Monday, April 11, 2016

Anak muda mahukan perubahan tetapi tolak Deklarasi dikepalai Mahathir


telah disebut banyak kali dan sudah beberapa kali terbukti. Sabtul lepas sekali lagi membuktikan anak muda mahukan perubahan tetapi menolak pakatan yang dikepalai Mahathir. Sabtu lalu Program  anjuran kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai ‘Anak Muda Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Tinjauan pihak media yang hadir ketika membuat liputan program yang di adakan di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu mendapati, anggaran kehadiran hanya sekitar 30 orang.

Program yang diadakan itu turut dihadiri oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Program ini difahamkan diterajui Dr.Afif, sekutu kuat Azmin Ali.


Dalam perkembangan yang lain pula Mahathir dalam temuramahnya dengan sebuah media Australia dia dengan tegas menyatakan bahawa Anwar mempunyai masalah moral.

Apakah komen semua penjilat Mahathir dalam perkembangan ini. Mahathir dalam keadaan dia yakin mula boleh menyingkirkan Najib kononya dengan bantuan pembangkang namun dia tetap memperkukuhkan persedian untuk kembali kepada Umno sebaik sahaja Najib jatuh untuk memastikan Umno tetap menang dan pembangkang dihalang dari memenangi PRU akan datang.

Kerana itu Mahathir bijak dia hanya berkongsi khalayak pembangkang dengan pembangkang mendengar masejnya sebaliknya tidak membenarkan masej pimpinan pembangkang sampai ke telinga orang Umno. Yang orang Umno perlu tahu cuma Najib perlu dijatuhkan dan jika Najib jatuh imej Umno akan pulih sebab Mahathir gambarkan pembangkang sudah diperdaya hanya fokuskan kepada Najib semata - mata.

Ini bukan temuramahnya yang pertama dengan media Mahathir tanpa berselindung tidak langsung menyatakan rasa bersalahnya kepada Anwar dan negara kerana pemecatan Anwar yang mempertahankan wang negara dai digunakan untuk membail out anak Mahathir ketika krisis kewangan 1997 - 1999.


Video temuramah dengan media Indonesia baru baru ini jelas Mahathir menipu dengan menyatakan Anwar menulis surat menyokong dia. Bila di tanya sikapnya terhadap Anwar dia menegaskan Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah dan semua harus menghormati sistem yang ada dalam negara. Inilah sikap munafiq Mahathir apabila dia untung dia akan kata sistem negara baik dan apabila dia tak untung dia akan kata semua rosak dan perlu dijatuhkan.

che'GuBard sendiri sudah berdepan dengan Mahathir dalam dialog bagi bincangkan dkelarasi Mahathir dan ternyata Mahathir gagal menjawab soalan malah lari balik awal meninggalkan Ambiga dan Maria untuk menjawab setelah diasak dengan soalan - soalan yang jelas tidak menyokong dia. Klik untuk baca lanjut http://chegubard.blogspot.my/2016/04/drm-balik-awal-elak-menjawab.html 

Apa kata mereka yang memuja muji Mahathir selaku negarawan, siap minta maaf kerana rakyat menjerit di depan Mahathir ? Kini pula terdapat perkembangan siapa tak puji Mahathir akan difitnah mendapat bayaran Najib ? 

Soal saya kini berapa Mahathir bayar kamu sehingga kamu lupakan asas prinsip perjuangan dan kamu sudutkan Anwar ke penjara dan melupakanya lalu menjunjung Mahafiraun tua.


nota kaki : tahukah anda dari Selasa lepas Anwar berada di Hospital dan kesihatan dia teruk dan hari ini walaupun masih belum sihat dia akan dihantar semula ke penjara. PKR sendiri tidak buat apa pengumuman selepas mereka sibuk sangat dengan Mahathir ini. 

Klik kenyataan terkini Kak Wam berkenaan serangan terbaru Mahathir kepada  Anwar  http://chegubard.blogspot.my/2016/04/latest-from-kak-wan-on-mahathir.html?m=1

3 comments:

  1. Syabas! Salam Perjuangan

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:58 AM

    Tiada yg sanjung mahathir...pakatan deklarasi rakyat tsebut, boleh juga dtafsirkan, pembangkang mempergunakan mahathir utk kejatuhan umno...biarpun mahathir mempercaturkan tindakan dia sbg cara utk mnyelamatkan umno, ttpi sbnrnye tidak..die sbnrnya mmecahkan umno...umno akan bpecah...andai najib dturunkn, ditakdirkan kem mahathir naik, mahathir akan buang penjilat2 najib yg mbntuk kabinet najib skrg..sudah tentu penyokong umno dr kem najib akn tidak mnyokong mahathir..kita hndakkan peyingkiran najib dgn cpt..negara perlu diselamtkn lebih cpt...lambat2 nti dikhuatiri,makin teruk negara dibuatnya...esok2 klau negara sudah tgadai, siapa yg nk ambil alih negara???sekurang2nya, klu jtuh pd org mahathir, ade la bijak sikit...sbb ada mastermind nye...ini memteri sumenye bodoh belaka...

    ReplyDelete
  3. Mahathir mahukan anaknya yang menyambung legasinya sebab itu dia bersungguh sungguh untuk menurunkan dan melucutkan Najib.Parti pembangkang dan pemimpin pemimpin pembangkang yang bersamanya dan menyokongnya jangan haraplah aspirasi dan kehendak anda sekelian akan terhasil dan disokong Mahathir.Anda semua pemimpin penbangkang akan disumbatkan ke dalam penjara bila Mahathir dan kuncu kuncunya mendapat kuasa nanti.Menyesal kemudian tak berguna.Jabgan biarkan diri anda sekelian mudah lupa dan mudah ditipu.Jangan biarkan diri anda terperosok ke dalam lubang kali kedua.Tinggalkan saja Mahathir dan kuncu kuncunya; orang yang sentiasa berbangga mendendam dan memfitnah orang.

    ReplyDelete