Saturday, July 09, 2016

Ahli Parlimen PKR Ampang wajar jawab isu pakai kereta milik tauke.

Kenyataan terbuka

9 Julai 2016

PAKAI KERETA MILIK 'TAUKE', ZURAIDAH WAJIB JAWAB

1. Baru- baru ini terdedah dan tersebar di media sosial berkenaan ahli parlimen Ampang, YB Zuraidah yang juga Ketua Wanita PKR memiliki 9 buah kenderaan atas namanya. Tersebar gambar - gambar kenderaan tersebut siap dengan salinan geran dan carian harga pasaran yang membawa jumlah jutaan ringgit. Antara yang tersebar ialah seperti di bawah :
- BAT1111 - KERETA TOYOTA VELLFIRE
- WTY575 - KERETA MERCEDES BENZ C200
- BHT63 - KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G
- W2956U - MOTORSIKAL DEMAK EX 90
- W6901J - KERETA HONDA CIVIC HYBRID
- WWA276 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
- WTY1547 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
- WRL575 - KERETA VOLVO XC90 2.5T

2. Sehingga sekarang tidak faham kenapa perlunya mempunyai 9 buah kenderaan atas namanya dan bagaimana dia mampu membayar semua harga kenderaan tersebut. Namun sehingga kini oleh kerana tidak ada pihak yang tampil dengan bukti serius maka kita hanya perlu menanti respon rasmi ahli parlimen Ampang ini. Jika dia terus diam maka akan terus bermainlah perbagai prasangka dikalangan rakyat dan dia tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana kita yang sama - sama mendidik rakyat mempersoalkan pemimpin. Namun untuk berlaku adil kita harus mengambil kira salah satu kenderaan yang paling mahal sudah tentu menggunakan AP (potongan cukai selaku ahli parlimen), juga ada kemungkinan dia menggunakan namanya untuk sesiapa yang rapat denganya yang 'black list' membeli kenderaan. Tidakpelik kerana selaku pemimpin politik dia pasti melakukan apa termampu untuk pendamping setianya.

3. Namun yang menarik perhatian che'GuBard ialah wujud dakwaan sebuah kenderaan BNT9138, Sebuah KERETA MERCEDES BENZ S280 yang selalu digunakanya. Kenderaan ini bukan didaftar atas namanya tetapi atas nama sebuah syarikat iaitu  Hanspec (M) Sdn Bhd, Suite 6.01 6th Floor, MENARA TKSS NO.206, JALAN SEGAMBUT , 51200 KL.

4. Zuraidah selaku Timbalan Ketua PKR Selangor yang dikatakan mempunyai kuasa besar dalam melantik ahli majlis PBT seluruh Selangor termasuk Ketua Whip PBT pasti mempunya pengaruh besar dalam menentukan perbagai projek dan 'perolehan' dalam Selangor, maka apabila dia yang mampu memiliki perbagai kenderaan atas namanya termasuk kemungkinan memberikanya pada orang lain menggunakan pula kenderaan lain milik'tauke' ia pasti menimbulkan perbagai persoalan.

Siapakah syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd ini? Apakah hubungan Zuraida? Adakah perniagaan keluarga, rakan kongsi atau proksi Zuraida?

5. Maklumat SSM mendapati Syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd dimiliki oleh orang Cina iaitu;

– Lee Keat Keong
– Lee Ban Chew
– Phoon Sow Cheng

Berasal dari Petaling Jaya Selangor. Syarikat yang terlibat dalam bidang ‘Optical products’ ini mempunyai nilai aset syarikat RM2,707,401 juta dan pendapatan tahunan RM4,659, 944 juta. Dan aktif sehingga kini!

https://goo.gl/4Zmd8f , https://goo.gl/96Zdpr , https://goo.gl/Qaj6g7 , https://goo.gl/DsGr7B , https://goo.gl/B9Jcwm , https://goo.gl/mvDVHw

Maka wujud persoalan apakah yang telah Zuraida MP Ampang sumbangkan khidmat kerja kepada Hanspec? Adakah lesen Pihak berkuasa tempatan ( PBT), lokasi strategik, atau syarikat mendapat tender atau bekalan perolehan dari PBT atau Kerajaan Negeri Selangor?. Atau mungkin mendapat tanah negeri untuk kilang dan sebagainya. Ia sangat misteri. Tidak mungkin syarikat ini tiada kepentingan?

6. Sebelum Umno dan Barisan Nasional menggunakan perkara ini sebagai modal politik khususnya menjelang pilihanraya nanti maka sewajarnya Zuraidah sendiri tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara ini. Kita sering menyerang pimpinan Umno Bn dengan perbagai serangan khususnya bab pemilikan harta peribadi maka sewajarnya pimpinan kita bukan sahaja harus bersih tetapi harus dilihat bersih. Zuraidah wajib tampil membuat penjelasan dan SAMM sendiri akan bersama menyebarkan penjelasan beliau jika beliau tampil memberi penjelasan terperinci. 

7. Isu pemilikan kenderaan dalam jumlah agak luar biasa ini sudah lebih sebulan tersebar namun agak pelik juga agensi seperti SPRM yang sebelum ini kelihatan agresif menyerang pimpinan pembangkang kelihatan senyap dalam perkara melibatkan pimpinan - pimpinan berkait rapat dengan Azmin.

oleh :

che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

1 comment:

  1. Bukankah Zuraidah ni peniaga buah-buahan? Tentunya hasil keuntungan penuh tiada cukai.... Janganlah syak wasakangka...di Jakarta, HK, Singapore pun mungkin gerai dia punya? Siapa yg tahu.....

    ReplyDelete