Saturday, March 19, 2011

Blogger terus diburu menjelang pilihanraya

Kenyataan Media
19 Mac 2011

Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM) mendapat berita hampir tgh malam tadi kediaman adik Hanief seorang blogger yg porpular dgn pembikinan klip video informatif dan mengkritik regim telah ditahan dan rumahnya diserbu. Semua komputer termasuk milik ahli keluarga yg lain dirampas oleh pihak berkuasa tanpa memberi alasan munasabah.

SAMM melihat ini tindakan terdesak regim penguasa yg tertekan dengan gerak kerja anak muda yg bangkit dgn perbagai cara menumbangkan regim khususnya dalam meningkatkan kesedaran rakyat menggunakan media baru. Dalam mood pilihanraya yang mungkin dalam masa terdekat ini blogger dijadikan sasaran untuk ditakutkan. Baru saja blogger Din Binjai (sharpshooter) disaman Menteri propaganda Bn, kini adik Hanief dan keluarganya pula menjadi mangsa.

SAMM melihat ini perkembangan ini sebagai serius dan mengecam tindakan penguasa ini.
che'GuBard sendiri pernah berdepan dengan tangkapan gunakan alasan tulisan di blog walaupun diyakini tangkapan adalah berkaitan kerana hari tersebut baru saja pulang dari diskusi buku Misteri disebalik Pembunuhan Altantuya di Jakarta. Komputer cheGuBard dirampas termasuk cubaan memasuki Ibupejabat PKR menggunakan kes tersebut. Namun setelah disusahkan sebegitu rupa kes tersebut tidak dilanjutkan kerana ternyata atas laporan polis yang lemah sekali.
che'GuBard juga punya pengalaman membuiat laporan polis terhadap blogger pro Umno yang ternyata terlibat siar gamar lucah dan 'posting' perkauman namun seperti biasa penguasa hilang kuku bila berdepan parti regim.
SAMM berharap adik Hanief tabah bersama keluarganya. Kepada blogger lain jangan gusar teruskan usaha meningkat kesedaran rakyat. cheGuBard baru hubungi Hanief subuh ini dan difahamkan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis jam 2.30pagi tadi dan perlu hadir di Balai Sentul,10pagi ini.
Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk 'organize' jaringan blogger 'nyamuk' untuk menjadikan mereka lebih kuat.

21 Mac,9pagi di Mahkamah Tinggi Malaya,Kompleks Mahkamah Jln Duta,Kuala Lumpur semua blogger muda ini dijemput bersama blogger Sharpshooter (Din Binjai) dalam sebutan kes saman dari Rais Yatim.
Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

2 comments:

  1. Anonymous12:21 AM

    Samapai masa ini Blogger yang ta sokong UMNO di tahan. Tetapi sekarang Blogger yang sokong dasar UMNO pun di tahan.Hidup Malaysia. Hidup Ugama. Hidup Bangsar.

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:03 AM

    Memang kerajaan sudah terdesak dan akan melakukan apa saja supaya sebarang maklumat yang tidak menyokong kerajaan tidak sampai kepada rakyat. Inilah tektik kotor BN dan UMNO sampai bila-bila pun agar maklumat yang mendedahkan kepincangan dan penyelewangan ahli-ahli politik BN tidak sampai kepada rakyat marhaen.Sekarang semua blogger yang tidak menyokong BN kena berhati-hati kerana mereka akan buat intipan, memantau setiap kandungan isi blog untuk mencari bahan hasutan dsb untuk dijadikan alasan buat serbuan ke atas blogger2 yang terlibat. Mereka akan buat serbuan pada masa yang akan menimbulkan kesulitan dan keadaan terdesak di pihak blogger hingga tidak dapat bertindak secara rasional. Mereka akan menggunakan dokumen yang sukar difahami oleh blogger menginterpretasikan maksud serbuan mereka. Mereka juga bertindak sedemikian supaya peluang untuk mendapatkan khidmat peguam tidak mudah diperolehi semasa menghadiri soalsiasat. Inilah yang telah terjadi kepada adik Hanief dan keluarga beliau diserbu waktu malam dan dirampas semua komputer dan modem dan terus dibawa ke balai polis untuk disoalsiasat tanpa diiringi oleh peguam. Mereka akan mengambil kesempatan ketidakarifan dan kurang pengetahuan undang-undang blogger yang terbabit dan memerangkap blogger berkenaan untuk mengaku kepada kenyataan yang dikeluarkan semasa sesi soalsiasat itu. Mereka akan putarbelitkan fakta dan bahan dalam siasatan itu yang boleh membuat blogger mengaku akan "kesalahannya". Inilah cara kotor mereka untuk mencantas blogger2 yang tidak sokong kerajaan.
    Tindakan mereka mencerminkan ketakutan mereka tentang sebaran maklumat sebenar kepada rakyat. Mereka juga tidak menunjukkan sikap keadilan yang sebenar dengan tidak memberi peluang kepada blogger yang diserbu untuk mendapatkan khidmat peguam kerana mereka takut bahawa dengan kehadiran peguam membuat kerja mereka sukar untuk mengambil kesempatan atas ketidakarifan hal undang2 oleh blogger berkenaan. Jadi berhati-hatilah dalam menghasilkan bahan blog supaya tidak memberi ruang mereka membuat serbuan dengan alasan yang lemah dan tidak munasabah.

    ReplyDelete