Saturday, March 23, 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS "SIDANG GEMPAR UMNO HARAM" OLEH CHEGU BARD

21 Mac 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS "SIDANG GEMPAR UMNO HARAM" OLEH CHEGU BARD

Assalam'mualaikum &Salam Sejahtera,

1. Kepada semua bloggers dan facebookers yang diRahmati Allah sekalian. Semoga sukses dalam meneruskan perjuangan menumbangkan Umno-BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

2. Saya bagi pihak beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menjemput dengan penuh takzim kalian semua bloggers dan facebookers yang mendokong Pakatan Rakyat ke majlis "SIDANG GEMPAR - UMNO HARAM - OLEH CHEGU BARD, PEGUAM DAN AKTIVIS UMNO".

3. Ia akan diadakan pada hari Ahad 24 Mac 2013 mulai jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12 tengahari bertempat di Hotel Adamson (dulu dikenali Hotel KL International), Kg Baru bersebelahan PPZ Darul Zakah.

4. Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan di hotel berkenaan.

5. Ia bertujuan untuk membongkar tindakan Umno tidak mendaftarkan parti berkenaan dalam pelbagai peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara sebaik Umno (Baru) diizinkan beroperasi oleh Pendaftar Pertubuhan tahun 1988. 

6. Ini dibuktikan dengan keputusan mahkamah baru-baru ini apabila mendapati Umno Bahagian Tanah Merah serta 126 cawangan di dalamnya tidak didaftarkan dengan Pendaftaran Pertubuhan.

7. Dalam carian di banyak bahagian, rupa-rupanya Umno gagal mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pendaftaran Pertubuhan sebaliknya mereka tidak mengendahkan surat Pendaftaran Pertubuhan yang menuntut ditubuhkan cawangan, bahagian dalam tempoh 60 hari. Akibatnya, Umno yang diluluskan itu tidak boleh ditubuhkan atas nama asal di lokasi berkenaan.

8. Taklimat Khas akan disampaikan oleh Chegu Bard daripada SAMM dan dihadiri sama oleh beberapa peguam terbabit dan aktivis Umno yang berjaya mengheret Umno Tanah Merah ke mahkamah.

9. Besar harapan kita semua agar isu ini dibongkar, diletup dan diterbitkan melalui blog dan facebook sebagai pendekatan utama buat masa ini, kemudian disusuli dua petisyen mahkamah akan diajukan kepada Pendaftaran Pertubuhan dan Umno oleh NGO dan para peguam terbabit.

10. Tindakan lanjut akan disusul sebaik isu ini dominan dalam pasaran berita dan Umno menjadi kelam-kabut untuk menepis dan menyembunyikan realiti sebenar status parti Melayu itu.

11. Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri menjemput kalian bloggers dan facebookers Pakatan Rakyat hadir ke majlis ini untuk mengambil tanggungjawab bersama menangani isu "UMNO HARAM" bagi membolehkan Pakatan meluncur laju ke Putrajaya.

12. Sila berikan jawapan HADIR atau TIDAK HADIR dengan reply emel jemputan ini atau SMS kepada saya 019-2051419 dengan menyertakan nama dan diikuti HADIR atau TIDAK HADIR sebelum jam 3 petang hari Sabtu 23 Mac 2013.

13. Segala perhatian dan pertimbangan kalian untuk hadir, didahulukan lafaz jazakalLah ukhairan kathsiro'. Selamat berjuang menumbangkan Umno-BN. Terima kasih.    


Koordinator "Sidang Gempar Umno Haram"
TARMIZI MOHD JAM
Tel: 019-2051419

No comments:

Post a Comment