Thursday, January 13, 2011

Isu Perobohan rumah Projek landasan berkembar



Pada 10 Jan lepas, mendapat makluman dari YB Taufek (YDP PAS Rembau) memaklumkan bahawa dia dihubungi oleh Makcik Hasnah yang duduk di Kg. Chembong Halt di Rembau mengatakan rumahnya akan dirobohkan esok (11 Jan). Sebaik sahaja tahu cheGubard terus sms teman-teman termasuk media. Beberapa sms rayuan untuk pertimbangan juga dihantar kepada teman-teman pimpinan Umno.

Kes ini bersangkutan dengan kes projek landasan berkembar KTM. Rasanya dalam hampir seribu juga orang Rembau terkesan dengan projek ini.

Kes pengambilan tanah dan pampasan harta benda ini kami (Pakatan Rakyat) sudah mula beri perhatian sejak dari lepas PRU ke 12 yang lalu. Penduduk pernah datang dan mengadu bahawa peringkat awal, tidak ada siapa yang melayan mereka. Harga tanah sekitar RM 1.20 - RM1.50 sahaja. Sehinggalah Pakatan Rakyat masuk campur dan depan saya dalam satu perjumpaan Timbalan Ketua bahagian Umno telefon pengerusi mesyuarat bagi pihak penduduk dan minta mesyuarat dengan kami dihentikan dan Umno janji bagi perhatian. maknanya jika tanpa campur tangan Pakatan Rakyat penduduk akan terbiar.

Sila baca link-link dibawah untuk memahami kes tanah ini

Jika membaca semua link tersebut maka kita akan faham mengenai kes ini. Umno hanya masuk campur setelah kami masuk campur, jika tidak seluruh penduduk akan dibayar mengikut harga yang amat 'mengarut'.

Ketika kami sudah mempersiapkan peguam, Umno/Ahli Parlimen Rembau pun menyediakan peguam. Sudah tentu selaku orang kampung biasa mereka akan ikut peguam yang ditetapkan oleh Ahli Parlimen.

Namun berdasar pengakuan makcik Hasnah yang menceritakan pengalaman beliau berurusan di mahkamah melalui peguam yang diperkenalkan ahli parlimen beliau sendiri rasa tak puas hati. Ketika hari perbicaraan beliau tidak dimaklumkan bersurat cuma diberi notis amat singkat untuk hadir mahkamah melalui telefon. Cerita makcik Hasnah ketika dalam mahkamah, hakim membacakan keputusan....peguam cuma senyum dan angguk tak lawan langsung. Katanya dia rasa tertipu.

10.30 pagi, che'GuBard dan YB Taufek dan kira kira 20 orang sampai di perkarangan rumah makcik Hasnah. Kelihatan makcik Hasnah terduduk di tangga rumahnya dan suaminya berdiri saja.

Rupanya menurut cerita makcik Hasnah, pasukan yang nak roboh rumahnya baru balik. Sekurang - kurang 30 orang polis, ada Rela, ada TNB, ada orang - orang Pejabat daerah semua katanya dah nak seratus. Menurut makcik Hasnah sebelum tu ada seorang yang memperkenalkan dia Pegawai kepada Ahli Parlimen Rembau.

Makcik Hasnah kata pegawai itu marah-marah. Katanya Makcik Hasnah tamak.

Dia tengking makcik Hasnah "makcik nak apa lagi? Kami tak akan bagi satu sen pun lagi...makcik pandai - pandai mengadu kat chegubard.... ni satu Rembau bising... makcik kalau nak duit mintak dengan chegubard...chegubard banyak duit mintak dia dia.."

Selepas TNB potong bekalan elektrik mereka berundur sebab Makcik Hasnah tak nak keluar dari rumah, tapi mungkin juga mereka serba salah kerana tahu kami akan datang dengan wartawan sebentar lagi itu.

Persoalanya kini, kamu beri pampasan yang tak memungkinkan sepasang warga emas ini memiliki tanah dan rumah. Mereka terpaksa menyewa rumah. Umur 80 tahun lebih duduk menyewa ? Kedua ini contoh bagaimana tanah rizab/adat Melayu boleh habis dan terhakis. Sepatutnya tanah rizab atau tanah adat Melayu ambil sedepa ganti sedepa tetapi diambil tanpa diganti. Melayu duduk kampung tradisi ada rumah dan tanah, bila pembangunan datang mereka 'terhalau' duduk rumah sewa.

Ingat lagi ketia PRU lepas Kampung ini kubu kuat Umno, ada yang menenking cheGuBard di kampung ini. Namun sekarang kampung ini menerima bala kerana menjadi kubu kuat Umno.

Dikhabarkan juga suami makcik Hasnah juga ialah orang kuat Umno yang berjaga peti undi di Sekolah di kampung itu..... tahniah ini balasan Umno kepada orang kuat Umno... malah bukan itu sahaja Makcik Hasnah dibelasah oleh laman-laman pro Umno sebagai tamak dan pembohong.

Wahai Khairy Jamaluddin, Makcik Hasnah sebut dengan jelas.... jangan berkokon dalam sangkar turun sini berdebat !!!

No comments:

Post a Comment