Wednesday, March 06, 2013

APS Siap Sedia Gempur PRU 13!


DALIT, TUARAN, 08 November 2012 : Pertubuhan Angkatan Perubahan Sabah(APS) membuat satu lagi langkah jauh ke hadapan apabila pihak sekretariat APS dengan jayanya menganjurkan Bengkel Propaganda bagi menghadapi Pilihanraya Ke 13. Bengkel tertutup ini disertai oleh Penyelaras APS dari seluruh Sabah dengan kerjasama Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) yang diketuai oleh Saudara Badrulhisam Sahirin (chegubard) sebagai Pengerusi SAMM dan juga Pengarah Strategik SAMM Cikgu Fauzi . Pembukaan bengkel telah dimulakan pada 7hb November dan dipimpin oleh Datuk Kalakau Untol selaku Majlis Pimpinan Pusat PKR dan berakhir pada 8hb November 2012 yang mana ianya disempurnakan oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing selaku Pengerusi APS.
Kepakaran dan kemahiran serta masa kedua dua tenaga pengajar ini telah didigunakan sepenuhnya oleh 38 orang peserta bengkel kali ini. Antara modul yang diajar ialah bagaimana cara menyampaikan mesej kepada rakyat dengan cara yang berkesan. Selain itu, praktikal pengucapan setiap peserta amat berharga kerana ia dapat membantu memperkukuhkan kemahiran mereka. Soalan-soalan dan respon daripada peserta sangat baik dan ini membuktikan Bengkel ini sangat berguna dan berilmu.
Pada hari terakhir kira-kira jam 5.00 petang Bengkel berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta dan penyerahan cendera kenangan kepada tenaga pengajar yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur ini.

dipetik dari  http://apsabah.com/v1/siap-sedia-gempur-pru-13/#more-1000

No comments:

Post a Comment