,
ReplyDeleteSekali lagi fndy menulis untuk sdr chegu. syg sekali bangsa melayu seolah-olah menjadi bodoh,lupa kah pada pegangan agama berucap kat ceramah2 hebat sgt tapi minda sdr kelas pengemis. buat demo dekat sekitar penjaja melayu cari makan kenapa x buat kat tempat cina carik makan? apsal takut ker, memang jalan tu bukan hak sesiapa tapi penjaja yang cari makan mcm kita orang ni mcm mana? GMI nak bagi makan ker?
pikir la jgn hanya fikir wanita dan anak2 yang turut berdemo tapi fikir perut anak bini aku nak makan kat rumah tu juga. jgn letak fikiran sdr kat lutut dan ikut perangai iblis dan syaitan. semua ni dunia saudara jgn taksub sgt, kenapa takut dengan ISA? cari la modal politik yang lain jgn hanya guna modal lama sahaja cari la idea baru dan sepatutnya bantu rakyat bukan menyusahkan. jgn fikir sdr hebat dan hero masyarakat dan ingat kata saya 1 hari nanti sdr juga akan merasi apa sdr buat hari ini. tahniah pembangkang jadikan malaysia yang aman makmur umpama indonesia dan negara lain yang porak peranda kerana orang mcm sdr dan ahli pembangkang penderhaka negara yang lain. wassalam............
chegu,
ReplyDeleterasanya bukan jalan mahameru yg dimaksudkan. Jalan kuching menghala ke jalan kinabalu. atau susur keluar jalan sultan ismail masuk kek jln kinabalu.
Bard,
ReplyDeleteKito ni orang Islam,
Apo salah eh buat demo laksanakan hukum hudud di Malaysia.. Rasanyo beribu kali gando jauh lobih baik dari mansuhkan ISA..
Ese nampak pemansuhan ni lobih kepado kopontingan politik ajo.. jangan bangkit isu yang samo... rakyat makin pandai dan celik membuat pertimbangan.. berpolitiklah yang dapat mencuri hati rakyat dan membuat kebajikan kepada rakyat..
jgnlah guno perkataan rakyat... kalau pun iyo 50,000 yang berdemo itu hari ianya cumo mewakili 0.02% rakyat malaysia. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tentunya kita ditertawakan kerana tidak menurut saluran pilihanraya yang telah memileh BN sebagai pemerintah...
Laksanakan.. mansuhkan ISA bila PR memerintah satu hari nanti..
bye..
- parti jahat, kato eh -
bende simple jer...cume nk anta memo..cube tgk kempen 'bersih' dulu...polis x kaco ade tak kerugian?berarak scare aman tp polis yg lebih2.kalo demo scare kekerasan,da tentu ade polis yg cedera.ader ker polis yg cedera??? - mawardah rembau-
ReplyDeletetahniah, anda dan rakan2 berjaya menyesakkan kuala lumpur. menganggu kehidupan warga kuala lumpur dan paling pasti menghalang warga kuala lumpur hidup aman. Lain kali, buat kat rumah sendiri. jangan datang ke KL dan menyusahkan orang lain. sudah lah di KL ini hari2 biasa memang sesak, hanya sabtu dan ahad untuk warga kl bersama keluarga berjalan2. tetapi disebabkan orang2 macam kamu, yang datang dari luar KL, yang menyebabkan kekalutan di KL. warga KL jadi takut hendak beriadah. AKVITI KAMI TERGANGGU OLEH KERANA ORANG MACAM KAMU!. lain kali, JANGAN DATANG KL. BUAT DI RUMAH SENDIRI. MENYUSAHKAN. akai ada ka?
ReplyDeletep.s
nota. nak hantar memorandum, tak perlu banyak orang. 2-3 orang pun sudah cukup.