KENYATAAN TERBUKA
24 MEI 2007
Salam dari saya yang berada di kejauhan. Saya berada di bumi Korea Selatan kerana melanjutkan pelajaran di peringkat Master sambil menimba pengalaman bersama gerakan anak muda diperingkat antarabangsa. Saya berada di sini atas biasiswa penuh sebuah yayasan antarabangsa pro demokrasi dan kemanusiaan kerana terpilih sebagai pelajar terbaik ketika menyertai satu folk school 2006 yang menghimpunkan aktivis muda seluruh Asia.
Kepada semua perwakilan khususnya anak muda selamat berkongres.
Pada awalnya saya ingin memilih untuk mendiamkan diri dan menjadi pemerhati untuk kongres kali ini. Namun perbagai perkembangan dan usaha mengaitkan saya dengan kumpulan serta tindakan tertentu memanggil saya untuk membuat penjelasan terbuka.
Penarikan diri dari bertanding
Pertama sekali saya ingin menafikan bahawa penarikan diri saya ada kaitanya atau bersama dengan mana – mana kumpulan yang menarik diri dalam pemilihan kali ini.
Keputusan saya adalah keputusan peribadi saya berdasarkan pertimbangan setelah meneliti perbagai perkembangan dan memperhalusi perbagai pendapat.
Saya sememangnya telah meletakkan jawatan dan tidak bersama AMK secara struktural di peringkat pusat semenjak mesyuarat pertama AMK yang dipengerusikan oleh Pemangku Ketua AMK pada 16 Januari 2007. Perletakan jawatan saya berkait rapat dengan amalan politiking melampau dan kelemahan serta keegoan kepimpinan yang menunjangi AMK.
Namun walaupun meletakkan jawatan rasanya tiada bezanya sumbangan yang saya kerahkan dalam menggerakkan AMK. Ada atau tidak jawatan bukan menjadi persoalan untuk terus memberikan sumbangan.
Namun ketika menjelang mesyuarat agung AMK peringkat bahagian ramai teman pimpinan bahagian menghubungi untuk menyatakan sokongan kepada saya untuk mengetuai AMK. Saya tidak memberikan respon malah menyerahkan semuanya kepada kebijaksanaan teman – teman.
Cuma apabila ditanya jika saya diberikan peluang menerajui AMK antara kepimpinan yang ada siapa pilihan saya untuk menjadi timbalan. Ketika itu saya menyatakan Fariz Musa. Selepas itu memerhati proses pencalonan, dapat diperhatikan bagaimana kempen, lobi dan politiking keterlaluan diamalkan untuk memastikan pencalonan pihak tertentu.
Ada teman pimpinan bahagian yang menghubungi saya menyatakan bahawa mereka menyokong saya tetapi tidak mampu memberikan pencalonan kerana khuatir dengan tekanan dan seumpamanya dari 'pihak tertentu' dalam AMK di pusat.
Saya tidak memberikan sebarang komen. Saya amat memahami ini hakikat jika kita memilih perjuangan menggunakan landasan politik sudah tentu semua itu akan menjadi asam garam cuma kena ingat nilai perjuangan dan jangan ghairah keterlaluan.
Masalah pertikaian dan perbedaan pendapat adalah biasa dalam politik tetapi pertikaian dalam AMK menjadi tidak terkawal kerana kepimpinan AMK yang lemah dan sentiasa mencari jalan selamat dalam banyak hal.
Selepas Pilihanraya Kecil Ijok kebetulan saya berada di negara dua minggu kerana mengambil kesempatan menghadiri sebuah persidangan antarabangsa yang di adakan di Bangkok. Ketika berada di Malaysia saya terus turun bertemu dengan teman di bahagian yang mengaturkan terus program parti.
Saya menyatakan rasa kekaguman saya dengan pengorbanan teman- teman terus berjuang berdepan dengan jentera BN yang memperkuda seluruh jentera kerajaan dengan penuh tipu helah. Namun ramai antara teman menyatakan kekecewaan mengenai jentera AMK yang gagal dikemudikan oleh pemangku ketua AMK. Kekecewaan aktivis tenaga AMK ini bolehlah dimenifistasikan dengan keluarnya Ketua Pengarah Pilihanraya AMK dari struktur AMK dan memasuki sayap wanita.
Nurin Aina cukup dikenali sebagai antara penggerak utama AMK. Langkah Nurin ini turut di ikuti beberapa pimpinan AMK khususnya wanita muda. Dan mengenali susuk tubuh pengerak – pengerak utama AMK yang tidak bertanding kali ini mereka bukanlah susuk yang menyandang jawatan kerana kepentingan politik tetapi menawar tenaga ke arah memperjuangkan rakyat.
Amat tinggi keyakinan saya mereka akan terus menyumbang dalam perjuangan ini dengan cara masing masing, cuma buat masa ini keyakinan mereka untuk bersama secara struktural dalam AMK Pusat itu hampir tidak ada kerana alasan – alasan yang dinyatakan tadi.
Dan saya secara peribadi saya cukup menyakini bahawa kenyakinan mereka untuk meneruskan wadah reformasi dengan mengembeling tenaga anak mudah tidak sedikit goyah.
Malah saya sendiri menberi jaminan untuk tidak goyah dengan keyakinan untuk terus bercita cita dan mengharapkan reformasi total dalam negara dapat dicapai.
Anak muda harus tumpu perkukuh gerakan bukan politik sempit
Berdasarkan pengalaman dan mengamatan terhadap banyak gerakan pembaharuan di dunia , anak muda perlu menjadi tunjangnya.
Semenjak meletus reformasi 1999 anak muda di Malaysia turut sama terpanggil untuk melaungkan reformasi. Pemuda Keadilan Nasional di lihat sebagai pentas utama menumpulkan anak muda pro reformasi.
Ketakutan pemerintah terhadap gerakan anak muda ini dizahirkan dengan cubaan melumpuhkan melalui penangkapan pimpinan reformasi di bawah ISA. Ternyata ia memberi kesan. Penangkapan icon anak muda seperti Ezam sebenarnya hanya bertujuan melumpuhkan gerakan.
Peristiwa dalaman parti seperti dari Perhimpunan di Kemaman hinggalah penggabungan yangs seharusnya menjadi pencetus penting hanya kelihatan melemahkan lagi gerakan. Kita perlu belajar dari sejarah ini.
Gerakan anak muda perlu belajar dari sejarah singkat tetapi berliku sejak dari 1999 itu. Lemah sayap muda keADILan turut melesukan gerakan progresif anak muda negara. Tenaga anak muda yang seharusnya ditumpukan menyusun massa rakyat seolah terbuang kerana terbazir dalam titik bengek politik sempit.
Mempelajari dengan dekat bagaimana penyusunan anak muda di negara seperti Korea dan perbagai negara lagi telah menyedarkan saya bahawa anak muda Malaysia sememangnya belum tersusun.
Menginsafi parti politik bukan satu satunya wadah yang ada. Perubahan hanya akan wujud dengan gerakan massa muda yang tersusun dan dirancang.
Atas keinsafan inilah saya membuat keputusan untuk tidak bersama AMK secara struktural tetapi akan menumpukan sepenuhnya usaha penyusunan, pendidikan ke arah menyusun massa anak muda yang benar bergerak ke arah perubahan.
Perubahan itu bukan satu kebetulan tetapi perlu dirancang dan dituntut dengan kekuatan dan keyakinan massa.
5 tahun masa perubahan
Setelah berbincang panjang dengan perbagai kelompok anak muda progresif negara yang berada dalam dan luar negara kini saya telah mengambil keputusan memberikan tumpuan berdasarkan kepentingan.
Keyakinan saya jika anak muda Malaysia mampu mengenepikan persoalan politik sempit dan menumpukan penyusunan massa ke arah perubahan. Maka kemenangan itu tidak perlu ditunggu diharap tetapi menjadi kemenangan yang dicipta.
Anak muda perlu menunjangi kesedaran masyarakat bahawa kezaliman hanya akan terhapus apabila yang ditindas itu bangkit melawan perlu ada.
Time frame selama 5 tahun harus diletakkan secara serius untuk menuju reformasi total negara dengan penyusunan massa.
Ramai yang bertanya mengenai jawatan ’Ketua Angkatan Muda’ kepada saya. Bagi saya sekarang ini saya akan menumpukan penyusunan dan pengembelingan tenaga anak muda. Saya juga sedar saya cuma insan kecil yang letakkan sedikit usaha dalam matlamat yang besar untuk itu semua tenaga pentas termasuk AMK pasti perlu dimanfaatkan.
Cuma 3 tahun lagi jika AMK masih menjadi kenderaan yang relevan saya akan fikirkan untuk kembali bersama secara struktural tetapi buat masa ini saya tidak mahu membazir masa dan tenaga bertempur dalam politik sempit anak muda.
Kongres Penting
Kongres ini dilihat penting kerana ia merupakan kongres terakhir menjelang pilihanraya umum yang dijangka akan menjelang seawal ogos 2007. Kongres ini juga sebagai pemangkin semangat pengembeling kekuatan khususnya selepas keADILan tewas di Ijok.
Maka seharusnya penumpuan kepada mempersiapkan parti, refleksi diri perlu menjadi agenda penting semua perwakilan dan pimpinan Angkatan Muda. Kegagalan mempersiapkan jentera di Ijok seharusnya dibincangkan secara matang.
Sememangnya faktor penipuan dan penyalahgunaan kuasa yang amat melampau itu wujud dan demokrasi begitu sempit namun kita juga seharusnya lebih siap menghadapi itu semua.Jangan tambahkan derita rakyat dengan memusnahkan harapan yang ada.
Rakyat di luar sana kini dihimpit perbagai kesusahan. Mereka hanya mampu mengeluh dan merenung jauh melihat keringat dibanting kais pagi makan pagi tetapi peminpin dan kroni berkenduri harta negara tanpa hadnya.
Apa nasib ibu bapa yang berjuang untuk persekolahan anak mereka ? Apa nasib petani dan peniaga kecil yang bertarung nasib mencari rezeki ? Apa nasib nelayan yang bertarung nyawa mengharap pulangan tangkapan ?
Mereka ini satu ketika dulu pernah tersenyum mengalirkan air mata dalam hatinya meraikan kelahiran satu perjuangan baru yang diterjemahkan sebagai reformasi dan kemudian atas nama Parti keADILan.
Kepada pimpinan AMK dan parti secara amnya ingatlah harapan rakyat kepada parti ini tinggi. Jangan mereka sekali lagi menangis di dalam hati kerana kejayaan kita meranapkan harapan mereka.
Kerana itu, kita harus fikirkan tengok di kiri dan kanan kita hari ini. Dimanakah mereka yang kita perjuangkan. Di mana rakyat miskin, tertindas dan dizalimi itu ...Mengapa mereka tidak hadir disamping kita ? Itu harus kita fikirkan kejayaan perjuangan ini tidak akan ada selagi mereka tidak diperkasakan untuk sama menuntut perubahan.
Kini mereka tidak hadir bersama kita adakah ia silap mereka atau silap kita.
Mengubah harapan menjadi satu kemenangan bukan satu usaha yang mudah semua perlu faham dulu perjuangan adalah perlaksanaan kata – kata.
Dimana mana di dunia perubahan, Revolusi 1789 di Peranchis, Kebangkitan 1980 di Korea dan yang terdekat Reformasi 1998 di Indonesia ditunjangi anak muda. Meskipun tidak dikenang.
Anak muda harus berjuang bukan kerana nama. Anak muda harus berjuang kerana mengejar cita – cita perubahan.
Lahirlah gerakan anak muda........................
Badrul Hisham Shaharin
11.55 malam, 24 Mei 2007
http://chegubard.blogspot.com
chegubard@gmail.com
* penulis merupakan bekas Ketua Penerangan, Pergerakan Pemuda keADILan Nasional dan Timbalan Ketua Penerangan, Angkatan Muda keADILan Malaysia. Kini sebagai Eksekutif Ko ordinator, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK)
Salam Che Gu Bard,
ReplyDeleteApa dah jadi ni Bard?
PKR ni nak jadi UMNO ka??
Masing-masing duk berebut jawatan dan pangkatlah apa lah...
X dpt beza ka antara nasihat dgn arahan???
Masalah sungguh aih..hang pa ni..
Macamana nak menang PRU kalau isu kecik ni pun x boleh nak bermuzakarah sesama sendiri...
Aku x yakin PKR leh perintah negara kalau isu kerdil mcmni pun x leh urus secara syura...
UMNO jugaklah jadinya mcmni..tukaq namalah UMNO BARU...
Lebih baik ahli PAS lagi bertengkar2 pengakhirannya masih baik,ukhuwah masih terjalin dengan harmoni..ALHAMDULILLAH...
Kene ada kursus pemantapan fikrah perjuangan PKR baru masing-masing faham asas pengorbanan.
Minta maaf kalau ada ayat-ayat di atas yang mengecilkan hati Che Gu Bard.Tapi inilah realiti dan kritikan yang harus diterima PKR dan ahli PKR utk terus relevan di mata masyarakat Malaysia.
ALLAHU AKHBAR
2nd u chegu bard...yang penting kita mesti ada sumbangan...kullukum rain wakullu rain masulun anra yiatih....hidup mesti ada kerja/tanggungjawab...dan akan disoal dipadang mahsyar...
ReplyDeletesenarai MPT ( 20 ) pusat cukup baik tetapi AMK , Wanita dan termasuk Naib amat mengecewakan.
ReplyDeleteHahaha. Teruslah maju PKR !
Lihat sahajalah apa yang AMK , wanita dan pemimpin lain mampu buat. Tunggu dan lihat.
Hahaha!
alhamdunillah...masih ada anak muda seperti saudara...teruskan berjuang...
ReplyDeleteselepas membaca tulisan saudara saya semakin memahami perjuangan ini...
tahniah atas konsistensi saudara...kita pernah bertemu dalam kem latihan AMK johor yang dikendalikan oleh saudara dan rin...saya masih ingat kata kata saudara...tidak kira ribut atau petir peranan anak muda ialah berjuang..perjuangan ialah perlaksanaan kata - kata...