Perayaan Chusok atau juga Chuseok merupakan perayaan kesyukuran penting bagi masyarakat Korea. Perayaan Chusok disambut pada hari ke 15 dalam bulan ke 8 menurut kalendar lunar masyarakat Korea. Chusok bererti Hari kebesaran dalam pertengahan bulan Ogos sebagai menyambut musim menuai. Perayaan ini mempunyai arti istimewa bagi masyarakat Korea, di mana pada hari itu mereka kembali ke kampung halamannya untuk berziarah di makam para leluhur.
Pada hari perayaan diadakan jamuan kesyukuran yang dikenali sebagai Hangawi (한가위) (dari kata "han" = "besar" dan "gawi" = "tengah", contoh,. "hari kebesaran dipertengahan musim luruh (autumn)").
Falsafah perayaan Chusok merupakan perayaan 'marhaenis' di Korea ini. Ketika penindasan diktator perayaan ini dijadikan pentas untuk mereka berkumpul dan membangkitkan kesedaran menuntut keadilan. Banyak pengkisahan sejarah merakamkan dan mengaitkan Chusok dengan semangat perjuangan melawan penindasan khususnya oleh kaum tani. Hangawi pula merupakan sesi menemukan semula semua ahli keluarga yang terpisah terpaksa merantau kerana desakan ekonomi dan memperjuangkan hidup. Maka semangat Hangawi ini berkaitan dengan semangat penyatuan keluarga yang tertindas oleh desakan ekonomi.
Cuti panjang semasa Chusok tapi nampaknya bukan masa 'relaks' tapi kena terus mengadap buku dan komputer. Banyak kerja yang perlu disiapkan. Kertas semester, Kertas seminar dan thesis yang harus dimulakan. Borang - borang kaji selidik thesis pula perlu di'translate' ke dalam hanggul (bahasa Korea).
Dalam cuti ini juga mungkin berkesempatan ziarah Masjid di Seoul 'Ietewon' untuk bertarawikh jemaah...masalah pula nak buka puasa kawasan tu mahal sangat .....
Apa pun dapat beberapa jemputan meraikan Chusok bersama teman Korea mungkin akan dimanafaatkan untuk mendalami perayaan marhaenis ini. Perkongsian mengenai falsafah Chusok ini agak terhad kerana bahan-bahanya dalam bahasa Hanggul.....ambil masa nak terjemah ! Mungkin Chusok tahun depan lah siap terjemahan itu ....
Kepada teman - teman di Malaysia harap terus semangat ! Pendedahan terbaru semalam sebenarnya merupakan puncak pendedahan 'perselingkuhan' Konspirasi yang pernah menjahanamkan negara. Ia harus diberikan perhatian khusus. Tidak akan ada media besar yang punya maruah untuk menyiarkan pendedahan tersebut, maka usaha menyebaran maklumat kepada rakyat harus dipertingkatkan.
Ingat tarikh hiri ini pada satu tahun dahulu, kita pernah mengadakan perhimpunan terbesar rakyat Malaysia di Masjid Negara... ? Ia boleh berlaku semula apabila kita menumpukan dengan grak kerja dan ketepikan masalah kecil !
Ayuh kita garap semua kekuatan untuk menegak keADILan
No comments:
Post a Comment