Sunday, June 07, 2009

Adakah tanah Adat / Rizab Melayu akan tergadai lagi kerana 'kepekakan' Umno

projek landasan berkembar yang sudah dimulakan.
Anak muda kampung dan AMK Rembau keluar untuk menampal poster membantah projek dan mendesak "selamatkan tanah adat'
antara Banner mendesak usaha serius menyelamatkan Tanah Adat

Kita sering dimomokan dengan kononya betapa Melayu perlu bersatu dalam parti perkauman Melayu demi mempertahankan hak Melayu. Kononya Cina dan India sering berusaha nak ambil hak Melayu....... antaranya ialah mengenai tanah.

'Tanah Rizab Melayu' telah diperkenalkan konsepnya oleh British ketika menjajah negara ini dengan kononya menjadikan orang Melayu (yang dikenali sebagai pribumi) selesa dengan jaminan hak berpanjangan. Pemimpin Melayu pada ketika itu menerima baik dengan harapan apapun kemajuan yang berlaku Melayu tidak akan hilang hak penting iaitu tanah.

Tanah Rizab Melayu seharus kekal milik Melayu jika diambil untuk dimajukan ia perlu diganti. Jumlah seharusnya sama, semangatnya yang diambil perlu diganti....

Itu dulu idea penjajah untuk mewujudkan rasa selesa dan mengurangkan penentangan.

Namun kini mana tanah rizab itu. Berapa jumlah rizab Melayu 50 tahun dulu dan berapa nilainya kini ? Tidakkah ketika ekstrimes perkauman Melayu itu bercakap mempertahankan Umno seperti terlupa betapa Umno sendiri yang menggadaikan hak tanah ini.

Di Negeri Sembilan Tanah Rizab ini juga ada dikenali sebagai Tanah Adat (berdasarkan konsepnya) juga tidak terasing terhakis dan hilang jumlahnya.

Di Rembau contohnya, kes terbaru. Sejumlah tanah adat akan hilang untuk merialisasikan landasan berkembar keretapi.

Orang Kampung dan waris terlibat tidak pernah membantah malah amat suka dengan pembangunan. Ingat tak satu ketika dulu sememangnya regim pemerintahlah yang menggalakan orang ramai membuat rumah berhampiran sepanjang jalan keretapi kerana untuk menggelakan jalan keretapi ini 'sunyi' dan berisiko tinggi disabotaj oleh pasukan bersenjata yang menentang regim. Maka regimlah punca ramai setinggan berumah di tepi jalan keretapi dan mereka ini juga berkorban demi regim dan kini merekalah yang sering ditindas begitu sahaja.

Tetapi kes tanah adat di Rembau ini sedikit ada nilai tambah, majoriti dari mereka telah membuka tanah tersebut sebelum pun tiba jalan keretapi.

Kini mereka bakal menjadi mangsa. Tanah mereka hendak diambil. Tanpa perbincangan yang lansung menghormati hak mereka.

Mereka telah pergi ke banyak pihak semua tidak melayan termasuk ADUN dan Menteri Besar juga. Kononya semua tidak boleh berbuat apa - apa kerana undang - undang membenarkan kerajaan persekutuan mengambil alih tanah secara paksa. Bukankah 'puak-puak' Umno ini pernah menghunus keris mengancam cina mahupun DAP.... DAP tidak pernah mengambil seinci tanah Melayu... tetapi kini Umno yang pekak akan menyebabkan siri Melayu hilang tanah akan terus berlaku.

Sila klik sini untuk membaca surat terbuka kepada terbuka cheGuBard kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

9 comments:

  1. JUAK-JUAK UMNOBN TAK PEDULI SEMUA TU... YANG PENTING PADA MEREKA MASYUUKK...

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Bagi saya, orang Melayu akan "merempat" di tanah air sendiri bukan kerana DAP, MCA, atau MIC tetapi kerana pemimpin Melayu UMNO sendiri...Kalau rakyat masih tidak sedar lagi, tunggulah 10, 20 tahun nanti...

    www.kafesantai.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:53 PM

    cikgu bard

    ape jd dgn pas ni???
    cikgu bard nasihat lar kat org2 pas tu jgn wat rakyat menyampah dgn dieorg..
    kenapa nasharudin mat isa tu gila sgt dgn org umno????
    mata duitan jugak lar tu...
    tak boley percaya lar termasuk presiden pas tu...buat org benci je.....

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:44 AM

    iyoko.. mano gambar org kampung eh.. kurang-kurang tandotangan ramai2 membantah projek...
    ini provokasi kao yo ni jang.. asal ado UMNO/BN tak botul waima salah beristinjak pun ko akan bosar2 an perkaro tu sampai buek banner.. hehhehe
    ekau ni beriyo-iyo tolong melayu.. tapi ko join PKR.. tak marah ko member-member bukan melayu dalam parti berbilang kaum ko tu.. ekau ni elok masuk PAS yo la jang..
    rontilah hidup berfitnah.. tak poning ko kepalo otak ko jang.. goma botul ko yo?

    "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata tak serupo bikin"

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:52 AM

    NAZIR,

    takyah tunggu 10, 20 tahun laie do.. tunggu yo 4, 5 tahun laie.. banyak lah tanah melayu abih bilo PR momorintah.. ko tengok yo lah kek perak nun, kepalo DAP.. sonang2 yo dapek 999 tahun.. kek penang plak tak dio heran de PKR dgn PAS do.. buek bodoh yo deh.. esok kut dapek N9 ni yang ramai orang DAP jugak.. sekali laie PKR & PAS takdo suaro.. kurang-kurang dokek UMNO, MIC & MCA tak berani togur.. PKR takdo tolo.. takut mo DAP..
    Ghontila perjuangan PKR ko ni. perjuangan ko ni solosai bilo B.A.B.I jadi PM jo...

    "perjuangan adalah perlaksanaan kato-kato tak serupo bikin"

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:37 PM

    tanah di chembong halt ni kepunyaan cik tak...isu tanah ini boleh dibawa ke mahkamah kalau x puas hati..isu ini tidak perlu dipolitikkan...ade ke bwat ceramah kat surau..tempat ibadah bukan medan utk berpolitik! bodoh punye Parti Kelentong Rakyat

    kaw igt bad...ko dpt undi kek rembau tu bukan sebab kaw tu bagus..tp sebab protes terhadap calon BN! jgn bermimpi lah BADigol oi!

    ReplyDelete
  7. Anonymous12:10 AM

    kenapa ekau beriyo nak jadi jaguh? nak diangkat sebagai pembela rakyat? tapi satu hapa pun tak buek. tak abih2 bangkang bangkang bangkang...nak jadi macam uthaya? dijulang bagaikan dewa? disembah? kerja buat fitnah sana-sini...
    (hebat la ekau masa sambut uthaya balik hari tu)

    ReplyDelete
  8. ginilah melayu, tergadai sampai telanjang, tak sedar2 lagi.....

    patutlah hutan n9 makin gondol....adenye melayu bangkai yg tak sedar tanah mereka tergadai....

    ReplyDelete
  9. Assalammulaikum..

    Saya bukan nak komen tapi just nak berkongsi dan membawa rakyat berfikir lebih jauh lagi.

    Bagi isu kampung Kg chembong amat kita kesali kerana pampasan yang diberi RM 1.10 kp.Insyallah perkara begini tidak akan belaku lagi pada masa hadapan kerana bukan undang-undang sahaja yang akan mengadili tetapi rakyat juga akan mengadili kes tersebut.

    Bersukur juga bagi kg buah pala Pulau Pinang kerajaan PR masih lagi berusaha untuk menyelamatkan kg tersebut.Namum undang-undang telah juga menentukan kesahihan perkara tersebut.

    Isu yang timbul adalah bukan soal pampasan seperti N9 tetapi untuk mengekalkan petempatan di kg tersebut. Ini adalah sukar kerana kerajaan dahulu UMNO telah memberi milik tanah tersebut kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Anggota koperasi terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri pulau pinang dan persekutuan berjumlah 3000 orang.Perkara ini juga dilihat oleh ahli-ahli koperasi dan mereka juga merupakan rakyat yang akan mengadili perkara ini.Ahli koperasi juga mempunyai keluarga 3000 anggota x 2(isteri tidak termasuk anak) = 6000 orang pengundi di pulau pinang dan di seluruh malaysia. Mereka juga perihatin perkara tersebut dan tidak meminta supaya menzalimi penduduk oleh kerana perubahan politik negara.Kerajaan haruslah bijak umpama menarik rambut dalam tepung.Kedua dua pihak harus dijaga dan tidak melupakan pemilik tanah sekarang dan kerugian yang mereka bakal tanggung sekiranya projek dibatalkan.Kerugian bukan sahaja ditanggung oleh pemaju tetapi pemilik tanah anggota Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    Bagi menjernihkan perkara tersebut buat sesuatu yang bijak dan jangan memihak kepada sebelah pihak sahaja.

    Dengan ulasan ini saya berharap tidak ada pihak yang tersinggung.Berfikirlah dengan bijak kerana rakyat memerhati gelagat kedua-dua kerajaan BN dan PR.Jgn kerana isu yang tidak dapat diselesaikan ini mengagalkan hasrat untuk mencapai sesuatu tidak tercapai.

    ReplyDelete