Monday, July 27, 2015

Serangan Muhiyuddin bukti bagaimana peranan tauke judi kuasai Umno

Coretan Umum

27 Julai 2015

1. Pertembungan kuasa dalam Umno bukan urusan saya dan jujurnya saya suka dengan pertembungan kuasa dalam parti regim yang mempercepat jatuhnya regim. Tetapi urusan siapa Perdana Menteri ialah urusan saya dan ia berkait rapat dengan harta dan wang negara yang mereka samun selama ini. Kerana itu saya sebut dan sering ingatkan dengan jelas Mahathir ialah negarawan korup dan dia bapak Mahafiraun zalim yang menjadi punca kecelaruan negara dan menyedut harta negara sehingga sekarang.


2. Semalam Timbalan Presiden Umno  Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menyerang Presiden Umno Datuk Sri Najib Razak secara terbuka dalam ucapan dia di Mesyuarat Agong Umno Cheras. Ramai pelik kerana kenapa tiba - tiba Muhyiddin berani dan bersungguh dalam isu !MDB dan enapa selama ini diam ketika ramai mengharap dia bertindak.


3. Jika di lihat dua gambar di atas maka ramai pengamatr politik boleh meneka. Baru sahaja dua tiga hari lepas Mahathir di raikan hari jadinya oleh tauke judi dalam majlis yang mewah. Berdasarkan maklumat yang ada Majlis tersebut menjangkau ke RM 1 juta. 

3. Semalam saya telah tulis dan jelaskan (sila klik sini) kenapa tauke judi Vincent ini berhabis dalam majlis mewah tersebut. Hanya beberapa hari selepas itu Umno Cheras di mana Ketuanya juga hadir dalam majlis hari jadi mewah terhebat abad ini itu telah mengadakan Mesyuarat Agong dengan 'naungan' tauke judi yang sama.

3. Ramai juga pasti boleh meneka kenapa Muhyiddin yang selama ini sembab dan kaku dalam perbagai isu termasuk 1MDB tiba - tiba mendapat semangat dalam majlis naungan tauke judi ini.

4. Umno yang tenang walaupun rakyat gelisah selama ini , tiba - tiba juga berkocak hari ini ekoran keberanian Muhyiddin yang dipulih semangat dalam majlis naungan taukeu judi itu. Ini bukti jelas yang rakyat perlu lihat bagaimana Umno yang lemah jati diri dikawal pengaruh tauke judi seperti Vincent Tan.

5. Ramai (tanpa selindung termasuk pembangkang) memasang harap kononya Muhyiddin kononya penyelamat. Menggantikan Njib dengan Muhiyuddin adalah seperti bertukar dari Coca Cola ke pada Pepsi.Siaplah selepas ini pasti akan mula terburai projek gagal yang Muhyiddin beri secara runding terus kepada YTL (satu lagi taikun kapitalis taikun Cina yang berperanan dalam Umno) iaitu projek 1BestariNet yg bernilai dekat RM1b, pasti akan terburai juga kaitan dia dengan pemilik The EDGE Datuk Tong Kooi Ong dalam sykt perniagaan binaan. 

6. Itu belum lagi kes - kes ketika dia Menteri Pertanian dan kes - kes tanah dan isu pentadbiran ketika dia Menteri Besar Johor.  sila klik sini

7. Pemerintahan Najib ada masalah, ya saya tidak nafikan biar  Najib mendepani rakyat tetapi setakat perubahan kosmetik dibawah telunjuk Mahathir, ia akan lebih menghancurkan. Mahathir cuma mahu siapa pun Perdana Menteri ia harus menjadi Perdana Menteri bonekanya. Kalau boleh jadi bonekanya maka rasuahlah semua akan halal.

Muhyiddin bersedia menjadi PM boneka ?
 Tulisan : cheGuBard, Pengasas SAMM

2 comments:

  1. Oh yes bro. Ohhh.. yessss...

    Artikel amat menyetimkan. Terbaik.

    Bab Pepsi kepada Coke itu amat bertepatan sekali. Kenyataan.

    ReplyDelete
  2. lagi bukti melayu dibunuh oleh pemimpin melayu sejak dari dulu kini dan selamanya...

    ReplyDelete