Tuesday, March 08, 2011

Salinan surat SAMM sedia anjur debat

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM),
No. 19, Jln D'Elise 1,
Taman bandar Senawang,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan D.Khusus

Tarikh : 7 Mac 2011

Kepada

Ybhg. TUN DR. HJ. MAHATHIR BIN MOHAMMAD,
Presiden Kehormat,
Yayasan Kepimpinan Perdana,
No 1. Jalan P8H, Precinct 8,
62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.
(melalui email maznah@perdana.org.my

YB DATO' HJ. HUSAM MUSA,
Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 1, Tingkat 1, Kota Darul Naim
15503 Kota Bharu, Kelantan
(melalui email haji.husammusa@gmail.com)

Ybhg. Tun dan YB Dato' ;

KESEDIAAN SAMM MENGANJURKAN DEBAT / PERTEMUAN TERBUKA TUN DR. HJ MAHATHIR MOHAMAD DAN DATO' HJ HUSAM MUSA

Adalah dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

Mutahakhir ini isu 'siapa pengkhianat Melayu?' menjadi topik perbualan hangat semula. Ia umpama tuduh menuduh dan tidak membawa sesuatu yang sihat lebih kepada bersifat sentimen perpecahan semata - mata. Lebih parah lagi apabila perbincangan ini membawa kepada sentimen anti kaum lain dan menyalahkan kaum lain sebagai punca 'kemunduran' orang Melayu.

Terbaru bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memperkatakan isu ini dengan terus melabel Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai pengkhianat Melayu. Selaku sifat negarawan maka sudah tentu kenyataan Ybhg. Tun Dr. menarik perhatian dan menjadi topik perbincangan hangat di tengah masyarakat.

Seperti yang kita semua maklum kenyataan Ybhg Tun Dr. ini telah disahut oleh Dato' Hj Hj Musa dengan tulisannya yang menyenaraikan apa yang beliau panggil fakta "siapa yang sebenar mengkhianati Melayu?".

Isu ini dibincangkan secara terbuka dan ia jelas tidak menguntungkan sesiapa...khususnya apabila ia meleret dan membawa kepada komentar yang penuh sentimen perkauman dan tidak membina negara.

Sehubungan dengan ini menginsafi kesedaran betapa isu ini memerlukan pencerahan dan dibawa kepada perdebatan yang sihat.

Debat merupakan budaya politik sihat. Debat Mahathir - Husam mungkin boleh menjadi titik temu penting dalam mencari tapak mula melonjak pemikiran Melayu khususnya dalam mendepani cabaran zaman yang makin rumit.

Jesteru itu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan organisasi gerakan anak muda Malaysia yang menyatukan perbagai anak muda dari perbagai latar demi kepentingan negara menyatakan kesediaan untuk menjadi penganjur kepada debat Mahathir - Husam ini.

Debat jangan dilihat sebagai pergaduhan tetapi ia ialah latihan praktik yang harus dilakukan ke arah mencari idea yang matang dan bernas.

Sehubungan dengan itu SAMM bersedia menganjadi penganjur titik temu ini. Seorang moderator berkelayakan akan dilantik mengendalikan pertemuan ini. Secara terbuka atau jemputan terhad, dari segi format akan kita sama bincangkan setelah persetujuan kedua pihak.

Janganlah kita dengar alasan orang ini tidak layak berdebat dengan saya, ego sombong seperti ini tidak menguntungkan sesiapa. SAMM merayu kesediaan kedua tokoh ulung ini seorang negarawan 'teruji' seorang lagi ialah tokoh muda yang sedang dihormati.

Diharap kedua pihak mampu mengenepikan ego demi bersama membina bangsa dan negara ini.

Sekian dan terima kasih


BADRUL HISHAM SHAHARIN a.k.a che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

blog : http://chegubard.blogspot.com
facebook nick : chegubard
twitter nick : chegubard
email : chegubard@gmail.com

1 comment:

  1. Tuan,

    Anak ke 2.

    wargh KAH KAH KAH! wargh KAH KAH KAH!

    ReplyDelete