Kenyataan
Media
10 Ogos 2015
RESOLUSI SAMM 03/2015
Hari ini (9
Ogos), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat Kebangsaan
Kali 03/2015 yang menghimpunkan seramai 50 orang aktivis SAMM yang terdiri dari
Pengarah Segmentasi, Penyelaras Negeri dan Kawasan dari seluruh negara. Dalam
rapat kali ini, SAMM telah sepakat untuk menetapkan Resolusi SAMM seperti
berikut :
1. Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM) memilih untuk tidak bersama dalam mana-mana gerakan yang terarah menyerang
individu semata-mata. Berdasarkan pengalaman keterlibatan SAMM ketika berada di
barisan hadapan menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri terdahulu.
Jika kita akui pendedahan WSJ itu
betul maka, wang yang masuk itu adalah untuk urusan dana Pilihanraya UMNO-BN,
rejim ini telah melakukan kesalahan akta Pilihanraya Malaysia dengan
perbelanjaan berlebihan had dengan sumber yang haram. Untuk mendepani ini Kerajaan harus dibubarkan dan diambil alih oleh sebuah
‘caretaker govt.’ yang dianggotai oleh semua parti politik untuk tempoh masa
maksima 18 bulan. Dalam masa itu ‘caretaker govt’ ini seharus mendepani krisis
kewangan, krisis kepimpinan yang didepani negara kini.
Perlu ada pengukuhan dalam merombak undang – undang
bagi merobah sistem yang rosak dan mudah dimanipulasi selain dari mempersiapkan
Negara untuk ada sebuah pilihanraya yang bebas dan adil. Percaya dan yakinlah
ahli politik yang berfikir pendek dan korup pasti tidak akan bergerak ke arah
penyelesaian tuntas ini. Mereka pasti lebih selesa bekoalasi dengan siapa saja
hanya kerana kuasa. Maka inilah masa masyarakat sivil bertindak. Perlu ada
gerakan besar – besaran mendesak agenda besar ini. Bukan sekadar berhimpun
untuk menurunkan individu semata – mata.
Kempen #sudahlahMahathir akan diteruskan, Mahathir
punca kecelaruan dalam negara ini dan kempen ini mensasarkan perubahan sistem
bukan sekadar perubahan individu. SAMM tidak sama sekali membela Najib tetapi
menegaskan hanya menjatuhkan Najib dan menaikkan seorang lagi PM ikut tunjuk
Mahathir tidak membawa erti apa-apa. Ingat Kita pernah menjatuhkan Abdullah
bersama Mahathir dan Mahathirlah yang berkeras menunjukkan Najib sebagai PM
walaupun ada bantahan keras dari rakyat. Akhirnya Abdullah di serang Mahathir
kerana gagal menjadi boneka sebegitu juga Najib diserang Mahathir kerana gagal
menjadi boneka.
2. SAMM juga berpandangan perubahan
itu harus muncul dalam keadaan lebih jelas dan divisualkan bukan sekadar
retorik menumbangkan regim lebih lagi hanya individu semata tetapi ia perlu
terarah kepada perubahan sistem. Maka, SAMM bersedia mengeluarkan Blueprint
“Kerajaan Perubahan” yang akan menyebut secara jelas pindaan undang – undang
dan perlembagaan seperti berikut :
- · Perubahan Sistem Pilihanraya
- persempadanan yang adil
- kawasan lokaliti tanpa pengundi luar dan seumpamanya.
- · Dana Politik
- bukan bergaduh siapa nak dedah dahulu seperti kanak - kanak tetapi perlu bentang segera di Parlimen dan biar rakyat lihat siapa tolak
- ·
Jawatan Perdana Menteri dan semua Ketua Negeri dihadkan kepada
maksima dua penggal sahaja - · Kebebasan Media
- tiada wujud media bebas (sama ada media pro regim atau pro pembangkang) tetapi yang perlu ada ialah kebebasan mewujudkan media
- · Semua suruhanjaya diletakkan di bawah parlimen dengan method
pemilihan anggota yang lebih demokratik. Ini turut melebar kepada
Peguam negara, Ketua Hakim dan seumpamanya. - · Pilihanraya Kerajaan Tempatan
Blue Print ini juga akan jadi asas
kepada tuntutan kerajaan baru yang terbentuk. Ia akan diserahkan kepada semua
ahli parlimen sebelum sidang parlimen akan datang. Kesempatan krisis dalam
negara hari ini perlu di ambil kesempatan bagi mengenengahkan idea kukuh negara
pembaharuan.
3. SAMM secara jelas tidak akan
bersama dalam perhimpunan BERSIH 4 selagi pihak BERSIH masih meletakkan
individu sebagai sasaran. BERSIH sepatutnya menilai perlawanan sebenar iaitu
keabsahan pilihanraya ke 13 apabila dilaporkan sumber dana pilihanraya Barisan
Nasional melebihi had yang dibenar. Tumpuan seharusnya masih kepada ‘reform’
sistem dan proses pilihanraya itu sendiri. Jangan apabila sudah dekat atau
selepas PRU baru sekali lagi bising kerana penipuan SPR.
4. Gerakan progresif atau pun pembangkang di Malaysia seharusnya menumpukan untuk mewujudkan satu pakatan politik yang kuat dan menyakinkan. Dalam keadaan regim yang lemah khususnya kerana faktor pergaduhan Mahathir yang menyerang Najib, peluang terbuka luas tetapi gerakan progresif atau pembangkang jangan hanya menangguk sokongan kerana kelemahan dan pergolakan dalam regim. Dengan perkembangan semasa kekecewaan rakyat terhadap regim makin tinggi tetapi persoalan penting adakah rakyat yakin untuk menyerahkan negara ditadbir oleh gabungan politik yang goyah. Cabaran kini bukan menyerang individu, regim harus diserang secara keseluruhan dan pakatan politik yang ampuh dan menyakinkan harus dipersiapkan. SAMM terus komited bersama dengan gerakan progresif negara dalam menumbangkan regim kerana ia merupakan pintu ke arah negara perubahan.
DAP menolak PAS (Hadi) dengan menerima Harapan Baru sebagai rakan sepakat. PKR secara gagal menyatakan pendirian secara pastinya tetapi kebanyakan pimpikan kanan mesra malah hadir program Harapan Baru. Di Selangor, Menteri Besar PKR pula kelihatan lebih pro PAS (Hadi). DAP memberikan amaran lebih sebulan lepas kononya beri masa hingga selepas raya untuk Menteri Besar Selangor memilih untuk bersama PAS ataupun DAP, namun hingga kini senyap pula semula. Jangan rakyat bosan dengan ini semua dalam kekecewaan kepada regim Umno - Bn.

5. Rapat ini telah meluluskan
modul sekolah politik SAMM. SAMM telah sedia dan telah menyusun sebuah sekolah
politik yang akan dijadikan medium latihan dan pengukuhan idealisme setiap
aktivis. SAMM juga mengumumkan akan menganjurkan ‘Konvensyen Anak Muda’ yang
melibatkan wakil anak muda rentas segmentasi dan juga rakan-rakan sekutu dari
negara serantau. SAMM juga telah mengaktifkan rangkaian serantau. Bermula Sept
2015 SAMM akan mula menghantar aktivis untuk sesi latihan aktivisma di beberapa
negara tetangga.
5. Meminta semua sekutu bersedia untuk satu himpunan 'Hari Rakyat' pada hujung tahun 2015.
CHE’GUBARD
Pengasas
Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM)
eMail : chegubard@gamil.com
fB : Badrul
Hisham Shaharin
fan page fb :
cheGubard
Web rasmi
SAMM : www.anakmudamalaysia.com
fB rasmi SAMM
: Solidariti Anak Muda Malaysia
Wasting time !!!!!!
ReplyDeleteSaya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka BLOG MBAH RAWA GUMPALA