Tuesday, May 08, 2007

Selamat Pengantin Baru

cheGuBard dan keluarga ingin merakamkan selamat pengantin baru kepada Raja Nazrin (Perak) yang akan melansungkan perkahwinan dengan pasangannya yang dikenali sebagai Zara.

Menurut sumber Zara, 30an merupakan cucu kepada seorang ahli politik ternama di Kedah semasa era kemerdekaan negara. Raja Nazrin, 50 tahun dijangka akan mengadakan Majlis Perkahwinan pada 17 May, di Istana Iskandariah di Bukit Chandan.

Institusi Kesultanan Perak menjadi perhatian kerana sering kelihatan sedikit berani menyatakan teguran - teguran mengenengahkan permasalahan rakyat dalam keadaan Institusi Raja Melayu yang kelihatan lesu dan tidak bermaya.

Di doakan dengan perkahwinan tersebut menyuntik keberanian untuk Raja Nazrin terus melangkah membela rakyat.


p/s : jika Raja - Raja Melayu terus gagal membela dan mengenengahkan masalah rakyat ia akan mati dari segi rohnya dan hanya akan wujud sebagai tugu bernyawa.

1 comment:

  1. Anonymous11:23 PM

    Raja - raja melayu hanya mengabiskan 'boreh' jo.... ratus juta wang rakyat diperuntukkan setiap tahun untuk tujuan membela raja - raja melayu ini tetapi mereka tidak buat apa....malah banyak raja melayu menjadi hamba businessman cina....

    bincangkan ? sapa berani ?

    ini bukan tujuan menghina atau menghasut tetapi sedarlah wahai raja - raja melayu...kamu perlu bangkit bela bangsa dan negara ini yang semakin hari melayu semakin tertindas....jangan takut ingat RM yang kau dapat dari rakyat bukan dari BN...

    cuba tengok Thailand Raja berani bela rakyat...

    ReplyDelete