Wednesday, February 08, 2012

Hipokrit ! Malaysia bekal minyak sawit ke Israel


Imej bendera Israel terkibar di PWTC tidak harus dilupakan

Pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia dengan Menteri Israel bukti hubungan
diplomatik terselindung wujud

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

8 Febuari 2012

REGIM HARUS TAMPIL PERJELAS DAGANGAN SAWIT DENGAN ISRAEL

1. SAMM dengan ini menegaskan semula pendirian SAMM iaitu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Umat Islam wajib menentang Israel kerana isu penjajahan kiblat pertama umat Islam (al Aqsa) namun semboyan penentangan kepada Israel ini melangkaui isu agama dan harus disambut oelh semua kerana ia isu kezaliman dan penindasan serta penjajahan moden dengan mewujudkan negara haram Israel.

2. Isu hubungan Malaysia - Israel ini kembali menjadi perhatian apabila media milik Umno dan para pemimpinnya sedang giat menggunakan petikan kata-kata Anwar di WSJ yang berbunyi "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" untuk melakukan serangan bertubi pada beliau sebagai penyokong zionis.

Ketua Umum PKR itu turut mengeluarkan satu kenyataan mengecam pihak-pihak yang memutarkan kenyataannya dan menjelaskan bahawa beliau ada menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi ketika ditemubual oleh WSJ pada hari Khamis, 26 Januari 2011.

“Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati,” kata beliau, sambil menegaskan bahawa pendirian beliau selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

dokumen rasmi kastam yang mencatat antara hubungan dagang Malaysia - Israel

2. Malaysia sebelum ini secara hipokrit telah menipu rakyat Malaysia kononya negara ini tidak lansung mempunyai hubungan dengan Israel. Hipokrasi pemerintah negara telah dirobek apabila 7 November lepas melalui sidang Dewan Rakyat, SAMM den gan kerjasama dan melalui YB Er Teck Hwa, ahli Parlimen DAP Bakri telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel. Tidak boleh lari dari soalan yang turut disertakan dokumen beberapa borang kastam yang menjadi dokumen rasmi penghantaran/penerimaan barang dagangan Israel-Malaysia akhirnya YB Mukhriz Timbalan Menteri kemneterian Perdagangan Antarabangsa (MiTi) terpaksa mengakui bahawa hubungan dagang memang wujud tetapi hanya
dagangan 'terkawal' melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini. Ini kononya terpaksa diberi kebenaran atas menjaga kepentingan pelabur yang datang ke Malaysia. Mukhriz menyatakan selain dari itu tidak ada lansung hubungan dagang. Menteri (MiTi) YB Mustafa Mohamad lansung diam dan tidak berani memberikan kenyataan mengenai perkara ini. (klik sini)

keratan borang JK 69 yang mempunyai pengesahan Kastam dan MiTi membuktikan kemasukan barang dari Israel untuk dipasang dalam negara sebelum dijual semula ke luar negara dari Malaysia.

3. Tidak berpuas hati Er Teck Hwa bangun mencelah beberapa kali dengan menyebut
kan ia bukan transaksi biasa. Er mendedahkan kewujudan borang JK 69 yang menunjukkan syarikat yang beroperasi di Malaysia mengambil barang (tidak siap) dari Israel dan kemudian memasangnya di kilang di Malaysia kemudian menjualnya sebagai produk dari Malaysia. Maka secara tidak lansung barangan Israel berjaya sampai dipasarkan ke negara yang memboikot Israel dengan bantuan Malaysia. Panik dan tidak mampu menjawab pendedahan Er Teck Hwa
yang dibantu SAMM maka hasilnya Er Teck Hwa diarahkan keluar dari dewan.

sidang media SAMM 8 Feb 2012, 11.30 pg, di P.Pinang menunjukkan kepada wartawan dokumen yang mengaitkan penghantaran minyak sawit dari Malaysia ke Israel

4. Terbaru SAMM telah menemui beberapa dokumen membuktikan bahawa wujud hubungan dagang lain secara terus dan melibatkan syarikat Malaysia. Dua dokumen 'Booking Conformation' melibatkan dua syarikat dari berpengkalan di Johor telah didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung pelepas terus ke Ashdod iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 km dari Tel Aviv.


5. Dokumen ini telah didedahkan kepada wartawan dalam sidang media 8 Febuari 2012, 11.30 pagi di Komtar, Pulau Pinang.

6. Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalanya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar ke Israel ?

7. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. SAMM yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.
Rakyat sering di dera dengan putus bekalan minyak sawit di pasaran tempatan tetapi dalam pada masa itu negara terus membekalkan minyak sawit lebih dari cukup untuk Israel

8. Jumlah penghantaran yang banyak ini bukan sahaja cukup untuk kegunaan domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan semula minyak sawit. Malah sudah ada usaha Israel menyimpan stok minyak sawit dan jika ini tidak dikawal maka Israel pasti mampu menjadi antara pemain utama pasaran hadapan sawit maka ekonomi negara pasti terancam apabila Israel boleh mengawal harga. Banyak kali rakyat negara didera kerana kehabisan minyak sawit dipasaran tetapi dalam pada masa yang sama Malaysia dengan 'selamba' membekalkan minyak sawit ke Israel.

Utusan Malaysia sebelum ini sudah melaporkan bagaimana kapal mengibarkan bendera Israel disambut di pelabuhan negara, kali ini bukan sekadar kapal tetapi ada bukti kehadiran pihak berkuasa Israel sendiri ke dalam negara bagi memastikan kualiti dan keselamatan Minyak Sawit untuk dihantar ke Israel

9. Lebih memeranjatkan terdapat bukti bergambar yang membuktikan 'pihak kerajaan' Israel juga telah hadir ke kawasan pelabuhan Malaysia untuk memastikan 'keselamatan' dan 'kebersihan' minyak sawit yang dihantar. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Malaysia diwajahkan langsung tidak punya hubungan dengan Israel ? Ternyata regim ini 'munafik' !

10. Satu surat rasmi akan dihantar ke MiTi untuk meminta penjelasan mengenai perkara ini. SAMM menuntut regim tampil memberikan penjelasan dan menghentikan segera semua bentuk hubungan dagang dengan Israel serta meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Palestin kerana sikap hipokrit Malaysia.

11. Mengikut laporan Kesatuan Eropah Malaysia merupakan negara ke 15 yang aktif membantu ekonomi Israel.

Sekian ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
http://www.anakmudamalaysia.com

19 comments:

  1. Habes yang boss ko sokong Israel taknak komen pape??

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:08 PM

    Terbaik dari CB..tahniah.. Tp apa shamsul buat masa ni yer ?

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:05 PM

    tuduh anwar sokong Israel...tapi hantar minyak sawit ke israel...takpe meniaga...tapi masaalah nya kenapa batalkan hantaran ke Iran...hmmmm

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:44 PM

    OK lah tu.. dapat jugak duit dari export.. Kalau macam Iran, Kita bagi Sawit, dia orang bagi dadah kat Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous7:10 PM

      DIORANG HANTAR DADAH SEBAB POLIS MALAYSIA TDO BYAK KAT AIRPORT.SAMPAI SENANG LEPAS.BYK NEGARA GUNA MALAYSIA SBG HUB DADAH ANTARABANGSA.SEBAB POLIS RASUAH.

      Delete
  5. Anonymous1:43 AM

    Nak cakap shamsul iskandar tak buat kerja ke? Sorry lah brader, kenapa shamsul dan lain2 rakan tidak mahu melebih dalam kes ini. Kerana isu ini terlalu senang dipatahkan oleh ameno. Cuma manusia kaki jalanan mcm chegubard je syok sendiri mengenai isu ini. Shamsul Iskandar seorang peguam dan barisan teamnya semua professional. Maka dia faham method ekonomi dan undang2 perniagaan disini. Jangan lah chegubard nak jadi mcm rafizi yg suka main tembak isu demi populariti akhirnya bila dijawab oleh orang ameno tambahan pula publisiti media yg mereka ada, menampakkan kita yang bodoh. Aku tak hairan kenapa chegubard tak layak jadi ketua AMK, sbb memang sahih dari segi intelektual chegubard sangat2 lemah. Pengikut SAMM cuma terdiri dari street fighter semata2. Kalau Pakatan Rakyat memerintah, takkan org macam chegubard yg bahasa Inggeris pun kelam kabut nak jadi menteri? Kalau menteri demonstrasi2 boleh la bagi dekat dia. Ini belum cerita kekecewaan chegubard dengan anwar hingga mahu keluar PKR dan mengkhianati perjuangan parti. Sambil minta tolong seorang taukey cina utk kaw tim bagi pihak dia. U ingat DS anwar tak tahu ke segala info ini? Sebab itu aku rasa chegubard cuma gila publisiti dan populariti. Tengok masa samseng ameno serang program hindraf dan ABU, mana chegubard? Duduk atas pentas menikus!! Lepas samseng2 tu dah blah baru lah chegubard nak tunjuk terer bagi ucapan berdegar2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous10:34 PM

      bodoh...anak penjajah...korea,jepun tak pakai bahasa Inggeris pun maju...kau ni agaknya anak lembu sahrizat kot...

      Delete
    2. Anonymous7:13 PM

      JGN JADI BODOH BUDAK SAM,YG JATUHKAN MESIR,TUNISIA BERAPA ORG YG ADA DEGREE,MASTER PHD,JGN NK SOMBONG,HANYA 29% RAKYAT MALAYSIA MASUK IPTA/IPTS.YANG NAK PERINTAH KENA ADA ORGANISASI TAPI NAK JATUHKAN TAK PERLU CUKUP ADA KETU ADAN PENGIKUT SETIA.TAKKAN NAK MOPBILISASI DEMO PAKAI DEGREE.MANA ADA UNUVERSITI AJAR KAU BERDEMO.

      Delete
  6. Anonymous8:23 AM

    nak cakap shamsul iskandar tak bergerak ? berapa banyak yang amk dapat untuk bergerak ?

    Tauke cina itu namnya Amigo, penaja utama Nurul Izzah. Ingat tauke cina ini nak taja tanpa harap balasan. Kini chegubard pula gunakan tauke cina ini.

    Jangan bezakan rafizi dengan shamsul kerana takukah kita berapa banyak rafizi dapat setiap bulan dan setiap pendedahan yang dibuat untuk terus bergerak. Kami AMK terus dibiar mati. Dengan dana yang besar Rafizi cuma boleh buat publisiti lemah yang akhirnya merugikan parti apabila terpaksa menanggung samanya.

    chegubard juga begitu hanya berkokok tetapi organisasi kosong.

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:21 AM

    yang Samsung pakai komponen Israel la yang patut kita boikot apa kejadah lak salah kerajaan.. memang dah clear Samsung tu foreign kompeni kan... apa la bengap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous7:15 PM

      HANG PUN BODO.YANG KASTAM APROVE PENGHANTARAN KE ISRAEL BUAT APA?TAK KIRA LAAA SYKT MANA PUN.KALAU MAK MENTUA HANG NAK KIRIM KEROPOK LEKOR KE ISRAEL..TAK TAU LAA...PULAK

      Delete
  8. Anonymous11:39 PM

    isap La shamsul iskandar punya...

    ReplyDelete
  9. Anonymous2:17 PM

    ai.... ahli politik minta sumbangan?? wakakakak da giler ker per...... PAK Q

    ReplyDelete
  10. Anonymous4:24 PM

    hahaha...betul ahli politik PKR minta sedekah masuk akaun peribadi lagi....parti kebajikan

    agaknya kalau tak jual kat Israel PKR nak beli bertan-tan minyak kelapa sawit di malaysia ni buat goreng kat ceramah.

    ReplyDelete
  11. Anonymous8:16 PM

    Bad ni budak bodoh dan keturunan penipu

    ReplyDelete
  12. Anonymous11:05 PM

    abis tu Israel dok jual McD, KFC dll kat Malaysia tu... apahal?? mmg la Msia xde hubungan diplomatik pe2 ngn Israel, tp setakat berdagang xde pe2 kan? Islam tak pernah melarang umatnya memulaukan musuh dlm perdagangan...setahu teman laa...

    ReplyDelete
  13. Anonymous4:42 PM

    aha..k2 form..im as forwading ajen..da besepah dah xpot ke israel...tpi semua nya dipantau dan memerlukan permit utk diekspot..permit ada..lepas la xpot nya..aha..lau nak prove k2 form 2 besepah kwn ada..ehe...bab2 permit lak..cmne leh lepas ye...agagagaga...tpi bayangkan bile kapal bantuan ke gaza disekat..sape yg sekat...haaaaa!!!!!...amacam???
    bile export import...mcm2 la masuk...saye mkn gaji..nak xtanak...terpaksa buat...xbuat..beduyun charges kene..sape nak bayar..agagaggaga...sedih-menangis-herm,.. :(

    ReplyDelete
  14. Anonymous1:15 AM

    keep it 'UP' bro. tq krn penjelasan yang lengkapo demi kebenaran.

    ReplyDelete
  15. Anonymous6:18 PM

    Salam, mungkin link ini berguna utk pendedahan CheGu Bard berkenaan minyak sawit ini utk org2 yang nafi skandal ini

    http://www.israelfundingcorp.com/palm_oil_letter_of_intent.html

    ReplyDelete