Kecoh kononya Kerajaan Pakatan Rakyat ini zalim menindas penduduk dengan mengangkat setinggi mungkin kes Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Tanpa menidakkan kes dan hak serta kebajikan penduduk Kampung Buah Pala, che'GuBard juga pernah menulis mengenai seharusnya tindakan lebih tegas dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menangani permasalahan tersebut.
Menyentuh mengenai isu Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, che'GuBard mendesak kerajaan Pulau Pinang menggunakan kuasa yang ada untuk mempertahankan hak rakyat.Namun di Pulau Pinang penduduk Kampung Buah Pala masih bernasib baik kerana kerajaan negeri masih respon dan cuba mencari jalan terbaik menyelesaikan.
Kerajaan Pulau Pinang perlu menghentikan dulu semua proses pencerobohan kampung tersebut. Kemudian mula meneliti semua aspek undang - undang yang ada demi mempertahankan hak rakyat bukan mempertahankan hak syarikat (kapitalis) yang mendapat hak mereka semasa kerajaan negeri di bawah regim Bn yang lalu. Laing penting Kerajaan Negeri harus mengumpulkan peguam 'progresif' yang berjiwa rakyat untuk meneilit kes ini dan bukan sekadar mendengar pandangan Penasihat Undang - Undang Negeri (lantikan Regim Bn) yang pemikiran mereka berpaksikan pemikiran Bn iaitu merampas hak rakyat mempertahankan hak kaum pemodal.
Jika kerajaan Pulau Pinang gagal menangani isu ini dikhuatiri ia akan memberikan imej buruk dan menghancurkan 'hati - hati' rakyat yang mengharapkan perubahan. sila klik sini untuk membaca lanjut
Namun di Negeri Sembilan dalam kes Tanah adat Rembau, kerajaan Regim Umno Bn di Negeri Sembilan pula memilih untuk bertindak pekak, buta dan bisu dalam isu rampasan tanah adat. Penduduk di sini bukan setinggan mereka punya geran tanah. Tanah mereka tanah rizab Melayu, Tanah Adat sebaliknya mereka dilayan lebih parah dari setinggan.
Wartawan yang menulis berita mengenai kampung ini diberi amaran oleh wakil rakyat (ADUN) Chembong agar berhenti dan jangan menulis lagi isu ini. Surat kepada kerajaan negeri termasuk ADUN tidak dilayan langsung.
Beberapa minggu lalu che'GuBard turun bertemu penduduk di situ namun dibawah arahan ADUN Chembong dan Timbalan Ketua Bahagian Umno telah menghubungi Ketua Kampung dan Siak surau di kampung tersebut supaya menyerbu tempat pertemuan kami di sebuah surau yang bakal dirobohkan dalam masa terdekat. Kami dihalau dengan hina, hampir wujud pergaduhan 'fizikal' antara Ketua Kampung, Siak dan penduduk kampung yang tanahnya bakal dirampas.
Media terus 'black out' isu ini. sila klik sini untuk baca surat terbuka kepada Menteri Besar dalam isu ini. Penduduk Kampung sudah pun membentuk Jawatankuasa Bertindak dan mereka telah menghantar petisyen kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang memohon campur tangan menyelamatkan tanah Adat Melayu.
atau klik tajuk dibawah untuk baca lanjut mengenai tanah adat rembau
Salam dari Melayu Bersatu
ReplyDeletehttp://kitaanakmelayu.blogspot.com
Dengan kerana BABI--- DAP tikam belakang PAS
DAP sanggup tikam belakang PAS hanya kerana satu rumah lapah babi
Mula Mula Lim Guan Eng memecat Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Johari Kassim yang dikenali sebagai seorang ahli majlis yang ikhlas bekerja keras untuk membersihkan MPSP yang dikatakan begitu kusut dengan pelbagai permasalahan.
Johari dipecat walaupun PKR Pulau Pinang memohon agar belau tidak dipecat kerana beliau seorang yang kuat bekerja. Malah TKM1 yang baru dilantik pun meminta agar johari tak dipecat...
Tak layan.. pecat juga... malah katanya kalau suka, boleh suruh PKR cuba lantik Johari semula... begitulah bongkaknya Lim Guan Eng dari parti Roket.
Kemudian dituduhnya, kaum India yang bakal kehilangan rumah mereka sebagai bodoh dan katanya Hidraf sudah menjadi boneka BN...
Eh wahh sedapnya mulut,
dulu masa nak kan sokongan Hindraf, langit dan bumi bulan dan bintang dijanjikan,
Penduduk Kampung Buah Pala a.k.a. High Chaparral yang marahkan Lim Guan Eng - jawab Lim Guan Eng: merekalah yang bodoh kerana tak ambil pampasan- sekarang nak susahkan aku pulak..Gambar oleh Star Online
Tak cukup dengan itu, DAP sanggup keluar dari pakatan Rakyat demi kerana rumah lapah babi YANG DIDIRIKAN SECARA HARAM di kedah dirobohkan. Ait satu rumah lapah babi punya pasal pun boleh tinggalkan pakatan... macamana ni... BACA RENCANA THE STAR DI PENGUHUJUNG POSTING INI
Bila PAS nak berbincang dengan Umno untuk satukan Melayu dia kata macam macam kat PAS, sampai ada yang suruh PAS keluar dari pakatan kerana khianat... NI DAP sorang kat kedah to tak Khianat Pakatan Rakyat ke.. or more specifically, tak khianat PAS ke?
DAP bukan sekadar memaki hamun pas tapi meninggalkan pakatan hanya kerana sebuah rumah lapah babi, apa agaknya reaksi mereka kalu PAS betul betul mahukan negara Islam
DAP begitu lantang menghina Haji Hadi Awang kerana mahukan orang Melayu dan Islam bersatu kononnya ia mengguris perasaan Cina dan bukan Melayu yang lain, tetapi di Kedah mereka tak hiraukan langsung perasaan orang Melayu. Yang peliknya Nik Aziz setuju cakap DAP pulak tu... entahlah
pikir pikirkanlah wahai orang Malaysia
Betul…Apa nak sokong sangat Melayu….Melayu bukannya boleh masuk syurga…Jangan dok promote kat sini bab perpaduan Melayu…Melayu semua hampas….Malas..sebab tu ramai orang miskin kat ramai negari Majoriti Melayu…tengok Pulau Pinang…ramai bukan Melayu…terus Maju….
ReplyDeleteSebab itu sapa yang sokong UMNO adalah lembab……Hak istimewa orang melayu perlu ditarik balik….bagus sekarang UMNO dah buang 30% syarat penyertaan bumiputera ini la yang PAS,PKR dan DAP perjuangkan….baru sekarang UMNO nak buat….PAS,PKR dan DAP dah lama dah rancang dan fikir bagaimana nak hapuskan hak istimewa orang Melayu….Baru sekarang UMNO nak buat…….tak perlu nak cakap bab perpaduan orang Melayu, Melayu jangan bersatu….kalau bersatu lemah la DAP….mana boleh….DAP perlu kuat demi kebahagian dan kemajuan Islam….Dengan hilangnya keistimewaan orang Melayu maka akan berjayalah perjuangan DAP….untuk memertabatkan hukum hudud di Islam…..UMNO mana mau Hudud….Hudud hanya boleh tercapai jika PR memerintah….
Jangan dok cakap pasal Melayu…..Melayu, CIna, India semua sama….biaq p kat Universiti penuh dengan Cina dan India…yang penting perjuangan kita jangan bertunjangkan Melayu…..Biar kita buang apa saja yang ada nama melayu….meloyakan…..bukankah Melayu itu bermakna UMNO….Maka jika benci UMNO maka kena benci Melayu….Kita perlu perjuangkan islam…maka kita perlu menyokong DAP kerana menyokong DAP bermakna menyokong kalimah Allah….Menyokong DAP bermakna menyokong kerajaan yang bersih,suci dan mulia……Jangan UMNO kerana UMNO busuk,rasuah, hina…lagi pun UMNO kan bermakna Melayu….jadi Melayu busuk,rasuah dan hina……
Nabi mana pernah rasa bangga sebab lahir dari kaum Arab….Nabi pun tak pernah kata dia dari bangsa Arab….Maka kita tak perlu nak nak minta biasiswa sebab kita orang Melayu…tak perlu nak beli ASB…ASB,Uitm, semua perlu dihapuskan…..jangan sekali-kali dikaitkan sebarang bantuan kepada anak-anak berdasarkan bangsa……semua kena sama…….
Ingat agenda Melayu boleh masuk syurga ke…..Ingat berjuang untuk melayu boleh masuk syurga ke…..lebih mulia kalau berjuang hapuskan keistimewaan Melayu dari mempertahankan hak istimewa orang Melayu….Kalau sokong DAP ada juga peluang masuk syurga…..Sebab setiausaha DAP kata dia seumpama Khalifah Umar…..Karpal Singh pula kata…”over my dead body” kalau nak implement hudud…….Maka kita perlu bersekongkol dengan DAP atas dasar persaudaraan islam dan memusuhi UMNO kerana UMNO hanya Pari Melayu……..tapi kan saya terfikir……..bukankah hampir 95% orang Melayu adalah juga orang Islam………jika kita mempertahankan orang Melayu bukankan secara langsung kita juga mempertahankan kesucian Agama Islam….DAP 90% adalah bukan islam………..Lebih mulia bersama DAP dari UMNO???? Ini lah politik………Kepentingan politik melebihi kepentingan Agama…….Bila berdebat lebih mulia dari berbincang?? Mencari salah orang lebih mulia dari duduk berbincang……..inilah Islam di Malaysia?
kesimpulannya formula BN adalah yang terbaik untuk kesejahteraan & kemakmuran rakyat dari pakatan rakyat yang hampeh..
ReplyDeletecuma yelah.. pakatan rakyat lebih suka politik benci-membenci dari politik membangunkan ekonomi dan perpaduan...
- parti jahat, kato eh -