18 Julai 2016 (11.00 malam)
1. Beberapa hari lepas Mahathir Mohammad bekas diktator yang korup dan zalim telah mengumumkan akan tertubuhnya satu parti baru dan akan mengetuai pakatan pembangkang baru bagi menghadapi PRU ke 14. Pengumuman ini dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
2. Bagi saya dan SAMM semua kekuatan pembangkang (baca : rakyat) sememangnya wajar disatukan bagi menghadapi regim dan membawa pembaharuan ke arah menyelamatkan negara dari perbagai aspek. Gerakan besar rakyat ini harus hadir dengan suara padu semua dari akar umbi. Ia seharusnya dielakkan dikumpulkan sekumpulan elit manusia dalam dewan berhawa dingin membuat keputusan dan rakyat hanya dipergunakan namanya sahaja. Jika ini berlaku maka ia hanya mengulangi kegagalan deklarasi rakyat yang kononya gah tetapi akhirnya kerana tidak bersifat akar umbi, disergah dengan pembongkaran pemalsuan akuan sokongan terus mereka buat buat lupa cadangan berarak ke Istana bagi mempersembahkan 1juta (tandatangan) sokongan rakyat bagi membolehkan Agong memecat Perdana Menteri akhirnya semua sia -sia.
3. Satu sidang meja bulat harus diadakan dari perbagai latar terdiri ahli politik, cendiakwan, aktivis dan sebagainya, satu draf preliminary common frame work harus dihasilkan dan semua pihak yang terlibat harus membawa turun draf ini bagi mengumpul pandangan. Malah PKR, Amanah, DAP juga harus kembali ke akar umbi parti masing masing termasuk perlu mengadakan Kongres Khas bagi membahaskan draf ini supaya ia benar - benar masak dan mengakar.
4. Namun malangnya pemulaan mula gagasan ini sendiri tidak cantik kerana bagaimana dalam keadaan semua tokoh yang berjawatan kanan dalam parti masing - masing boleh hadir dalam mesyuarat dipengerusi Mahathir dan pengumuman serta sidang media diketuai Mahathir. Ini menampakan ia hanya satu lagi versi deklarasi rakyat yang gagal.
5. Hak untuk menubuhkan parti itu adalah hak asas demokrasi namun tindakan Mahathir menubuhkan parti ini menunjukkan ia seorang yang sememangnya tidak tahu nilai kompromi organisasi dan hanya mahu orang ikut dia semata - mata. Kalau Mahathir benar hanya mahu menjatuhkan Najib dan Umno apa salahnya dia masuk mana mana parti pembangkang sedia ada ? Parti aliran apa yang hendak ditubuhkan, adakah satu lagi parti dalam wajah dan aliran Umno ? Adakah Pakatan Pembangkang nanti boleh menerima parti perkauman cerminan Umno dalam versi lain ?
6. Rakyat bukan bodoh, pembaharuan ke arah menyelamatkan negara perlu datang dengan prinsip jelas bukan sekadar perebutan kuasa. Sejak 1998 kita menyajikan kepada rakyat betapa negara ini hancur kerana sistem yang dihancurkan oleh Mahathir dan kuncunya. Betapa Mahathir, anak beranak dan kuncunya melanun harta negara, namun hanya untuk menghadapi Najib kita minta rakyat lupakan semua itu ? Adakah kita obses kuasa semata atau kita benar mahu menyelamatkan negara ?
7. Bayangkan satu ketika nanti ketika Zahid Hamidi menjadi PM, Najib tidak berpuas hati membuat teguran dan berdasarkan skrip sama kita akan sekali lagi mengangkat Najib sebagai hero kerana hujahnya Zahid Pm dan masalahnya berpunca dari yang pegang kuasa bukan yang dah pencen. Bagaimana dengan samunan berbilion duit negara oleh Najib adakah ia halal ?
8. Sekali lagi tigaskan pendiran Mahathir punya hak sebagai rakyat untuk mengkritik siapa sahaja lebih - lebih lagi Perdana Menteri, namun untuk dia diangkat dipentas rakyat dia perlu memulangkan semua harta rompakan yang dicurinya, bertanggungjawab atas semua jenayah pentadbiran dibawahnya, mengakui fitnahnya terhadap Anwar sehingga menghumban negara dan rakyat ke dalam krisis politik yang dasyat. Ini wajib !
9. Sama seperti hadir ke deklarasi rakyat tandatangan dan nyatakan sokongan parti tanpa kelulusan parti dan sekali lagi pemimpin kem Azmin lalukan bila hadir ke sidang media dan mesyuarat bincang tubuh pakatan pembangkang baru. Ini kesalahan disiplin serius, namun adakah PKR mampu bertindak dengan Azmin dan kemnya yang jelas tidak ada displin organisasi ? Mereka sedang mengkianati Anwar dan gerakan reformasi yang diasaskan dengan deklarasi Permatang Pauh.
Ketika saya dan teman - teman mengkritik Mahathir maka geng Azmin anak angkat Mahathir yang setia akan bangkit menyerang, malah Azmin dihadapan seorang ahli Parlimen PAS pernah menfitnah saya dibayar Najib hanya kerana menyerang Mahathir, saya cabar Azmin ulang fitnahnya secara terbuka tetapi dia takut. Namun bila Mahathir serang Anwar beberapa bulan lepas di media Australia dan Indonesia menyambung fitnah salah laku seks Anwar semua mereka itu bisu (mulut penuh dedak?) Ingat Mahathir pernah disapina untuk hadir di Mahkamah oleh pasukan peguam Anwar tapi dia menikus mengelak dan syarat paling lawak dia mahu tahu apa soalan bakal ditanya sebelum dia ke mahkamah. Terbaru Mahathir sekali lagi menggunakan media luar negara menyatakan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri, malah lebih teruk kenyataan itu dibuat selepas Anwar menyatakan keterbukaan menerima parti baru Mahathir. Mahathir tetap Mahathir diktator zalim sombong ego yang sama. Penubuhan gabungan baru dan parti baru hanya untuk memastikan legasi politik dan jaringan perniagaannya terpelihara dan dengan tindak tanduk pengkianatan orang PKR sendiri ternyata Mahathir akan menang kali kedua dengan Anwar. Pertama menyingkirkan Anwar dari dalam Bn dan kedua dia hampir berjaya menyingkirkan Anwar dari gagasan pembangkang pun.
Bayangkan beberapa minggu lepas YB Nurul Izzah Anwar, mengeluarkan surat terbuka mengenai kesihatan Anwar yang teruk dalam tahanan langsung tidak ada pemimpin pembangkang termasuk PKR menyambut kenyataan Izzah itu. Tetapi jika Mahathir berdehem sahaja kini berlumba mereka menyambut.
10. Sekali lagi ditegaskan, mood penolakan rakyat terhadap regim sangat berbeza kini. Kekuatan rakyat perlu disusun, kuatkan Pakatan Harapan selesaikan kerja - kerja house keeping seperti penubuhan seketeriat tetap yang ada pejabat dan organisasi fizikal yang jelas. Susun program - program PH turun ke rakyat dan jangan lupakan perlu ada satu logo PH. Mahathir nak tubuh parti masuk pembangkang, patut dia tubuh dan mohon masuk PH, Majlis Presiden PH putuskan bukan dia panggil dan pemimpin kita terhegeh - hegeh tersengeh dalam mesyuarat yang dia pengerusikan.
Ingat masej kena jelas dan prinsip kena teguh, rakyat sedia untuk berubah tapi sajikan mereka dengan sajian segar bukan sajian yang kita sendiri pernah yakinkan mereka bahawa ia sajian sangat kotor lagi berpenyakit.
tulisan : che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
rujukan 1 : Fitnah terbaru Mahathir , Anwar tidak layak jadi PM kerana salah laku seks klik http://www.theaustralian.com.au/news/world/anwar-did-not-have-the-moral-fibre-to-be-pm-says-mahathir-mohamad/news-story/8e418727190d919d3bbf3786eede0a30
rujukan 2 : Serangan terbaru Mahathir, Anwar tidak layak jadi PM kerana sudah tua https://www.malaysiakini.com/news/337328
rujukan 3 : Azmin akui dia dididik dan anak angkat Mahathir klik http://chegubard.blogspot.my/2015/12/13-disember-buka-mata-ramaiikatan-azmin.html
rujukan 3 : sejarah yang sedang dilupakan klik http://chegubard.blogspot.my/2016/07/sejarah-yang-sedang-dilupakan.html
rujukan 1 : Fitnah terbaru Mahathir , Anwar tidak layak jadi PM kerana salah laku seks klik http://www.theaustralian.com.au/news/world/anwar-did-not-have-the-moral-fibre-to-be-pm-says-mahathir-mohamad/news-story/8e418727190d919d3bbf3786eede0a30
rujukan 2 : Serangan terbaru Mahathir, Anwar tidak layak jadi PM kerana sudah tua https://www.malaysiakini.com/news/337328
rujukan 3 : Azmin akui dia dididik dan anak angkat Mahathir klik http://chegubard.blogspot.my/2015/12/13-disember-buka-mata-ramaiikatan-azmin.html
rujukan 3 : sejarah yang sedang dilupakan klik http://chegubard.blogspot.my/2016/07/sejarah-yang-sedang-dilupakan.html
Mahathir yg dahulu bukanlah yg sekarang. Dulu Mahathir dikeji kini Mahathir dipuji. Dulu Mahathir dicerca skrg dipuja. Dulu Mahathir digelar Mahafiraun, skrg jdi MahaMusa.
ReplyDelete