bertemu pimpinan green peace Indonesia |
Di KOMNAS HAM juga, Delegasi SAMM berkesempatan bertemu dan bertukar maklumat perhubungan dengan pimpinan NGO Greenpeace Indonesia agar dapat meneruskan perbincangan dan pertukaran pandangan di masa akan datang mengenai isu pemanasan global dan rancangan Malaysia untuk mewujudkan janakuasa nuklear.
Kemudiannya, Delegasi SAMM telah memenuhi jemputan daripada beberapa Ketua Editor Media Indonesia di Ibu Pejabat MNC Indonesia. Bertukar pandangan mengenai isu politik semasa terutamanya kempen #SudahlahMahathir yang menjadi perhatian teman-teman di Indonesia. Mereka memahami akan keperluan untuk mendiamkan anak murid Soeharto dari Malaysia itu. SAMM dipelawa untuk menulis di majalah SINDO Weekly.
media Indonesia berminat dengan kempen #sudahlahMahathir |
Lawatan kerja kali ini turut bertemu dengan aktivis-aktivis marhaen Indonesia seperti Bung Taufiq dan Bung Dedy yang sangat aktif semasa gerakan menjatuhkan Soeharto dahulu. Kami bertukar pandangan mengenai gerakan anak muda Nusantara dan ASEAN. Hasil pertemuan ini juga kami mencapai persetujuan untuk menggerakkan satu konvensyen anak muda Nusantara
Selain itu juga, kami juga berdiskusi bagaimana teman-teman aktivis Indonesia berjaya melahirkan anak muda yang mempunyai pemikiran dan bacaan politik yang kritis. Malah, persetujuan juga dicapai untuk menghantar beberapa komrad SAMM mengikuti latihan aktivisme bersama dengan organisasi massa marhaen di kota Jakarta nanti.
Delegasi SAMM juga sempat mengadakan diskusi santai sambil minum petang dengan sekumpulan pelajar Malaysia di Jakarta. Mereka begitu mengambil berat polemik politik tanahair terutamanya kempen #SudahlahMahathir dan pertembungan politik dalaman sama ada koalisi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Setelah diberikan penjelasan dan bersoal jawab, kumpulan pelajar ini memahami kepentingan menolak campur tangan Mahathir. Mereka juga bersetuju bahawa untuk menyelamatkan Malaysia, satu perubahan keseluruhan rejim Pemerintah perlu didesak dan direalisasikan bukan sekadar menukar seorang pemimpin sahaja.
Seterusnya, delegasi SAMM berkunjung ke stesen radio independen, KBR (http://www.portalkbr.com/ ) untuk satu temuramah radio secara langsung mengenai kempen #SudahlahMahathir. Kami juga sempat berbicara mengenai cabaran dan realiti kebebasan media di Indonesia hari ini. Kunjungan kami ke KBR ini turut disambut oleh Koresponden BBC Indonesia.
Lawatan singkat SAMM ini diakhiri dengan pertemuan dengan Ketua Editor Tempo Indonesia. Sebuah media cetak antara yang besar pengaruhnya di Indonesia. Tempo juga amat tertarik dengan perspektif kempen #SudahlahMahathir selepas orang yang mereka anggap sebagai Negarawan Malaysia kelihatan terkial-kial berdepan dengan SAMM sehinggakan secara terbuka di atas pentas menggelarkan Che’GuBard sebagai kucing kurap. Diskusi bersama Tempo agak panjang sehingga hampir mencecah 2 jam.
Lawatan kerja kali ketiga SAMM ke Jakarta boleh disifatkan berjaya kerana beberapa persetujuan untuk menggerakkan aktivisme anak muda serantau dapat dimeterai. Walaupun ia agak pendek namun ia berjaya mencapai sasaran dan objektif ke arah membentuk jaringan kerjasama aktivisme anak muda serantau yang progresif, dinamik dan kritis
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah dikunjungi delegasi kami kali ini. Semoga jalinan kerjasama yang dirintis kali ini akan kekal utuh untuk masa-masa mendatang demi merintis perubahan sosial yang lebih baik di Asia Tenggara.
Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM
1 Ogos 2015
bersama teman lama Pak Nurkholis, Ketua KOMNAS HAM Indonesia turut di dalam gambar ialah bapak Dedi aktivis SEAP sebuah gerakan yang menjadi sekutu SAMM |
diskusi bersama editor - editor kanan media di bawah kumpulan MNC |
Selain Pak Dedi Ahmad, Pak Taufek antara yang banyak membantu menjayakan lawatan kerja SAMM ke Jakarta kali ini. |
diskusi panjang bersama Bapak Nurkholis |
dua jam di gedung KBR bertukar pandangan seperti tidak cukup |
bersama editor - editor kanan Tempo |
p/s : pesanan kepada semua pengguna telefon bimbit sila klik sini
kalu mu tukar jd warga negara indon lg bagus kot #sudahsudahlabad
ReplyDeleteSatu langkah yang baik.. Moga nantinya dapat masuk ke Net TV atau TransCorp (TransTV / Trans 7).
ReplyDeleteAku kat jakarta lama tak dengar apa2 pun. Kau syok sendiri kot bad. Amik gambar dgn pompuan indon tah mana kau claim macam2. Dahlah jual borak ni bad. Kau ni sampah je dalam politik. Duduk diam2 main telo jelah
ReplyDeleteSAMM dan Bad adalah SAMPAH SESUMPAH
ReplyDelete