Tan Sri Musa Hassan telah turut mendedahkan bahawa Tan Sri Robert Phang
telah bertindak mengugut Pegawai Polis iaitu sekiranya projek tersebut
tidak diluluskan , Pegawai Polis tersebut akan ditukarkan 24 jam .
Tindakan Tan Sri Robert Phang adalah merupakan satu tindakan jenayah
yang tidak boleh dipandang ringan apabila seorang awam telah bertindak
mengugut penjawat awam .
Turut sama terlibat dalam kes tersebut ialah Ketua Polis Negara Tan Sri
Ismail Omar telah melakukan rasuah salahguna kuasa mengarahkan Pegawai
Polis tersebut untuk menandatangani komisyen bagi memenuhi arahan Tan
Sri Robert Phang.
Kerana Pegawai Polis tersebut terus gagal mengikut arahan Tan Sri Ismail
Omar dan Tan Sri Robert Phang , akibatnya pegawai tersebut ditukar 24
jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan
tersebut sedangkan sepertimana pendedahan Tan Sri Musa Hassan projek
komunikasi tersebut masih gagal siap sepenuhnya.
Tindakan Tan Sri Robert Phang dan Tan Sri Ismail Omar adalah merupakan
satu tindakan jenayah yang amat serius dan sebagai warganegara yang
bertanggungjawab dan bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan
lebih memahami dan menguasai undang-undang negara .
Beliau yang mempunyai maklumat yang cukup lengkap untuk melakukan
tindakan yang sewajarnya lebih-lebih lagi ianya melibatkan dana awam
bernilai ratusan juta ringgit iaitu projek komunikasi Motorola dari
sistem analog ke digital PDRM.
Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia.
Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan
Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft
Global PLC yang berpangkalan di Israel.
Ramai tertanya - tanya mengapa tiba - tiba Musa Hassan muncul. Dia sendiri terpalit banyak dakwaan salah guna kuasa ketika bertugas. che'GuBard sendiri satu ketika pernah mengusung dan mendedahkan wujud akuan bersumpah oleh pegawai tinggi polis yang mengaitkan Musa Hassan dengan kegiatan kongsi gelap yang dilindungi, namun kes tersebut terus tutup dan tidak di siasat.
sila klik sini untuk membaca salinan penuh akuan bersumpah tersebut.
Musa pula sebaliknya selepas senyap seketika selepas berhenti terus memulakan isunya dengan kononya ada anggota tingginya ditekan oleh pimpinan Bn untuk melepaskan penjenayah. klik sini
che'GuBard sendiri pernah membuat sekurang - kurangnya 4 laporan polis terus ke atas Musa Hassan salah satunya kerana dengan jelas menjadikan PDRM tunggangan Umno untuk urusan politik. klik sini
namun dalam kisah Altantuya kenapa Musa masih cuba berselindung sebaliknya hanya melepaskan peluru kapur ? Dia menembak keliling tanpa mendedahkan siapa pemimpin Bn yang terlibat ?
Adakah benar Musa Hassan hanya alat Dr.Mahathir untuk memberikan tekanan kepada Najib dan Hishamuddin agar akur dengan senarai calun yang Dr. Mahathir ajukan ?
Oleh kerana itulah Musa Hassan hanya memberikan peluru kapur tidak menembak tepat. Isu yang dilontarkan pula hanya untuk sensasi media dan beliau tidak tampil membuat laporan SPRM mahupun laporan polis terhadap apa yang didedahkannya sendiri.
Selagi Musa Hassan tidak tampil membuat laporan, bagi SAMM mungkin ada kebenaran Musa Hassan hanya alat politik Dr.Mahathir untuk menekan Najib dan sepupunya Hishamuddin. Kenapa Dr.Mahathir memilih Musa Hassan sebagai alatnya ini mungkin kerana Najib pasti tidak berani mengusik Musa kerana Musa ialah Ketua Polis ketika Altantuya mati dibunuh.
Namun dalam isu pendedahanya rakyat perlu mengambil serius kerana ia mengakibatkan kemusnahan negara.
I SAMAN U......
ReplyDeleteBanyak nya Sandiwara..!, Pemain nya adalah Pelakon Handal memutar belit dan membelit hingga terbunuh. Tak tau nak kata apa Cikgu...NYAWA Rakyat dan anggota Keselamatan di pertaruhkan demi untuk memenuhi HAJAT JIJIK Si Kitol dan Mandeliar...
ReplyDeleteMamak kutty sedang mempergunakan orang melayu. Memang malang orang melayu ni, tak sedar diri diperbodohkan, dipergunakan oleh c kitol!!!!!
ReplyDelete