persoalan lain yang muncul ialah ini jelas membuktikan konsep pengamalam demokrasi negara yang bercelaru. Dalam asas negara demokrasi konsep pemisahan kuasa menjadi asas penting.
Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “Separation of Powers” merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman.
Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut.
Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada tiga cabang, iaitu:
* Legislatif atau penggubal undang-undang
* Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang
* Kehakiman atau pelaksana undang-undangCabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.
Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta menghadkan kuasa badan yang lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai kebebasan kehakiman dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman.
Sekiranya elemen ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin pembahagian kuasa amat nyata di negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling memeriksa penyalahgunaan kuasa satu sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masing-masing. Misalnya polis boleh disoal siasat oleh satu badan bebas yang lain. Disamping itu, badan legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan misalnya di Malaysia yang mempunyai dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang.
Sistem kehakiman adalah bebas daripada pengaruh eksekutif dan legislatif. Dalam erti kata lain, dalam konteks Malaysia Ketua Hakim Negara mempunyai autonomi untuk menjalankan tugas beliau dan tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak melainkan Yang DiPertuan Agong.
Justeru apa gerangan Menteri ini mengatakan bahawa beliau bertanggungjawab kerana ’saya adalah menteri yang menjaga hal ehwal mengenai perundangan?’
Tidakkah ini memberikan gambaran jelas, bahawa memang wujud campurtangan eksekutif di dalam sistem kehakiman Malaysia? Apakah doktrin ini hanya sekadar bunga penyeri di dalam Perlembagaan Persekutuan, bukan untuk amalan di bawah indikator demokrasi berparlimen?
ha..macam nie lah statement pemimpin muda.... itulah guna pegi belajar...
ReplyDeletebukan setakat emosi tapi statement yang berisi
alaaa..... orang2 bodo la.... semua bodo la.... berjangkit2 diorang nih... habislah korang.....
ReplyDelete