Tuesday, July 19, 2016

Sejarah yang sedang dilupakan

Sejarah Yang Tak Mungkin Terpadam
1) Bila Anwar kata dia maafkan Mahathir, cukuplah untuk aku kata Anwar memang berhati besar.
2) Bukan sikit kezaliman Mahathir pada Anwar. Pasal isu liwat tahun 1998 tu, kita anggap je lah kita tak tahu siapa betul siapa salah (walaupun fakta kes bercanggah teruk).
3) Kesalahan jelas Mahathir pada Anwar ialah persepsi jahat yg dijual Mahathir dalam kes mata lebam Anwar.
4) 20 September 1998 Anwar ditahan polis. Lepas 9 hari, Anwar dibawa ke mahkamah. Semua terkejut sebab mata sebelah kiri Anwar lebam. [1]
5) Apa andaian yg dimainkan Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu apabila polis yg di bawah kuasa beliau membawa seorang tahanan polis dalam keadaan macam tu?
6) 2 andaian Mahathir mainkan:
i) Anwar cederakan diri sendiri
ii) Anwar dipukul polis kerana provokasi Anwar sendiri

7) Walaupun ni hanya andaian, tapi Mahathir cuba menjual imaginasi seolah olah logik itu lebih ke arah Anwar cederakan diri.
"Ini bukan sesuatu yg mustahil kerana dia akan dpt mileage kalau dpt tunjukkan dirinya dicederakan polis. 
Daripada satu segi, ini satu keuntungan baginya. Ternampak bahawa dia sudah mengalami apa yang telah awal-awal lagi yang dia ramalkan. Ramalannya ialah bila dia ditangkap, dia akan diseksa dan ini akan meraih simpati kepadanya". 
8) Dan Mahathir cuba pula buat andaian kedua iaitu kalau polis pukul pun kerana provokasi Anwar.
"Tapi ada kemungkinan dia sengaja menimbulkan kemarahan pihak polis atau membuat sesuatu sehingga menyebabkan polis terpaksa cuba menahannya daripada memberontak atau membuat sesuatu yang menyebabkan polis menggunakan kekerasan, mungkin dalam proses itu juga akan terjadi kecederaan seperti yang kita lihat". 
9) Dah lah buat andaian yg kedua-duanya menghalakan kesalahan pd Anwar, Mahathir cuba meyakinkan lagi seolah olah logiknya itu lebih kepada Anwar cederakan diri sendiri dan bukannya dipukul polis.
"Dalam kes Anwar, saya tidak nampak satu faedah pun bagi polis untuk berbuat sesuatu kepada Anwar kerana mereka tidak mendapat pengakuan daripadanya.
Dan polis tahu bahawa mereka akan menghadapkan Anwar ke mahkamah dan sudah tentu apabila dibawa ke mahkamah dan dia didapati cedera, ini akan menimbulkan tuduhan-tuduhan terhadap polis". 
10) 2 andaian Mahathir yg cukup jelas membunuh kredibiliti Anwar. Dah lah kena belasah, dimainkan pula persepsi yg negatif.

11) Allah Maha Besar. Akhirnya terbongkar rahsia di sebalik mata lebam Anwar. Siapa puncanya? Ketua Polis Negara ketika itu, Rahim Noor. Jelas andaian pertama Mahathir, iaitu Anwar cederakan diri sendiri jauh tersasar.

12) Adakah andaian kedua Mahathir, Anwar dibelasah kerana provokasi Anwar terhadap polis itu tepat? Ini situasinya.
"Kira-kira pukul 10.45 malam, Abdul Rahim turun berseorangan dari tingkat 30, bangunan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke lokap yang menempatkan Anwar.
Menurut fakta lagi, setibanya di lokap, Abdul Rahim mengarahkan melalui isyarat supaya beberapa anggota yang berkawal diam dan menutup mata serta menggari tangan Anwar. 
Tertuduh kemudian memasuki lokap berkenaan dan menyerang mangsa dengan menumbuk dahi kiri serta menamparnya beberapa kali.
Anwar menjerit kesakitan menyebabkan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof, meluru masuk dan menahan Abdul Rahim dari terus memukulnya manakala Pengarah JSJ, Datuk Yaacob Md. Amin menarik tertuduh keluar". 
13) Inilah situasi yg berlaku terhadap insan yang bernama Anwar. Dipukul separuh mati (Doktor sendiri sahkan pukulan terhadap Anwar boleh menyebabkan maut) [5], kemudian dimainkan pula persepsi negatif terhadap beliau. Jelas tiada provokasi drpd Anwar. Anwar ditutup mata dan digari kebelakang. Provokasi apa yg Anwar lakukan?

14) Walaupun terbukti andaian rasmi seorang Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri ketika itu jauh meleset, apakah beliau memohon maaf kepada Anwar sekeluarga? Apakah beliau memohon maaf kepada Anwar sekeluarga setelah mengetahui KPN yg di bawah port folio beliau ketika itu membelasah Anwar separuh mati? Tidak.

15) Nasihat buat Mahathir, sebelum kamu menghembuskan nafas yang terakhir, mohon maaf lah secara terbuka kepada Anwar, keluarga Anwar, dan reformis yang dizalimi kamu dan polis di bawah kawalan kamu ketika itu. Mati itu pasti.

#BebasAnwar

p/s: Kalau ambik sumber MKini, Harakah, KeadilanDaily, dll penyokong Mahathir tak percaya pula nanti. Semua petikan tu adalah drpd Arkib Utusan Malaysia.

cuplikan dari fb Farhan Zulkefly

No comments:

Post a Comment