Thursday, January 13, 2011

Tuntut janji PRU ke 12 Rembau


Khairy dah umum tak nak pertahan kerusi Rembau, tak pasti tapi ada bbrp pendapat mengenai pengumumannya :
  • merajuk : dia merajuk dan cuba nak tarik perhatian untuk dia diberi perhatian oleh Najib kalau Najib beri perhatian dia ambil lah balik kerusi Rembau.
  • tawaran undur diri : ada pendapat mengatakan dia terlibat dalam isu skandal Alcatel - Telekom yang terbongkar baru ini. Maklumat ini pun blogger Umno yang beri. Maka selaku taraf Naib presiden Umno yang memang dia tahu ramai orang nak dia 'pergi' maka dia tawar dia 'pergi' dan kes itu senyap.
  • dah tahu tak dapat tempat : atau pun ada juga pendapat yang kata dia dah memang sedar dah tak ada tempat. Di Negeri Sembilan, khabarnya pertukaran MB akan dibuat. MB sekarang akan bertanding kerusi Rembau maka dia memang sedar dah tak ada tempat maka dia sendiri buat plan keluar.
Tak kisah lah apapun alasan tetapi apapun Khairy harus bertanggungjawab terhadap janji yang diucapkan sendiri untuk memenangi undi orang Rembau. Malangnya bila che'GuBard dan teman-teman bangkitkan isu janji ini maka laman-laman web pro Khairy secara bersungguh bukan sekadar tak nak tunai janji tersebut tetapi menuduh pula che'GuBard dan teman-teman menipu.

Janji pertama pasal hospital. Janji ini dilafaz sendiri oleh Khairy Jamaluddin ketika kempen pilihanraya. Malah satu majlis meletakkan batu asas diadakan di kononya tapak akan dibuat hospital yang dipaksa kakitangan kerajaan hadir dia telah 'menyimen' batu bata di atas tembok sebagai tanda bermula kerja bina hospital. Majlis kerajaan yang penuh bendera Bn digunakan sepenuhnya utk kempen pilihanraya. Pengundi yang telah sejak merdeka tak ada Hospital dareah Rembau telah diperdaya dengan mempercayai mengundi menantu Perdana Menteri maka penantian sejak merdeka hospital akan terlaksana sebaik Khairy diundi.
Majlis gilang gemilang yang disiar di media arus perdana.
Akhirnya dari Mac 2008 hingga Jan 2011 semua hanya mimpi. Orang Rembau masih terpaksa pergi ke Hospital Tampin dan Hospital Seremban untuk mendapatkan rawatan. Hanya tinggal batu asas kesunyian atas padang bertar. Bila dibangkitkan mereka kata che'GuBard menipu dan sengaja menghasut Hospital itu akan dibina dalam masa terdekat. Dari tahun dulu itulah kata - kata yang didengar. Konon projek dah masuk RMK..... ini berbeza apabila di Selangor atau mana - mana negeri Pakatan Rakyat heboh media pemuda Umno cungkil konon janji itu tak buat - janji ini tak buat. Tapi bila di kawasan Ketua Pemuda Umno sendiri mereka akan kata sabar lah akan buat, dah masuk RMK ingat buat hospital ini macam buat bangsal kah tanya mereka pula.... maknanya Khairy janji kosong ketika itu dan sekarang cuba tungkus lumus. Malangnya di Tampin yang memang sudah ada Hospital Daerah oleh kerana kerusi DUN Repah (pekan Tampin) dimenangi DAP maka Hospital Tampin telah menerima peruntukan besar dan projek sedang berjalan menaik taraf Hospital Tampin.

Ikrar che'GuBard akan tuntut juga sampai Hospital tersebut dibina untuk rakyat Rembau.

Janji kedua ialah lapangan terbang Rembau. Isu ini memukau orang Rembau. Ayat ini muncul dalam banyak ceramah Bn. Dalam satu ucapan MB ketika kempen pilihanraya ketika pecah tanah Masjid Pedas yang disiarkan di hujung buliten utama TV3 menyatakan dengan jelas. "tahniah sekarang dah boleh ada masjid baru....itu sebab kita bawa menantu Perdana Menteri ke Rembau...bukan sahaja Masjid, Hospital.... Rembau akan dapat Lapangan Terbang pun" begitulah lebih kurang bunyi ucapan MB ketika itu.

Bila tak boleh laksana mereka tuduh ia fitnah che'GuBard. Minta rujuk Utusan Malaysia. Akhbar Utusan Malaysia bertarik 21 Februari 2008 antara lain menyebut bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bahawa kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil. Keratan akhbar pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/02/tanah-adat-rembau-akan-tergadai.html

Janji ke tiga ialah UITM Rembau. Kononya dengan memilih seorang anak Melayu balik England maka dia akan beri tumpuan pendidikan tinggi kepada anak Rembau. Ketika itu dicanang UITM Rembau. Di ulang UITM Rembau. Namun selepas pilihanraya maka che'GuBard himpit untuk tuntut hak orang Rembau mendapat UITM Rembau. Mula hari tu MB masih pegang janji Khairy untuk bina UITM di Rembau 22 Nov 2011 MB masih menyebut UITM Rembau di Chengkau tetapi sudah bertukar kepada pembiayaan swasta.

Namun terbaru apabila dihimpit isu janji UITM ini Umno sudah pusing cerita dengan kata "pembinaan UiTM , ianya memang akan dibina di Seremban 3, walaupun luar Rembau tapi ianya berhampiran dan sempadan dengan Rembau. Apakah ini menjadi satu isu yang besar kepada pembangkang jika ianya dibina di Seremban 3"

Rujuk semula akhbar Utusan klik http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm dengan jelas di Seremban 3 itu ialah projek Campus City dan MB menyebut Projek UITM Rembau di Chengkau ialah projek yang berbeza.

Janji yang ke empat ialah semua anak Rembau akan dapat perkhidmatan pendidikan tuisyen percuma. Melalui projek tuisyen emas. Terpedaya dengan janji ini Khairy mendapat undi tetapi sehingga kini tidak nampak bayang projek tuisyen untuk semua anak Rembau. Menang ada satu pusat tuisyen dibukak di satu ceruk kampung dalam dua tahun lebih dan akhirnya ditutup. Kalau setakat buka satu pusat tuisyen di ceruk kampung itu bukan tunai janji pendidikan tuisyen percuma semua anak Rembau. Dia harus ingat dia ahli Parlimen bukan ketua kampung. Bila didesak dikata kan pula dah tak payah sebab semua sekolah dah bagi tuisyen.

Janji ke lima iaitu membuat masjid Pedas, projek ini tertangguh lama dan baru ini siap itupun setelah ada dermawan korporat yang membuat sumbangan.

Bagi pihak rakyat Rembau janji-janji ini akan dituntut. che'GuBard akan pastikan Bn (Khairy) laksanakan janji mereka. Namun usaha ini tentu tak disenangi laman-laman dan media Umno akan terus serang dan perlekeh usaha tuntut hak orang rembau ini, tapi tak mengapa apapun che'GuBard akan terus tuntut.


No comments:

Post a Comment