19 Julai 2016 (9.00 pagi)
16 Julai 2016 portal berita menyiarkan laporan berkenaan seorang peniaga kecil, Jayee Sury Rajoo yang mengadu MajlisDaerah Kuala Selangor (MDKS) akan merobohkan gerainya pada 23 Julai nanti. Lebih parah lagi kedai kecil itu satu - satunya sumber pendapatan keluarga dia menyara anak - anak selepas suaminya seorang pengendali kren terlantar kerana angin ahmar sejak sebulan lalu. Jayee bukan seorang peniaga haram dia bukan sahaja memiliki lesen perniagaan MDKS malah dia turut memiliki permit menduduki premis tempat dia berniaga. Dia membayar cukai kepada kerajaan.
Secara tiba - tiba dia menerima notis dari MDKS memaklumkan dia menceroboh tanah rizab peparitan dan perlu mengosongkan segera atau berdepan tindakan pengusiran. Dia dikatakan telah merayu kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan tempat ganti dan ditangguh perobohan tetapi nampaknya kerajaan negeri langsung tidak mendengar walaupun dia telah hadir sendiri ke pejabat Menteri Besar.
che'GuBard teringat memori bersama penduduk mempertahankan Berembang, bersama abang Mad (Segambut) mempertahankan kampung Sungai Udang dan banyak lagi kes mempertahankan hak penduduk yang dikatakan setinggan yang mahu dihalau oleh regim Bn yang mana hampir semuanya berkahir dengan che'GuBard, kawan - kawan dan penduduk akan bermalam di lokap.
Kita mengatakan regim Bn zalim , pampasan harus setimpal kerana kebanyakan penduduk yang diusir sudah duduk berbelas malah berpuluh tahun. Lebih teruk lagi ada antaranya merupakan pembayar cukai kepada regim Bn dan tetapi secara tiba - tiba apabila ada pemodal besar yang kaya datang hendak membuat projek , rakyat kecil dihalau dan dipanggil penceroboh. Kerajaan diam dan kutip cukai selama ini dan tiba - tiba memanggil mereka penceroboh menggunakan jentera dan undang - undang zalim menzalimi usir rakyat.
Malangnya kini apa bezanya dengan kita bila kisah Jayee peniaga kecil ini diangkat ?
Kisah Jayee bukan kisah terpinggir, 153 rumah di Kampung Paya Jaras Hilir yang sudah berpuluh tahun menduduki kawasan tersebut telah disergah dengan surat pengusiran ketika eidulFitri begitu hampir. Diyakini ada projek besar sedang memasuki kawasan itu maka rakyat kecil dihalau begitu sahaja. Kisahnya sama tiba - tiba mereka dipanggil penceroboh sedangkan sebahagian besar dari mereka dikutip cukai dan ada yang mempunyai permit sah menduduki tanah tersebut.
Ketika semua pemimpin politik (tidak kiralah hipokrit atau ikhlas) menghantar ucapan Selamat hari Raya kepada pengundi, Kerajaan yang naik atas nama rakyat dibawah Azmin menghantar notis arahan pengusiran. Adakah kerajaan yang tak pasti status, yang sah ia bukan PH ini layak dipanggil regim juga ?
catatan : che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
jelas penduduk yang ditemui mempunyai kebenaran menduduki dan dikutip cukai oleh kerajaan |
kosongkan dalam tempoh 30 hari atau hadapi tindakan, apa beza kita dengan regim Bn ? |
No comments:
Post a Comment