beberapa minggu lepas kemungkinan ramai masih belum sedar telah dilancarkan kempen 2Malaysia sebagai parodi kepada kempen 1Malaysia.
Laman web kempen, http://www.2malaysia.org http://www.facebook.com/2malaysia . dilancarkan bagi maksud kempen tersebut. Sebelum ini telah pun mempromosikan 2Malaysia menerusi laman Facebook,
Menurut Arif pengendali kempen, beliau mendapat inspirasi daripada kempen parodi politik luar negara seperti MyDavidCameron dan berhasrat melancarkan 2Malaysia untuk menunjukkan hipokritnya kerajaan dalam kempen 1Malaysia mereka.
Tiga poster kini disediakan mengikut tema 1Malaysia: 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Arif berhasrat orang ramai boleh turut serta dengan menghantar poster rekaan mereka mengikut tema 2Malaysia kepada saya menerusi laman web dan Facebook yang disediakan.
Beliau menyatakan keyakinan bahawa orang ramai juga muak dengan propaganda Kerajaan.
Arif yang juga seorang pereka grafik menambah bukan ahli mana-mana parti tetapi kecewa melihat perbezaan antara apa yang Najib katakan dan apa yang berlaku dalam realiti.
No comments:
Post a Comment