Thursday, May 24, 2007

Sekali lagi ASEAN kecewakan Burma

bersama Nay Tun Na, Setiausaha Agung NLD Korea di pejabatnya

Hampir 18 tahun Burma berada di bawah Junta Tentera selepas tentera mengambil alih kuasa selepas pilihanraya 1990 yang menyaksikan NLD memenangi 392 dari 485 kerusi. Semenjak itu ramai tokoh progresif di negara itu dibunuh, dipenjara ataupun terpaksa berada diluar negara sebagai pelarian politik. Tokoh utama NLD Daw Aung San Suu Kyi juga sehingga kini masih terpenjara di bumi Burma.

Keadaan di negara antara termiskin di dunia itu telah menarik perhatian dunia. Perbagai pertubuhan, individu dan negara telah mengeluarkan kecaman kepada Junta Tentera dan menyatakan simpati kepada perjuangan rakyat Burma.

Namun sehingga kini tiada sebarang usaha konkrit yang jelas ke arah penyelesaian.

ASEAN sebuah pertubuhan serantau dilihat seharusnya dijadikan pentas paling sesuai membincangkan dan mencari penyelesaian untuk perkara ini. Malangnya sekali lagi ASEAN bakal mengecewakan rakyat Burma di dalam negara itu mahupun yang sedang menjadi pelarian politik di seluruh dunia.

Para diplomat Asia Tenggara tidak akan membincangkan soal penahanan pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi pada mesyuarat persediaan mereka sempena pertemuan Menteri-Menteri Luar ASEAN di sini, Julai ini.

AFP (sebuah agensi berita antarabangsa) melaporkan Setiausaha Rendah Filipina, Erlinda Basilio berkata “Kami tidak akan membincangkan isu Suu Kyi,”

Para pegawai ASEAN sedang menghadiri mesyuarat Manila minggu ini bagi menentukan agenda untuk Mesyuarat Menteri-Menteri Luar lewat Julai.

Filipina juga akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat Forum Serantu ASEAN, yang merupakan pertemuan keselamatan yang terbesar di Asia pada Ogos ini.

Laporan berita tersebut melporkan, Basilio berkata dasar pertubuhan itu yang tidak campur tangan dalam masalah dalaman di negara anggota, , keadaan hak asasi manusia di Myanmar dan kes Suu Kyi tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat persediaan.

Menurut laporan berita yang sama, Junta tentera Myanmar dijadual menyemak semula penahanan Suu Kyi pada Ahad ini tetapi para penganalisis percaya para pemimpin tentera di negara itu tidak akan mempedulikan gesaan masyarakat dunia supaya beliau dibebaskan.

GERAK dengan ini merakamkan rasa kecewa dengan ASEAN dan kerajaan negara – negara anggotanya yang tidak serius dalam mendesak penyelesaikan konflik di Burma. ASEAN perlu merobah dasar-dasar pakatan yang 'ketinggalan' untuk memastikan ASEAN terus relevan.Ketidak seriusan ini merupakan restu kepada Junta untuk terus berkuasa dan juga menunjukkan ketidak pedulian terhadap pencabulan hak asasi mengakimatkan penderitaan rakyat Burma.

Ini mungkin berlaku kerana kapitalis – kapitalis besar yang mendokong kebanyakan kerajaan sedang menikmati dan memunggah hasil bumi dari Burma dengan kerjasama Junta Tentera.

Petronas seumpamanya menjadi antara pengaut keuntungan besar dari hasil bekerjasama dengan Kerajaan Junta Tentera meneroka minyak dan gas di Burma. Begitu juga kapitalis dari negara - negara yang kononya menjuarai demokrasi dan keamanan.

GERAK juga dengan ini menyatakan sokongan dan pendirian mendokong perjuangan rakyat Burma membebaskan negara mereka dari Junta Tentera.

Pada 18 Mei 2007 yang lepas di Gwangju, Korea Selatan, Pengerusi GERAK telah menandatangani penyataan sokongan terhadap perjuangan rakyat Burma.

Penyataan sokongan itu ditandatangani oleh Ezam dihadapan Nay Tun Na, Setiausaha Agung, NLD Korea. Dengan menandatangani kenyataan tersebut GERAK secara rasmi menjadi antara pertubuhan pelobi ke arah keamanan dan demokrasi rakyat Burma.

-----------------------------------------
The extension of the house arrest of Nobel Peace Prize laureate and Burmese pro-democracy leader Aung San Suu Kyi by the Myanmese military junta, which will keep her confined to her residence for a fifth straight year, must be condemned in all ASEAN, Asian and world capitals.

Myanmar’s membership in ASEAN must be seriously reviewed as the continued detention of Aung San Suu Kyi marks the abysmal failure of the 10-year ASEAN experiment to influence the Myanmar military junta to be a responsible member of international community when Myanmar was admitted into ASEAN as a member in 1997 in the teeth of regional and international opposition.

At that time, the rationale was that “constructive engagement” with the Myanmese military junta was the only option for ASEAN nations to influence Yangon and wean it from its ruthless and repressive form of dictatorship as it had proved to be completely impervious to regional and international opinion.

This year 2007 marks the ten-year membership of Myanmar in ASEAN, which is also to celebrate its 40th anniversary.

The blatant defiance of regional and international opinion urging the release of Aung San Suu Kyi, who had spent 11 of the past 17 years in detention, despite the unprecedented Open Letter by 59 former heads of state and government including former Malaysian Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad, former Presidents in ASEAN like Corazon Aquino, Fidel Ramos, Abdurrahman Wahid, Megawati Sukarno is testimony that the Myanmar military junta is not prepared to make any concession to become a responsible member of the international community.

In the circumstances, the other ASEAN nations must seriously consider whether they should continue to allow Myanmar to be a millstone around the neck of ASEAN, bringing disrepute to the regional organization, or whether they should face up seriously to the option to suspend or expel Myanmar from ASEAN

1 comment:

  1. Anonymous4:54 PM

    tu gambar tobaru ko? awat comeh jo moko tu hehehee....

    ReplyDelete