Thursday, July 23, 2009

KEADILAN Rembau boleh duduk dengan Umno kerana masalah rakyat



Apa yang menarik dalam gambar di atas ?

Yang menariknya ialah kehadiran Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail dan beberapa orang kuatnya untuk duduk dengan dengan Pimpinan KEADILAN bersama penduduk kampung yang terjejas dengan projek KTM yang bakal meragut tanah mereka.

Pertemuan di rumah Hj Chik Tak, Kg. Waris Chembong ini cukup bermakna.

Seperti yang telah ditulis beberapa kali dalam blog ini bagaimana penduduk kampung yang rata-ratanya dahulu penyokong kuat Umno terbiar dan suara rintihan mereka tidak didengari Kerajaan negeri. Tanah mereka hendak diambil dengan harga cukup murah. Tiada perbincangan sempurna dibuat. Mereka bukan setinggan mereka pemilik tanah adat.

Namun setelah KEADILAN campur tangan barulah terhegeh - hegeh pemimpin Umno setempat memberikan perhatian kononya kepada masalah mereka. Khairy tergesa turun ke Kampung ini beberapa minggu lalu malangnya cuma menabur janji tanpa ada penyelesaian konkrit.

che'GuBard secara peribadi telah menghubungi Datuk Ishak Ismail, Ketua Umno Bahagian Seremban untuk beliau campur tangan dalam isu ini. Datuk Ishak sendiri telah setuju turun bersama AJK KEADILAN untuk mendengar masalah sebenar.

Datuk Ishak setuju kerjasama pertahan tanah adat ini. Beliau juga memberikan komen kalau dia Menteri Besar sudah lama projek ini di arah berhenti dan pampasan yang setimpal perlu dibincangkan sbeelum nak mula projek.

Katanya " betul jalan keretapi projek pusat tetapi tanah bawah kuasa negeri..."

"Kalaulah menantu bekas PM yang jadi ahli Parlimen Rembau ni 'power' takkan tak boleh buat sesuatu..." tambah beliau lagi.

Ketika lawatan tersebut, YB Chai Tong Chai yang turut berada dalam perbincangan menyatakan yang beliau sendiri akan membawa isu mempertahankan tanah adat Melayu ini dalam persidangan DUN Negeri Sembilan bulan Ogos nanti.

Parti Keadilan Rakyat Rembau dengan kerjasama Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri pula dalam masa terdekat akan menfailkan saman di mahkamah bagi pihak penduduk kampung untuk memastikan pembelaan sewajarnya diperolehi.

Demi masalah rakyat KEADILAN boleh duduk dengan pemimpin Umno....tetapi malangnya kerana politik pemimpin Umno sebaliknya. Pertemuan petang itu mendapat kecaman hebat Umno Bahagian Rembau yang diketuai oleh Menteri Besar sendiri.

Malah ADUN Chembong dengan ego pernah menyatakan kepada seorang wartawan "Saya cabar kalau Badrul boleh selesai isu tanah tu saya kerat jari..." inilah sikap Wakil rakyat Bn bukannya hendak menyelesaikan masalah rakyat tetapi sibuk pertahan ego dan kepentingan politik. Seharusnya dia yang makan gaji dengan rakyat dia yang harus turun jumpa rakyat.

Secara peribadi Datuk Ishak Ismail juga boleh dikritik dalam banyak perkara namun dalam banyak isu melibatkan kepentingan rakyat, Ishak jelas berani 'berbunyi lantang' malangnya orang seperti ini tidak mendapat tempat dalam Umno itupun mujur menang tipis dalam pertahankan Ketua Bahagian.

2 comments:

  1. Anonymous10:10 AM

    bard walaupun ramai kata kek kau macam macam tapi ko ternyata fokus.... ko maso kek sombang ko bino pemuda somban sampai org sogan....tapi bila pindah rasah pemuda somban lomah...ko angkat rasah....bila rasah buat tak kisah...kau pindah teluk kemang... aku ingat laki kali pertama konvoi jejak fakir kat teluk kemang...

    kini ko di Rembau aku nampak ko lebih matang ...dan banyak anak muda yg kau lahirkan bukan politician tapi pejuang....

    teruskan bard aku nie dah tua memerhati dr jauh jele...

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:19 PM

    Cerita yang sama akan berlaku diPekan Pulau Sebang yang bersempadan dengan Tampin. Ini Orang UMNO sendiri beria-ia nak ambil tanah orang Melayu dan seperti biasa akan bagi pampasan yang nak boli tanah balik tak bulih.

    Ini berlaku di PEKAN PULAU SEBANG ALOR GAJAH, atas kuasa politik dan pentadbiran yang dipegang oleh UMNO, seramai lebih 100 keluarga MELAYU dikawasan seluas 15 ekar PEKAN PULAU SEBANG ALOR GAJAH akan dihalau keluar dari satu-satunya penempatan ORANG MELAYU di PEKAN PULAU SEBANG ALOR GAJAH. Jika pemilik-pemilik tanah MELAYU yang sah ini boleh dengan sewenang-wenangnya diusir atas nama pembangunan oleh orang UMNO yang memegang kuasa politik & pentadbiran, apakah yang boleh kita harapkan dari sifat hipokrit pemimpin UMNO ini. (AWANG SELAMAT boleh tanya kat ADUN En Ghaffar Atan yang mana dalam sessi penerangan kepada pemilik tanah pada 29hb Julai 2009 mana semangat KEMELAYUAN beliau jika dia bersama-sama towkey CHINA merancang mengusir orang MELAYU dan nak majukan tanah MELAYU lepas tu jual kat ORANG CHINA?)

    ReplyDelete