SHAH ALAM 26 JAN : Datuk Mukhriz Mahathir diseru agar mengesa kerajaan menyiasat laporan Global Financial Intergrity(GFI) dan bukan membuat penafian aneh dengan mempertikai laporan berkenaan, ujar Badrul Hisham Shaharin.
Dalam maksud lain, telahannya bahawa laporan pemerhati kewangan GFI sebagai pelik, bukanlah jawapan yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.
Ketua Cabang PKR Rembau itu ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sebagai generasi muda yang punya kedudukan dalam pentadbiran negara, menjadi tanggungjawab Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu untuk merungkai dakwaan GFI.
"Kenapa kita desak? Sebab kita tidak mahu imej negara terus tercalar dan rosak. Bila jenayah seperti ini berlaku, ia sudah pasti menjarakkan pelabur-pelabur
masuk ke dalam negara sebab antara penilaian yang dilakukan oleh pelabur sebelum masuk ke mana-mana negara ialah ketelusan dalam negara tersebut," kata Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard.
Pakatan Rakyat sebelum ini mendesak kerajaan untuk menyiasat isu aliran keluar dana haram yang melonjak tiga kali ganda pada 2008. Malah isu ini berkali-kali
dibangkitkan di Parlimen Malaysia.
Jumlah aliran yang dilaporkan mencecah RM888 juta.
Justeru ujar Chegubard, dakwaan Mukhriz bahawa siasatan tidak perlu dilakukan ke atas laporan GFI kerana perangkaannya yang menunjukkan data aneh, tidak akan membersihkan imej negara di mata dunia.
Katanya lagi, dengan hanya membuat penafian, pelabur besar dunia yang sudah hilang keyakinan terhadap Malaysia seperti apa yang dilaporkan Bank Amerika, Merrill Lynch, tidak akan berubah.
"Bila dunia letak kedudukan negara, selaku menteri yang terbabit dengan perkara ini, Mukhriz tidak boleh menafikan begitu sahaja. Kita duduk dalam dunia global
yang saling memerlukan dan saling menilai di dalam dunia ini.
"Penafian tidak boleh menyelesaikan perkara. Mukhriz mungkin boleh yakinkan ketua cawangan Umno perkara ini tidak berlaku, tetapi persoalannya pelabur besar dunia akan menghukum kelalaian kita dalam traksaksi wang haram ini dengan menjauhi negara," tambah Chegubard lagi.
Bank dunia itu dalam notanya menyebut, Malaysia kekal bukan pilihan yang baik kepada para pelabur di mana kedudukan penarafan menokok daripada 46 peratus pada Disember kepada 55 peratus pada awal tahun ini.
“Underweight call” adalah rekomendasi yang diberikan kepada pelabur supaya para pelabur mengurangkan pelaburan terutamanya dalam keselamatan, aset, atau dalam kes ini adalah negara.
Malaysia jatuh dari tangga ke-14 pada Disember ke tangga terakhir bulan ini, antara 15 negara yang dikaji oleh bank pelaburan, di sebalik pengumuman projek-projek besar Program Transformasi Ekonomi oleh perdana menteri.
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, January 26, 2011
Siasat Laporan GFI, Bukan Penafian Aneh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
#AnwarPenipu : @AnwarIbrahim Tidak Terangkan Keseluruhan Laporan GFI tentang Pengaliran Keluar Wang Tidak Sah @Hdaily09
ReplyDeletehttp://truthvaccine.blogspot.com/2012/12/anwarpenipu-anwaribrahim-tidak.html