Sunday, July 26, 2015

RM1juta hangus untuk Majlis Hari Jadi Terhebat Abad ini ?

Coretan umum 

26 Julai 2015

1. Dua hari lepas Majlis Hari Jadi 'pemimpin Melayu Islam' ke 90 telah disambut di sebuah dewan mewah di Kompleks Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Persoalan yang muncul berapakah perbelanjaan yang hangus untuk meraikan hari jadi Mahathir yang ke 90 dalam keadaan serba mewah itu.  Benarkah penari, ahli silap mata dan kebanyakan persiapan serta artis dan krew didatangkan terus dari luar negara (Las Vegas) ? Berapa bayaran yang dikenakan termasuk dengan persiapan dan artis - artis tempatan dan antarabangsa yang dibawa hadir ?

2. Menurut maklumat yang diperolehi semua majlis mewah tersebut menghanguskan perbelanjaan hampir RM1 juta. Majlis itu dikatakan dibiayai oleh Pengerusi Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan. Apa kepentingan Vincent Tan ingin menaja majlis semewah itu untuk meraikan Mahathir, jika jawapanya bekas pemimpin negara, berapa ramai bekas pemimpin yang diraikan sebegitu rupa ? Ia lebih mewah dari Majlis Keputeraan kebanyakan raja Melayu pun.

3. Adakah ini sebahagian balasan menjadikan Vincent selaku kroni ( mungkin tepat proksi) yang kaya raya menyedut wang rakyat sehingga sekarang. Rakyat tidak harus lupa siapakah Menteri Kewangan yang telah memberikan kelulusan awal judi bola kepada syarikat judi Vincent Tan ? Siapakah yang menjadikan Vincent Tan kaya raya teramat sangat apabila kerajaan dibawah pentadbiranya bukan sahaja meluluskan tanah di Bukit Tinggi tetapi lesen perjudian nombor ramalan, mesin slot dan seumpamanya ?

4. Masih ingatkah kita sekitar awal 1980 an Vincent telah mula berjaya menempatkan dirinya didalam kumpulan Mahathir-Daim.  Dalam masa yang singkat peluang perniagaan mencurah-curah turun kepangkuan Vincent, saorang ahli baru (kroni) Mahathir-Daim.  Salah satu ‘hadiah’ bagi Vincent datangnya dalam bentuk penswastaan Loteri Kebajikan Masyarakat  pada tahun 1985.  Dengan sokongkan Sports-Toto sebuah syarikt loteri yang amat menguntungkan, Loteri Kebajikan Masyarakat telah diserahkan diatas dulang perak kepada Vincent dengan hanya berpandukan proposal sebanyak dua muka surat dan bukan itu sahaja Vincent turut mendapat pinjaman bank yang berbilion!  

5. Vincent telah mengembangkan syarikatnya secara besar-besaran.  Salah satu syarikat yang diambil alih olih Vincent pada awalnya ialah syarikat Raleigh, yang pada suatu waktu adalah kepunyaan Daim.  Pengambil alihan syarikat Raleigh olih Sports Toto telah diluluskan olih Menteri Kewangan pada waktu itu - Daim sendiri!  Begitulah caranya para kroni bekerja!

6.Adakah kita terlupa, bagaimana Vincent bolih mencapai kedudukannya sekarang melalui Berjaya Group.  Arkib media penuh dengan ‘business deal’ dan keputusan-keputusan mahkamah yang mencurigakan dan menimbulkan persoalan; setengahnya atas usahanya sendiri manakala yang lain dengan mendapat restu dari Mahathir dan Daim.

7. Mungkin ramai boleh meneka kenapa Vincent Tan (kroni atau lebih tepat proksi) Mahathir boleh belanjakan wang banyak membuat majlis hari jadi mewah untuknya. Kepada juak juak Umno yang pandai hukum hakam, apa hukumnya hadir dan makan dalam majlis yang ditaja oleh duit judi ?

8. Bila melihat rakaman dan aturcara program, nampaknya Vincent Tan juga sudah menjadi cukup Umno. Majlis penuh mewah, riang ria itu cuba diwajahkan Melayu Islamnya dengan kemunculan seorang Ustaz membaca doa makan.

9. Menanti pejuang dan pembela Umno menjawab isu ini dan sedia dikucing kurapkan sekali lagi oleh negarawan korup. Kepada kebanyakan pemimpin pembangkang pula adakah senyap dan tutup mata atau Mahafiraun ini telah menjadi suci ?


Tulisan ;

che'GuBard,Pengasas SAMM



p/s : pesanan kepada semua pengguna telefon bimbit sila klik sini 







3 comments:

  1. Ni la musibat negara...yg ramai melayu tak kenal.......sekarang rakyat tangung la....kita nak beli kek pun susah..ciput jer kek......

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:54 PM

    Katakanlah suma ini dusta belaka..kau hanya ingin menakot-nakotkan bapak sahaja..

    ReplyDelete
  3. Buat apa beli kek, masak pulut kuning aja he he !

    ReplyDelete