28 April 2016
SPR HARUS TAMPIL PERJELAS BAGAIMANA CALON PKR DIBENAR BERTANDING TANPA WATIKAH TANDATANGAN PRESIDEN, AZMIN PUNCA KECELARUAN.
1. Pilihanraya negeri Sarawak ini diifatkan dari awal lagi ia antara kemuncak kematian demokrasi di Malaysia. Dari tarikh pilihanraya yang SPR ikut telunjuk Adnan hinggalah halagan kemasukan dan seumpamanya ternyata Pilihanraya ini hanya medan untuk sembelih parti pembangkang. (klik sini untuk baca lanjut). Sangat sedih semua tengah ghairah dengan melupakan fakta ini, hanya selepas kalah nanti baru sekian kalinya semua tersentak dan sedar ditipu ia skrip pembodohan yang berulang - ulang. Sepatutnya sekarang ini mulakan isu penipuan demokrasi ini, hantar dan hentikan proses pilihanraya tarik perhatian dunia tapi malang ia hanya muncul lepas kalah teruk nanti.
2. Lebih malang lagi wisel permulaan PRU Sarawak ditanda buruk dengan pertembungan sesama pembangkang di sejumlah banyak kerusi.
PAS - AMANAH 5 kerusi
DAP - PKR 6 kerusi
DAP - PAS 1 kerusi
PAS - PKR 2 kerusi
Ini mengundang ketidak keyakinan pengundi kepada pembangkang malah lebih mengundang senyum sinis apabila dalam berebut kerusi,pembangkang telah gagal meletakkan calon di dua kerusi dan memberi laluan mudah kepada calon Bn.
3. Watak dibelakang kecelaruan ini ialah Azmin Ali (anak angkat Mahathir, klik untuk baca lanjut). Isunya dia yang memberi nyawa dengan Pas untuk terus selesa sebagai pembangkang. Ingatkah kita dengan tindakan Azmin menghina Presiden PKR, apabila Dr. Wan Azizah Wan Ismail umumkan kewujudan pakatan politik baru 'PAKATAN HARAPAN' (PH) tanpa Pas tetapi Azmin secara biadap pada hari yang sama mengumumkan Selangor tidak ada kena mengena dengan PH sebaliknya mujur Lim Guan Eng menyelamatkan maruah Azizah dengan mengumumkan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan. Tindakan Azmin ini adalah kerana tidak yakin mampu pertahankan diri sebagai MB tanpa Pas setelah majoriti dalam PKR mula tidak puas hati denganya kedua ada strategi libatkan rundingan 'atasan' yang ramai sudah boleh meneka. Apa pun tindakan Azmin tidak menyingkirkan Pas dari pentadbiran negeri terus menjadikan Pas duri dalam daging dan kini Pas berkempen di Sarawak selaku kerajaan memerintah Selangor dan bertembung PKR maka pengundi akan hilang kepercayaan. Ini akan berlaku lebih dasyat lagi pada PRU akan datang dan ia memang sudah dirundingkan sebagai peranan sehingga PRU akan datang kerana itu Azmin yakin lakukan salah laku tanpa gangguan penguat kuasa dibawah kuasa Putrajaya.
Ya kita mudah boleh katakan Pas bukan Pakatan Harapan (Amanah, DAP, PKR) tetapi ia tidak diterima kerana Pas ada dalam Kerajaan Selangor yang komponen PH terlibat.
4. Pertembungan PKR dengan DAP juga berpunca dari Azmin Ali. (sila klik sini untuk kenyataan Setiausaha Agong PKR) Jelas melalui jalur masa yang diterangkan oleh Setiausaha Agung PKR menyatakan bagaimana Azmin selaku Timbalan Setiausaha Agung telah menyerahkan kerusi yang bertindih dengan DAP dengan siap nota bertandatangannya. Malangnya bila diketahui oleh PKR Sarawak mereka marah dan Azmin dengan selamba menyalahkan Azizah dan lain - lain. Dia mahu menjadi hero, Dalah yang kononya nak pertahan maruah parti memprovokasi PKR di Sarawak untuk terus bertanding dan cuba memerangkap Dr.Wan Azizah untuk menandatangani watikah kosong. Namun Dr.Wan Azizah yang sudah mengetahui strategi Azmin enggan menandatangani watikah kosong, Azmin melalui kaki kakinya menyebarkan bahawa Kak Wan lembik dan takut dengan DAP tak layak jadi presiden. Inilah strategi Azmin dia yang berunding siap tandatangan, dia provok pemimpin Sarawak supaya siap diri bertanding dan akhirnya dia salahkan Wan Azizah dan yang lain seolah dia hero dan mangsa keadaan. Demi dirinya dia sanggup PKR dikatakan pengkhianati janji dan menipu. Kepada umum ketahuilah bukan PKR tapi Azminlah pengkhianat itu.
5. Kini ramai yang melupakan faktor bagaimana calon tanpa watikah Wan Azizah boleh bertanding. Azmin menipu apabila mengatakan ada mandat bertulis dan Wan Azizah kononya bagi dia kuasa untuk menghantar calon berlawan sesama Pakatan Harapan. Yang ada cuma 'whats app' dari Wan Azizah yang turut memberikan dia kuasa berunding mengenai calon dan kerusi bertindih sahaja. Jelas Azmin menipu apabila mengatakan dia diberi kuasa oleh Presiden untuk memberikan kuasa kepada PKR Sarawak mengeluarkan watikah sendiri dengan tandatangan Pengerusi Negeri.
6. Menjadi tandatnya besar kerana ia jelas menyalahi perlembangaan parti apabila watikah itu dikeluarkan selain dari Presiden atau Setiausaha agong juga bagaimana SPR boleh menerima watikah parti tanpa tandatangan Presiden, ini hampir mustahil... Adakah wujud surat dengan tandatangan palsu Wan Azizah ? Pengerusi SPR harus tampil menjelaskan bagaimana SPR boleh menerima watikah tanpa tandatangan Presiden Parti atau tandatangan Presiden dipalsukan ?
7. Teringat saya cerita seorang ahli parlimen bertemu Menteri Besar Selangor untuk bawa seorang orang korporat yang mencari tanah di Selangor. Azmin secara jelas sebut che'GuBard dibayar oleh Bn untuk menyerang dia. che'GuBard jawab mudah saja kalau soal duit Azmin sendiri sudah membuat tawaran namun tak dilayan pun. Bn pun tak serang Azmin kecuali dengan peluru kapur. Dia kata dia ditahan ketika mulanya gerakan Reformasi pun bohong kerana dia 'hilang' bukan ditahan tetapi diberi perlindungan istimewa di kediaman seorang pemimpin Bn sebenarnya ketika itu. Ini semua kerana apa kerana peranan besarnya dalam menjamin 'atas' terus selamat. Dia bijak bermain 2 - 3 kolam.
Maka PKR kini dipersimpangan, ambil tindakan terhadap Azmin atau akan terus gagal. Masalah utama PKR ialah punya Timbalan Presiden yang tidak berdisiplin.
Pasukan SAMM telah pun berada di Sarawak dan memulakan gerak kerja, che'GuBard akan sekali lagi ke Sarawak 1 Mei untuk meneruskan pendekatan menggunakan mood piliharaya bagi mendekati kelompok muda bagi memperkasakan pendidikan politik dan hak warga. Walaupun kelihatan sangat sukar namun amat berharap Sarawak mampu gunakan peluang kali ini untuk sedikit mengengsot ke arah perubahan.
Pasukan SAMM telah pun berada di Sarawak dan memulakan gerak kerja, che'GuBard akan sekali lagi ke Sarawak 1 Mei untuk meneruskan pendekatan menggunakan mood piliharaya bagi mendekati kelompok muda bagi memperkasakan pendidikan politik dan hak warga. Walaupun kelihatan sangat sukar namun amat berharap Sarawak mampu gunakan peluang kali ini untuk sedikit mengengsot ke arah perubahan.
oleh : che'GuBard SAMM
Semua penyokong PKR tahu Si Azmin anak Ali ni lah Duri Dalam Daging PKR.Tendang si Azmin ni secepat Mungkin.
ReplyDeletePresiden Parti ada kuasa untuk menurunkan kuasa si Azmin ni.mcm Najib buat kat Muhyiddin Yasin
ReplyDeleteSolidariti Anak Muda DAP - SAMDAP
ReplyDeleteBodoh jugak chegubard ni. patutla semua orang x nak kat dia. analisis tak logik langsung
ReplyDeleteMacai assmin dah goyang tu
Delete