Tuesday, March 05, 2013

Doa buat adik Izzat di N.Tebal

Hujung minggu lepas seperti rutin biasa dengan jadual yang padat. Khamis 28 Feb. prog mula petang lawatan dan ziarah ke Nibong Tebal kemudian lepas Maghrib bertolak ke Gulau, Sik Kedah untuk ceramah umum sebelum Pendang untuk Ceramah Umum Pelancaran Bilik Gerakan.

Lepas Pendang terus ke Kota Bharu, Kelantan untuk 3 acara anjuran SAMM Kelantan dan 1 Mac malam itu bersama dalam Pendedahan PI Bala anjuran SAMM Kelantan. Letih hilang dengan kehadiran lebih 10,000 orang.

2 Mac pula 3 program di Pahang, sampai rumah 6 pagi, rehat sekejap sebelum 1petang bersama SAMM Selayang dalam Jelajah DUN Kuang Parlimen Selayang sehingga tengah malam.

Ramai bertanya tak letih ke ? Jawapanya saya juga manusia dan pasti letih, namun bahan bakar saya ialah kepayahan hidup rakyat.

Walaupun pasti sudah saya tidak bertanding di N.Tebal, walaupun peringkat awal saya turun ke N.Tebal hasil perbincangan dengan DSAI sendiri, jemputan rasmi Cabang secara bertulis dan permintaan Dr. Mansor sendiri yang disebut oleh beliau ketika pertemuan di pejabatnya.

Hampir 6 bulan saya di sana, menyewa rumah namun membina jaringan di N.Tebal bukan payah kerana ia merupakan kampung mertua saya dan arwah ayah mertua saya juga merupakan antara pengasas keADILan di sana. Saya sendiri tidak asing di sana bergerak sekian lama ramai kenalan malah ketika zaman ramai meninggalkan perjuangan saya pernah ditahan polis di N.Tebal ketika sama membantu program di sana.

Bulan ke tiga saya di N.Tebal berjaya membuka sebuah bangunan dua tingkat untuk dijadikan Pejabat Parlimen N.Tebal di mana selepas Ahli Parlimen N.Tebal lompat kawasan ini kelihatan terbiar. Selepas Pejabat dibuka bukan sedikit yang datang mengadu dan saya cuba membantu semampu mungkin.

Banyak aktiviti yang digerakkan hampir semua menggunakan kewangan sendiri dan sedikit bantuan dari kenalan. Dari ceramah, ziarah, hebahan bahan maklumat, bantuan dan program anak muda semua ini berjaya mengumpulkan aktivis yang mula menjauh disamping menyusun jentera yang baru.

Namun pengumuman Mansor sebagai calon tanpa perbincangan awal sedikit menyentak. Kononya untuk menyelamatkan beliau yang bermasalah dengan Lim Guan Eng kerana komen kritik beliau yang bocor dari mesyuarat tertutup.

Namun bagi che'Gubard ini bukan kali pertama, mengingatkan diriperjuangan ini bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya perubahan dan menyelamatkan negara lebih penting maka terus berlari kukuh. Selepas pengumuman tersebut jentera yang ada terus berjalan , bilik gerakan dan pusat aduan yang dibuka terus beroperasi.

Mansor ada bertemu menyatakan kononya dia tak nak bertanding N.Tebal namun hanya ke sana kerana DSAI. Hanya tersenyum kerana bagus pejuang seperti ini yang 'naam' dan angguk ikut bos sepenuhnya. Dia juga ada bertanya mengenai perbelanjaan pejabat dan program selama ini.

Atas nasihat ramai maka saya senaraikan semua perbelajaan yang utama (yang kecil - kecil tak dikira) yang mampu dikira selama bergerak di N.Tebal dan diberikan kepadanya. Namun tak sangka selepas itu muncul pula cerita yang che'GuBard tuntut dan ugut dia dengan sejumlah wang.

Tak apa saya cuma tersenyum melihat kerenah kecil perjuangan ini. Tak mengapa ketahuilah saya akan terus bergerak sedikit - sedikit di N.Tebal untuk pastikan kemenangan perjuangan takpa pedulikan tokoh - tokoh konon besar tetapi punya perangai anak - anak ini.

Masyarakat N.Tebal ramai yang susah dan perlu didampingi. Adik Izzat contohnya bapanya cuma seorang makenik dan ibunya seorang guru. Keluarga sederhana ini diuji dengan anaknya Ijat mengidap barah. Anak yang dulunya aktif ini kini tak mampu berjalan dan muram kesakitan.

Ibunya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, ayahnya sudah tentu tumpuan kerja terganggu. Febuari lepas saya sempat ziarah anak ini di Hospital P.Pinang, dia demam, tak nak makan dan kesakitan. Dia terlalu letih nak membaca pun tak mampu ketika itu , saya teringat tab buatan China yang sering che'Nur main maka saya janji pada Izzat paksa diri makan dan kuatkan diri. Kalau keluar hospital nanti saya akan belikan Tab untuk buat download perbagai permainan berunsur pelajaran.

Beberapa minggu lepas Kak Pah, aktivis tegar dan orang lama dalam gerakan memaklumkan adik Izzat dah balik rumah. Saya dan Sani pergi gagah juga mencari tab buatan China dapat dengan harga RM299 dan perjalanan Khamis lepas dimulakan dengan ziarah Izzat di rumah. Dia makin kuat, ibunya kata selain rawatan hospital , Izzat mula dengan rawatan alternatif juga.

Walaupun kami juga tak berapa mampu tapi bagi kami tidak ternilai dengan senyuman yang terukir di sebalik anak yang kesakitan.

Doa buat Izzat moga ujian ini dilalui dengan tenang dan yakinlah jika Izzat lulus ia akan jadi anak yang sangat kuat !

Doa buat Izzat sekeluarga dan seluruh marhaenis yang menderita.


klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

No comments:

Post a Comment