Tuesday, February 14, 2012

Korupsi sudah sebati 'butang merah' harus ditekan jika tidak bangsa ini akan hancur

Negara ini sudah parah korupsinya. Dua minggu ini sudah kedengaran dan didakwa dimahkamah kes korupsi diluar jangka selama ini.

Korupsi sudah sampai ke perkara ibadah.Di ibu negara Juru analisis sistem dan kerani Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen minggu lepas, atas tuduhan berasingan membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji dan menerima rasuah RM6,750, dua tahun lalu. manakala di Ipoh pula seorang pensyarah sebuah kolej di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana meminta dan menerima wang berjumlah RM300 daripada seorang pelajarnya bagi membolehkan pelajar berkenaan lulus satu kertas peperiksaan, semalam.

Apa sudah jadi ? Bukankah mengerjakan ibadah haji itu antara ibadah 'agong' dimana manusia menyerah dan memperhamba diri pada Allah. Apa rasanya hati apabila seseorang pergi haji dengan libat kegiatan 'korupsi' itu ? dan kenapa yang beri rasuah itu tak didakwa ?

Bagaimana sikap lulusan mana-mana tidak kira IPTA atau IPTS yang lulus dengan rasuah ? Itu belum lagi pendedahan beberapa hari selepas kes tersebut di Awani Astro yang menyiarkan pengakuan seorang pelajar wanita yang mengakui rasuah bukan sekadar melibatkan wang tetapi melibatkan seks untuk lulus peperiksaan.

Rasuah sudah menjadi budaya dalam masyarakat sebenarnya tanpa sedar. Seorang pelajar asrama pulang lewat ke asrama sudah menjadi rutin 'merasuah' pengawal dengan minuman panas dan roti telur. Menu itu pula terpulang kepada berapa lewat waktu untuk membuka pagar dan menutup mulut.

Kenapa ini semua berlaku ? Jika ditanya kepada perasuah yang kecil mereka akan kata alah kami ambil sikit yang atas ambil lagi banyak.

Rasuah ini perlu diperangi kecil atau besar. Sistem harus dirobah segera. Sebuah badan anti rasuah harus diwujudkan, diletakkan terus dibawah parlimen Malaysia dan diberi kuasa pendakwaan. Badan ini pula punya tanggungjawab besar perang rasuah bukan sekadar penguatkuasaan tetapi amat penting juga aspek pendidikan.

Satu lagi peruntukan perlu dikuat kuasakan dimana harta perasuah juga harus dirampas dan dikembalikan semula kepada rakyat.

Akhirnya percayalah jika dalam aspek rasuah ini kita tidak 'bersatu hati' dalam menanganinya yakinlah bangsar Malaysia ini akan hancur tanpa disedari. Korupsi sudah mengakar umbi dalam bangsa ini, butang merah harus ditekan segera!!!




No comments:

Post a Comment