Catatan Umum
12 April 2019
Siri 4 : Tok Mat
Teknokrat Palsu
1.
Pilihanraya Kecil Rantau ini sedikit sebanyak
telah berjaya mendedahkan wajah sebenar Tok Mat selaku teknokrat palsu yang
selama ini hanya berselindung dibalik persepsi baik semata mata. Siri sebelum
ini berjaya mendedahkan dokumen perlembagaan SIGC yang beliau tandatangani
sendiri membenarkan penjualan arak sehingga dia tak dapat elak sehingga
terpaksa mengakuinya. Kemudian siri 2kami dedahkan bagaimana MBI entity pengawal
utama semua perniagaan kerajaan negeri sengaja dilemahkan dengan hanya wujud
dua lembaga pengarah termasuk dia dan hanya dua kakitangan. Kelemahan ini
memberikan kesempatan tinggi untuk rekod kewangan terabur dan disyaki kuat
penyelewengan berlaku. Siri dua mendedahkan bagaimana penyelewengan pentadbiran
dimana secara ‘jenayah pentadbiranya ‘ tandatangan tanah tanpa title milikan
telah ditandatangani. Namun dijawab olehnya secara lemah dengan memusingkan isu
tanah tersebut dipajakkan kepada Felcra. Isu sebenar bukan pajakan, memang
banyak kerajaan negeri punya polisi tidak serah tanah namun beri pajakan jangka
masa panjang. Namun dokumen perjanjian itu sendiri haram kerana bagaimana MBI
boleh membuat pajakan tanah yang bukan milikan MBI. Jenayah pentadbiran ini
menjadi beban sehingga kerajaan hari ini.
2.
Dalam siri dua juga diteliti bagaimana
kehilangan wang tanpa dikesan jejak kehilangan rekod pembayaran 2 tahun juga
(kemungkinan diseleweng),kehilangan RM30.65juta yang sepatutnya untuk tabung e
kasih (rakyat termiskin dan juga kehilangan RM10.96 juta dana untuk tujuan CSR
(awam). Pendedahan terperinci tersebut gagal dijawab malah Mohammad cuba
mengelak soalan itu direspon. Dia nya mengelak dengan memberi respon periksalah
kalau duit itu masuk akaun saya. Namun dia gagal nafi apa yang kami dedahkan.
3.
Siri pendedahan 3 pula didedahkan secara
terperinci bagaimana tanah (diyakini termasuk kawasan hutan simpan) di Serdai
Ilir (Jempol) diluluskan sebagai kawasan pertanian (Zon industry akuakultur –
ZIA) namun setelah balak kawasan tersebut licik dikerjakan kawasan tersebut
baru masuk kajian dan diistihar tak sesuai untuk ZIA. Jelas MMKN istihar
kawasan tersebut sebagai ZIA tanpa kajian terperinci hanya untuk kerja keluar
balak. Pengurusan yang lemah juga telah menyebabkan bukan sahaja kawasan hutan
dara yang diistihar ZIA di Serdai Ilir habis licin tetapi kecurian balak juga
berlaku serentak dengan kerja balak membersih kawasan tersebut. Kerajaan negeri
hilang jutaan wang yang besar kerana ini.
4.
Dalam siri ke 4 ini didedagkan bagaimana MBI
yang sangat lemah sengaja dilihat lemah agar kesempatan ini dapat digunakan
bagi membuat silap mencari rakan perniagaan yang tidak kompiten. Contohnya
Kerajaan Negeri Sembilan hilang sehingga jutaan ringgit kerana Projek Ladang
Rusa diuruskan secara tidak baik oleh Lambang Tunas Sdn Bhd. Pada peringkat
awal 541 ekor rusa diternak seharusnya ia terus membiak namun kerana pengurusan
lemah namun b ila diteliti semula selepas PRU hanya 151 ekor rusa sahaja hidup.
Ini kerugian besar kepada kerajaan, ia asset hidup duit MBI seharusnya.
Tinjauan tapak dibuat dan didapati infrastuktur ladang banyak rosak kerana tidK
diselia dengan baik. Hasil temubual dengan beberapa pihak di ladang tersebut
mendedahkan Rusa sendiri tidak diberikan makan yang cukup itu sebab mati
kelaparan banyak. Kakitangan tidak punya latihan, malah pada satu masa Ladang
ini tidak punya pengurus untuk tempoh lebih setahun.
5.
Pemilihan rakan niaga yang lemah ini nampaknya
memang menjadi cara MBI itu sendiri. Kelihatan tidak ada dibuat langsung
analisis pulangan dan risoko kepada MBI tiap kali pemilihan rakan niaga. Maka
adakah layak Ketua MBI ketika itu Tok Mat digelar ahli korporat hebat atau
hanya teknokrat palsu semata. Contoh seterusnya ialah dua buah syarikat iaitu
Syarikat Ganjaran Kurnia Sdn Bhd dan Sumber Jelajah Sdn Bhd . Dua syarikat ini
punya pemilik yang sama mendapat 4,020 ekar tanah di Gemas. Hasil siasatan kami
dalam fail MBI sendiri tidak punya rekod lengkap syarikat ini seperti daftar
meniaga dan lain lain. Sebaliknya carian di agensi lain yang menemukan milikan
syarikat.
Ganjaran Kurnia Sdn Bhd mendapat tanah PT
5853 3,500 ekar untuk pajakan 30 tahun bagi tanaman sawit dengan hanya pajakan
RM31,500 sahaja namun itupun tidak ada maklumat pembayaran. Entah bayar
entahkan tidak
Sumber Jejalah Sdn Bhd mendapat 520 tanah
bersebelahan tanah Ganjaran Kurnia Sdn Bhd (dimana dua syarikat ini pemilik
sama) bagi tanaman Durian Musang King, juga dengan pajakan 30 tahun dengan
nilai pajakan RM2,583. Perjanjian ditandatangani 2014 namun rekod pembayaran
hanya pada tahun 2017 dan 2016 sahaja.
Apa kesitimewaan dua syarikat sama pemilik
ini sehingga MBI sanggup rugi kerana mereka ?
Dari pendedahan siri 4 ini adakah Tok Mat layak digelar
tokoh korporat berjaya dan bersih yang berkorban terjun ke dunia politik atau
hanya layak digelar teknokrat palsu semata – mata.
Kesempatan ini juga saya nyatakan desakan sekali lagi kepada
Menteri Besar Negeri Sembilan supaya jangan lemah dan lembab sangat. Banyak kes
salah laku Tok Mat yang telah membebamkan Negeri Sembilan yang kesannya hingga
kini. Ya, Tok Mat juga ada jasanya, namun jasa itu tidak menghalalkan
penyelewengan dan jenayah pentadbiran yang dilakukan. Menteri Besar seharusnya
membentuk satu Jawatankuasa khas meneliti semua data, dokumen berkaitan bagi
bukan sahaja membuka mata memberi keadilan kepada rakyat malah melalui penemuan
penemuan tersebut dapat dikembalikan hak rakyat khususnya di Negeri Sembilan
ini.
Saya juga hannya tersenyum melihat bagai mana kerajaan hari
ini menggunakan isu RM10juta ‘penyeludupan wang haram’ ke London melibatkan Tok
Mat sedangkan perkara tersebut saya yang bongkar sejak awal 2009 lagi. Namun
ketika itu Pengerusi Perhubungan yang diterjunkan oleh Anwar Ibrahim yang
dikatakan kawan baik Anwar sendiri ketika itu cuba menutup serangan saya dan
kawan kawan terhadap isu itu ketika tersebut. Saya peringatkan diri saya betul
dan salah wajib menjadi prinsip jika ia perjuangan rakyat bukan hanya guna isu
berdasarkan kepentingan diri dan kelompok semata.
Catatan ;
che’GuBard,
*bekas MPP PKR
*bekas Ketua Cabang Rembau
*bekas MPP PKR
*bekas Ketua Cabang Rembau
sila baca
1. Tok Mat Teknokrat Palsu (Tok Mat tandatangan kebenaran
penjualan arak di permis Kerajaan Negeri dan MBI sengaja dilemahkan untuk
alasan penyelewengan ) klik http://chegubard.blogspot.com/2019/03/mohammad-hassan-teknokrat-palsu-siri-1.html
2. Tok Mat Teknokrat Palsu (jenayah perjanjian palsu dan
kehilangan wang rakyat termiskin) klik http://chegubard.blogspot.com/2019/04/siri-2-tok-mat-teknokrat-palsu.html
3. Tok Mat Teknokrat palsu (sapu balak) klik http://chegubard.blogspot.com/2019/04/siri-3-tok-mat-teknokrat-palsu-sapu.html
Bn tak guna. Ph penipu. Dap perkauman. Hanya calon Pas sahaja layak diundi di p raya kecil Rantau. Jangan lupa, pangkah bulan. Pas menang, islam senang. UNDILAH PAS DI RANTAU
ReplyDeletegood info
ReplyDelete