Sunday, May 24, 2015

Adakah Muhiyuddin Yassin cukup putih konon mahu betulkan hitam Najib ?

Tulisan Umum
16 Mei 2015
Adakah Muhiyuddin Yassin cukup putih konon mahu betulkan hitam Najib ?
Mahathir menyerang Najib. Rujuk tulisan tulisan saya sebelum ini jelas seperti saya nyatakan selain dari memang kelemahan Najib dan pasukanya, serangan Mahathir itu sebenarnya puncanya lebih kepada kehendak Mahathir yg tak tertunai. Digambarkan Najib perli diganti, orgnya Muhiyuddin Yassin dan Hishamuddin Hussien.Adakah Muhiyuddin cukup putih atau lebih parah ?
Ingat zaman Pak Lah ? Mahathir serang 1001 antaranya cerita Scomi kepada skandal katering MAS tak lupa menjangkau prog.antarabangsa seperti oil for food dan penjualan saham berkepentingan negara libat KJ ke singapura tetapi selepas Pak Lah letak jawatan jika benar sygkan wang rakyat kenapa Mahathir tidak terus desak hingga ada dakwaan. Jawapannya mudah, Mahathir bising hanya kerana kehendak tak tertunai, Pak Lah yg ketika dinaikkan kelihatan begitu lurus bendul gagal jadi pupet Mahathir kerana remotenya dipegang KJ dan kini KJ sudah jadi menteri pun di mana ada pemuda umno kini turut terlibat dlm ops Mahathir kali ini.
Ketika Mahathir bersungguh promosi Najib ke jawatan PM ganti Pak Lah, adakah Rosmah tak wujud dgn perangai borosnya ? Adakah kes Altantuya tak muncul begitu juga bbrp yg lain ttp ketika itu Mahathir pikir Najib akan jadi pupetnya krn tak akan berani melawan sebab ada kes kononya. Malangnya nafsu Mahathir besar dan ada permintaan tak tertunai maka Najib gagal selaku pupet Mahathir.
Kini ramai melihat Muhiyuddin sebagai pengganti ? Tetapi adakah Muhiyuddin cukup putih ?
kami (SAMM) cuma mencari beberapa fakta dan menemui bbrp bahan yg kami susun semula dan terjemahkan dalam Bahasa Melayu kerana kebanyakan sumbernya berbahasa inggeris.
.......
Stamford Holdings Sdn. Bhd adalah merupakan sebuah syarikat perladangan yang berdaftar di Malaysia di bawah Akta Syarikat dan 90% ekuitinya dimiliki oleh Keluarga Seet dari Singapura, Keluarga Gan dan Keluarga Wang dari Malaysia.
Pada tahun 1984, Stamford telah memohon kebenaran Kerajaan Johor untuk membangunkan kawasan industri ringan di atas sebahagian daripada tanah berhampiran Johor Bahru. Namun, tiada apa-apa berlaku sepanjang tempoh 4 tahun tersebut.
Pada tahun 1988, 2 orang rakyat Malaysia menemui Stamford dengan mengatakan mereka adalah rakan perniagaan Menteri Besar Johor iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mereka boleh mendapatkan kelulusan untuk permohonan Stamford tersebut. Kedua-dua individu itu adalah Syed Mokhtar Albukhary dan Datuk Yahya Taib. Pertemuan itu diadakan di Singapura.
Syarat utama adalah Stamford perlu bekerjasama dengan mereka dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dimana Stamford akan mengekalkan pegangan saham sebanyak 70% di dalam syarikat usahasama dan trio ini akan menyediakan dana sebanyak RM 1,800,000 (lebih kurang RM 3,397.50 se-ekar) kepada syarikat usahasama ini untuk membangunkan 1,766 ekar daripada 8,310 ekar tanah yang dimilikinya.
Lewat 1989, Stamford bersetuju dengan cadangan tersebut dan keempat-empat pihak ini menubuhkan syarikat usahasama, dimana mereka telah menghantar permohonan baru kepada Kerajaan Negeri Johor untuk menukarkan 1,766 ekar tanah pertanian kepada kegunaan industri. Permohonan baru ini telah diluluskan.
Apabila hartanah ini dijual pada 1994, pelaburan awal kumpulan Muhyiddin yang berjumlah RM 1.8 juta telah meningkat kepada RM 83.2 juta iaitu 4622%.
Sementara itu pada tahun 1992, Syed Mokhtar Albukhary dan Datuk Yahya Taib sekali lagi telah menemui Pengarah Stamford, mencadangkan untuk membangunkan baki 6,544 ekar tanah strategik di Johor yang dimiliki oleh Stamford. Namun, syarat-syarat berbeza kali ini. Mereka bersedia untuk membayar RM 30,000 se-ekar kepada Stamford tetapi menuntut pegangan ekuiti sebanyak 70%. Stamford bertegas mahu mengekalkan perjanjian usahasama sebelum ini di mana mereka memegang 70% ekuiti dan trio Albukhary-Taib-Muhyiddin membayar RM 70,000 se-ekar dengan pegagang 30% ekuiti, seorang sekutu Muhyiddin telah didakwa memberikan amaran kepada Pengarah Stamford bahawa surat perolehan tanah masih lagi berada di meja MB dan boleh ditandatangani pada bila-bila masa. Stamford menolak.
Beberapa hari kemudian, Muhyiddin menghubungi Stamford sekali lagi, dan memberitahu mereka, “Lihat, saya mempunyai kertas ini di depan saya di atas meja saya. Apa yang perlu saya lakukan adalah tandatangan dan Stamford Holding tidak lagi memiliki 4,000 ekar tanah. Sekarang, adakah kamu bersetuju atau tidak bersetuju untuk membangunkan tanah ini dan saya mengambil 70%?” Sekali lagi Stamford menolak.
Minggu seterusnya, mereka menerima surat daripada Kerajaan Negeri Johor yang ditandatangani oleh Muhyiddin menyatakan bahawa Kerajaan telah mengambil tanah tersebut.
Pada bulan Julai 1994, Kerajaan Negeri Johor secara rasminya memiliki tanah tersebut menerusi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor menurut Akta Pengambilan Tanah.
Stamford Holdings, melalui pengarahnya, Gan Tee Kian, memfailkan sama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1995, mendakwa Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya telah melanggar peruntukan Akta Pengambilan Tanah bagi memperoleh tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dan menuntut gantirugi daripada ketiga-tiga mereka kerana didakwa berkonspirasi dalam memperoleh tanah di Johor melalui Akta Pengambilan Tanah.
Dalam saman tersebut, Stamford Holdings mendakwa ketiga-tiga individu ini telah menyalahgunakan beberapa peruntukan di dalam akta tersebut untuk memperoleh 6,600 ekar tanah milik mereka melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dengan menggunakan satu anak syarikatnya iaitu Kelana Ventures Sdn. Bhd. Stamford Holdings turut menamakan Kerajaan Negeri Johor sebagai defendan di dalam saman tersebut, dan mendakwa Muhyiddin dan dua usahawan tersebut berkonspirasi menggunakan kuasa Kerajaan Negeri untuk merampas tanah tersebut. Stamford Holdings meminta Mahkamah untuk mengisytiharkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor tidak berhak menggunakan peruntukan Akta Pengambilan Tanah untuk memperolehi harta tanah swasta.
Ia juga mendakwa Syed Mokhtar dan Yahya telah berkonspirasi bersama Muhyiddin untuk memperolehi tanah tersebut. Dalam saman itu, Stamford Holdings memohon deklarasi bahawa amalan pengambilan tanah tidak dilakukan atas niat yang baik dan oleh itu tidak sah dan terbatal.
Dua minggu kemudian, kes ini telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
Pada 24 February 2005, Pentadbir Tanah Johor Bahru telah meletakkan jumlah bayaran sebanyak RM239,099,583.00 untuk penganugerahan harta tersebut. Jumlah ini adalah kira-kira RM36,670 per ekar.
Pada 15 April 1995, Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah menolak dengan kos saman oleh Stamford Holding ini, dan menyatakan bahawa syarikat tidak mempunyai alasan munasabah untuk bertindak terhadap 5 defendan ini. Pasukan peguam Stamford kemudiannya membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.
Pada 28 Disember 1995, Kelana Ventures Sdn. Bhd telah membayar nilai penganugerahan itu dengan Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
Pada 14 Mac 1996, sebanyak RM 10,585,894.90 telah didepositkan oleh Kelana Ventures dengan Mahkamah Tinggi Johor Bahru sebagai faedah terakru. Selepas itu apabila Stamford Holdings mencabar Pentadbir Tanah itu, jumlah anugerah tersebut telah disemak semula oleh Mahkamah Tinggi Johor oleh RM63,565,982.20 menjadikannya sebanyak RM313,251,460.10 (lebih kurang RM48,000 per ekar).
Pada 12 November 1996, jumlah perbezaan sebanyak RM 63,565,982.20 telah juga didepositkan kepada Mahkamah Tinggi Johor Baru oleh Kelana Ventures Sdn. Bhd.
Semasa kes ini muncul di Mahkamah Rayuan, Asiaweek telah membuat laporan penyiasatan yang menyeluruh ke atasnya, yang memetik kata demi kata transkrip perbualan telefon Muhyiddin kepada salah seorang pengarah Stamford ini. MB Johor itu secara terbuka menafikan semua dakwaan yang dibuat dalam rencana mengenai Asiaweek menyatakan, "Tidak ada langsung sebarang kebenaran dalam mana-mana dakwaan terhadap saya," tetapi gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah itu. Ketiadaan tindakan daripada pihak Muhyiddin ini. Asiaweek seolah-olah dihalang daripada sebarang tindakan undang-undang daripada pihak Muhyiddin turut menyatakan di dalam artikel mereka bahawa mereka mempunyai rakaman percakapan di antara Muhyiddin dan Stamford Holdings.
Pada 11 Disember 1997, Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan mengarahkan kesemua prosiding dalam saman sivil tersebut diteruskan sementara menunggu rayuan daripada pihak defendan.
Kesemua pihak terbabit bersetuju untuk mencari penyelesaian di luar Mahkamah berbanding meneruskan kes ini kepada Mahkamah Persekutuan dan Arahan Persetujuan telah direkodkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Hakim Zainun Ali merekodkan arahan tersebut setelah peguam mewakili syarikat dan defendan bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini di dalam kamar hakim dan kesemua pihak terlibat bersetuju dengan amaun akhir berjumlah RM 405 juta sebagai pampasan wajib kerana pengambilan hartanah tersebut oleh Kerajaan Negeri mengikut Akta Pengambilan Tanah (kira-kira RM 62,000 se-ekar.)
Hakim juga mengarahkan Kelana Ventures untuk membayar jumlah perbezaan iaitu sebanyak RM 92,115,606.80 secara terus kepada Stamford Holdings tetapi membenarkan mereka membayar secara ansuran selama 18 bulan. Jumlah ini tidak diperintahkan dibayar sebagai gantirugi sebaliknya sebagai pampasan. Hakim mengarahkan Kerajaan Negeri dan/atau Pentadbir Tanah untuk memindahkan hakmilik tanah kepada Kelana Ventures dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh Arahan Persetujuan direkodkan. Tanah pegangan bebas ini terletak dalam mukim Tebrau, di Johor Bahru.
Sementara itu, hakim turun mengarahkan Stamford Holding untuk menyerahkan hakmilih tanah kepada KelanaVentures dalam tempoh 2 bulan daripada hari Arahan Persetujuan direkodkan dan membayar kesemua faedah persaraan kepada pekerja-pekerja mereka yang terjejas ekoran daripada pemindahan hakmilik tanah ini kepada Kelana Ventures.
Hakim juga mengarahkan semua saman sivil, rayuan sivil dan sebagainya yang dibuat oleh plaintif dilupuskan.
Tiada tindakan lanjut diambil terhadap Syed Mokhtar Albukhary, Datuk Yahya Taib atau Tan Sri Muhiddin Yassin yang kemudiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
.......
Yakin ini hanya sedikit, jika digali pasti banyak lagi. Itu belum menggali dalam Kementerian Asas Tani, Kementerian Pelajaran...
Soalnya kini adakah Mahathir setuju naikkan Muhiyuddin Yassin kerana jangka orang ini ada sakitnya dan senang dipicit untuk menjadi pupet Mahathir ? Dan selepas itu nanti bila Muhiyuddin Yassin gagal menjadi pupet Mahathir maka sekali lagi krisis politik kepercayaan akan berlaku di Malaysia. Sampai bila jawatan PM ini hanya berkisar kehendak Mahathir ?
Ya, Najib ada kelemahanya tetapi serah pada rakyat putuskan... Mahathir dan semua harus juga desak kembalikan pada rakyat...
Nasib PM biar rakyat tentukan !
tulisan : che'GuBard (SAMM)

1 comment: