Wednesday, September 26, 2007

Abah pula operate pagi ini....

Antara yang paling gembira atas kehadiran che'Nur Zaima Jahida ke dunia ini ialah abah (bapa mertua). Beliaulah yang beria ia sangat nak buat kenduri aqiqah genap tujuh hari, Sabtu ini.

Beliau yang porpular dengan panggilan Pak Lang dikalangan aktivis reformasi, namun sejak awal tahun ini hanya banyak menghabiskan masa di rumah, setelah Doktor mengesahkan penyakit barahnya.

Barah yang bermula di prostat kemungkinan lewat dikesan oleh HUKM kini telah merebak ke tulang. Pengesahan tersebut dibuat oleh pakar di HKL, dengan mengatakan ia berada di peringkat akhir.

Namun usaha tidak dihentikan ....percayalah Allah maha kuasa.....

Pagi ini beliau memasuki dewan bedah untuk satu major operation...... tidak ada apa yang dapat dilakukan dari kejauhan ini... doa dan harap.... semalam sempat menghantar sms harap dia sempat membacanya...


Kenapala jauh sangat Korea ini...? Kenapalah aku beli tiket awal sangat untuk tarikh 12 Oktober..? (tiket murah pula tak boleh tukar tarikh.....) Kalaulah boleh terbang sekarang....... arghhh!!!! erm.... sabar ... sabar... ujian ramadhan ... Moga semuanya selamat ...! Semalam Era telefon..dengar che'Nur Zaima Jahida menangis wah kuat betul !!... pagi ini Doktor akan periksa dia..sebab pusat dia still tak kering, badan panas sejak smalam dan mata yang kuning !.......

3 comments:

  1. Anonymous11:29 AM

    bersabarlah ! sesungguhnya Saudara antara yang terpilih menerima ujian ini...Moga tabah diperantauan...

    Kepulangan saudara amat dinantikan oleh rakyat yang negara kini sedang dilanda krisis...

    Saya tunduk hormat kepada saudara !

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:32 AM

    Sekali lagi... saya juga rasa seperti turut bertangungjawab membantu saudara dan keluarga yang berjuang..

    jika tidak keberatan bolehkah saya mendapat maklumat seperti contact isteri saudara di Malaysia atau jika boleh siarkan sahaja no. akaun saudara... tidak banyak tetapi ada sedikit rezeki boleh dikongsi bersama pejuang seperi saudara.

    Salam

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada saudara yang memberikan komen... InsyaAllah saya akan terus kuat dengan doa semua...

    Ye sememangnya diakui kewangan agak menghimpit tetapi dalam keadaan sekarang jika saudara berniat membantu perjuangan saya sarankan terus menyumbang kepada parti (dapatkan no akaun di laman parti) atau jika ingin menyumbang ke NGO saya cadangkan sumbang terus ke GERAK (juga sila rujuk laman web).

    juga saya rasa lebih penting jika saudara menyumbang dengan mencetak semula risalah dari internet dan mengedarkan nya kepada komuniti sekitar saudara sebanyak mungkin...

    InsyaAllah, ada saya dan keluarga bahagian dalam hidup ala kadar demi melihat perjuangan terlaksana..... itu impian kami...

    ReplyDelete