che'GuBard ingin mengucapkan Selamat hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. 16 September ialah Ulangtahun Kemerdekaan atau Penubuhan Malaysia. Hari ini seharusnya diraikan dengan lebih meriah. Malangnya kerana beberapa alasan 'politik' Hari Malaysia ini tidak disambut malah seolah sejarahnya cuba ditutup oleh penguasa.
Sambutan Hari Malaysia yang cuba digelapkan ini merupakan jenayah intelektual terancang yang hampir tidak boleh dimaafkan kerana ia bakal memberi kesan 'kebodohan' kepada ganerasi akan datang. Ia juga menggambarkan bagaimana bangsa kita yang bukan saja tidak merdeka intelektual tetapi ketakutan dengan sejarah sendiri. kita masih gagal mengangkat sejarah untuk lebih memperbaiki diri menjadi bangsa yang maju ketamadunanya.
Membaca ucapan bekas Presiden Indonesia Sukarno yang menyebut Jas Merah ... di mana beliau sentiasa menginatkan bangsa Indonesia bahawa untuk menjadi bangsa yang kuat perlu Jangan sesekali melupakan sejarah (Jas Merah)....
Malah di negara semaju Korea Selatan ini pun mereka mengangkat sejarah dengan mengisahkan kebenaran. Anarkis sendiri pun mendapat tempat dalam pengkisahan sejarah bangsa Korea. Makanya ganerasi seterusnya mampu mempelajari dengan jujur dan memperbaiki ketemadunan bangsaya.
Berbeza sekali dengan Malaysia, kita masih gagal mengangkat sejarah dengan jujur. Malah kita sentiasa ketakutan dengan bayang bayang sejarah. Sememangnya sebagai manusia kita ada berbuat salah dimasa yang silam, cara terbaik memperbaiki diri ialah dengan menginsafinya dan jujur mengakui kesilapan untuk diperbaiki bukan lari dan menipu diri sendiri.
Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura.
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September
1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak.
Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada 1969 dan Kuala Lumpur membenarkan kerana tidak mahu pengaruh parti pembangkang yang kuat di Singapura menular ke tempat lain.
Adakah kita hendak terus menafikan lagu kebangsaan kita adalah hasil dari lagu terang bulan atau lebih jauh lagi Memula Moon (sebuah lagu Hawaian).
suka saya memetik fakta yang pernah ditulis oleh Hishamuddin Rais seperti dibawah ;
BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Sarawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.
BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah – HIDUP Melayu (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen).
BUKTI KETIGA - Kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.BUKTI KEEMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke-19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a.k.a Negara-ku.
BUKTI KELIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan dipakai oleh United Malay National Organisations sendiri.
Semua fakta ini gagal diakui atau diperdebatkan secara jujur dan intelektual kerana alasan politik. Hasilnya kita akan kekal sebagai bangsa yang gagal membina ketamadunan dan sentiasa ketakutan. Kita rasa megah dalam dunia kepura puraan sendiri.
Selama mana fakta ini mampu diselindungkan, dengan kemajuan dan revolusi maklumat hari ini, semua boleh didapati dengan mudah. Dengan gooogle atau mesin carian setaranya jelas semua fakta ini terdedah. Maka tidak salah rasanya anak muda negara melahirkan rasa kekecewaan terhadap penipuan sejarah ini dengan perbagai cara.
Siapa lebih khianat anak muda yang kecewa kerana ditipu 'sejarah' atau mereka yang menipu sejarah kerana mempertahankan kerajaan korup warisan penjajah ?
Apa perasaan waris pejuang kemerdekaan khususnya pejuang pembentukan Malaysia yang dinafikan sejarah ? wajarkah jika mereka tidak menghormati...................
p/s : kerana rasuah (komisyen) jalur gemilang di Melaka sudah menjadi 15 jalur ... harap pemuda Umno boleh sambung jihad kutip tandatangan di Melaka kerana menghina bendera Malaysia.
No comments:
Post a Comment