Kenyataan Media
6 JULAI 2015
SUSULAN JEMPUTAN FORUM KEPADA Dr. MAHATHIR & JANGAN BIARKAN MAHATHIR KOTORKAN PERJUANGAN WADAH BARU NEGARA
1. Pada 15 Jun 2015 yang lepas, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menghantar surat kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad (Dr.M) untuk menjemput beliau ke sesi ‘hot seat’ Forum #Nothing2Hide anjuran SAMM dengan beberapa gerakan anak muda sekutu. Memahami kesibukan Dr.M kami nyatakan dalam surat beliau boleh memilih masa dan tarikh sendiri dan yang lain kami sediakan.
2. Panik dengan jemputan itu. 16 Jun secara tergesa – gesa beliau memanggil satu Program bersama NGO (tetapi menjemput NGO terpilih sahaja) di Yayasan Kepimpinan Perdana dan dalam ucapanya beliau bukan sahaja menolak untuk hadir jemputan yang diberikan malah turut menghina saya dengan menyebut “siapa che’GuBard?” dan seterusnya menggelar saya dan SAMM selaku kucing kurap.
3. Perlu diperjelaskan beberapa kekeliruan.
a. Pertama, jemputan tersebut ialah jemputan forum ‘Hot Seat’ di mana panel tunggalnya ialah Dr.Mahathir dan SAMM ialah penganjur dan ia bukan cabaran debat antara saya dan Dr.Mahathir.b. Tumpuan juga ialah penganjur akan menghadirkan mangsa – mangsa buli politik Dr.Mahathir selama 22 tahun memerintah Malaysia.c. Forum ini merupakan peluang untuk Dr.Mahathir menjelaskan dan orang ramai khususnya mangsa buli politik Dr. Mahathir bertanya perbagai soalan berkenaan banyak kontroversi selama 22 tahun Dr.Mahathir memerintah sehingga dakwaan terbaru Dr.Mahathir tidak berhenti membuat perbagai tuntutan dan permintaan kepada pengganti beliau dan apabila tidak tertunai hajatnya dia akan menggunakan perbagai isu untuk menyingkirkan Perdana Menteri itu.
4. Kita berharap Dr. Mahathir boleh berani tampil memenuhi undangan ini dan bukan membalas dengan caci maki. Terbayang kami jika Dr.Mahathir masih PM sudah tentu saya dan kawan – kawan akan ditahan dan disabit dengan perbagai tuduhan fitnah seperti memiliki senjata bagi menggulingkan kerajaan.
5. Almarhum Arwah Ust. Fadzil Noor tokoh pemimpin rakyat yang pernah dalam beberapa siri ucapanya ketika kezaliman Dr.Mahathir memuncak menyebut beliau berdoa agar Dr. Mahathir dipanjangkan umur bagi berdepan sendiri kerosakan yang dia lakukan (bermain tahi sendiri). Jelaskini ia berlaku.
6. Di zaman pemerintahanya dia mencengkam media, menggunakan sepenuhnya bukan sahaja media tetapi seluruh instrument kerajaan termasuk perundangan bagi membunuh musuh politiknya. Masih ingatkah kita aktivis gerakan reformasi terpaksa mencari ruang media luar bagi menyampaikan isu yang dibawa dan menjawab fitnah tanpa henti. Kemudian Dr. Mahathir terus melebelkan kita penderhaka, pengkhianat dan perbagai tuduhan lagi.
7. Kali ini walaupun dia masih ada ruang tetapi Dr. Mahathir tetap menggunakan media luar bagi menyerang pemimpin negara, tidakkah kalau mengikut sifir dia selama ini maka ia kianat dan derhaka ? Cuma ketika doa Almarhum Ust. Fadzil kelihatan termakbul malangnya ada pula dikalangan kita boleh sama bermain tahi dengan Dr.Mahathir dan menjadikan dia seolah hero. Amat lucu apabila ada pembangkang yang percaya Mahathir mahu membantu mereka mengambil alih negara.
8. Mahathir bukan hero, tidak ada isu baru yang dia bawa. Dialah yang menaikkan Pak Lah ketika ramai menentan, hanya kerana beranggapan Pak lah yang lemah mampu menjadi bonekanya tetapi apabila tuntutan tak tertunai dia mengulang pendedahan dan hujah pembangkang bagi menjatuhkan Pak Lah. Selepas Pak Lah jatuh ada dia usahakan sebarang tindakan undang – undang bagi mengembalikan harta negara yang dia terlibat menuduh Pak lah, Kamal dan Khairy (kerajaan 3 beranak) ini rompak dari negara ? Begitu juga ketika ini, dia hanya berbunyi apabila permintaan dia tak tertunai ?
9. Kepada Dr. Mahathir, kami berdepan dengan Najib semenjak kamu mahu naikkan beliau. Tetapi setelah permintaan kamu tak tertunai kamu sendiri tampil mencuri ‘limelight’ dan begitu ghairah termasuk terkait merekayasa bukti dan seumpamanya. Mahathir ketika pemerintahan kamu, kamu raja fitnah, kamu bunuh musuh politik dengan cara politik jahat tolong jangan kotorkan usaha kami membawa wadah baru dalam negara dengan cara politik kotor kamu.
10. Kepada aktivis pembangkang dan aktivis masyarakat ayuh kita depani najib dan mana – mana pemimpin negara dengan kekuatan rakyat. Mahathir hanya oportunis yang akan merosakkan gerakan demi nafsu rakus beliau. Berapa pusingan lagi rakyat mahu ditipu oleh watak Mahathir yang sama ?
11. Akhir sekali kepada Dr. Mahathir ayuh penuhi undangan Forum “Nothing2Hide”. Rakyat tak sabar menanti penjelasan dalam banyak perkara. Dalam mendepani Najib kamu bangkit persoalan bagaimana anak – anak Tun Razak boleh kaya dan mewah sedangkan Tun Razak miskin tetapi kami juga mahu bertanya dengan kamu bagaimana anak – anak kamu dalam sekelip mata menjadi multimillionaire sedangkan kamu juga berasal dari keluarga yang miskin dan tidak akan dilupa kamu juga terkait memecat timbalan kamu kerana menghalang kamu menggunakan wang negara bagi bailout anak kamu.
12. Sebagai maklumat tambahan, SAMM dan sekutu kini giat dalam kempen #sudahlahMahathir dan kini buku poket Wajah Sebenar Mahathir sudah dicetak sebanyak 50,000 dan sudah lebih 40,000 sudah diedarkan dengan penumpuan edaran kakitangan awam. Mahathir dan penyokongnya setakat ini tidak menjawab satupun persoalan yang dibangkitkan sebaliknya cuba mengelak dengan mempersoalkan kesalahan dan kelemahan Najib dan cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan kempen ini bagi menyokong Najib. Kami tegaskan kempen #sudahlahMahathir bukan menyokong Najib, biarkan Najib berdepan dengan rakyat tetapi Mahathir harus menjawab dosa pentadbiranya yang menjerut rakyat sehingga kini.
Sekian.
che’GuBard
Pengasas
syabas,teruskan...
ReplyDeleteSaya nak mintak maaf terlebih dahulu. Pada pandangan saya artikel ni seperti kucing kurap.
ReplyDeleteSAMM ni untuk apa? Mcm parasit je... dah la takde ape2 hasil dari dulu smpai sekarang... asik menyalak je... hasil tadak..
ReplyDeletefuck you la... apehal comment nak kene ada approval? mcm najib takde telo...
ReplyDelete