Thursday, April 11, 2019

Siri 4 : Tok Mat teknokrat palsu ('sengaja' memilih rakan niaga lemah)


Catatan Umum

12 April 2019

Siri 4 : Tok Mat Teknokrat Palsu

1.      Pilihanraya Kecil Rantau ini sedikit sebanyak telah berjaya mendedahkan wajah sebenar Tok Mat selaku teknokrat palsu yang selama ini hanya berselindung dibalik persepsi baik semata mata. Siri sebelum ini berjaya mendedahkan dokumen perlembagaan SIGC yang beliau tandatangani sendiri membenarkan penjualan arak sehingga dia tak dapat elak sehingga terpaksa mengakuinya. Kemudian siri 2kami dedahkan bagaimana MBI entity pengawal utama semua perniagaan kerajaan negeri sengaja dilemahkan dengan hanya wujud dua lembaga pengarah termasuk dia dan hanya dua kakitangan. Kelemahan ini memberikan kesempatan tinggi untuk rekod kewangan terabur dan disyaki kuat penyelewengan berlaku. Siri dua mendedahkan bagaimana penyelewengan pentadbiran dimana secara ‘jenayah pentadbiranya ‘ tandatangan tanah tanpa title milikan telah ditandatangani. Namun dijawab olehnya secara lemah dengan memusingkan isu tanah tersebut dipajakkan kepada Felcra. Isu sebenar bukan pajakan, memang banyak kerajaan negeri punya polisi tidak serah tanah namun beri pajakan jangka masa panjang. Namun dokumen perjanjian itu sendiri haram kerana bagaimana MBI boleh membuat pajakan tanah yang bukan milikan MBI. Jenayah pentadbiran ini menjadi beban sehingga kerajaan hari ini.

2.      Dalam siri dua juga diteliti bagaimana kehilangan wang tanpa dikesan jejak kehilangan rekod pembayaran 2 tahun juga (kemungkinan diseleweng),kehilangan RM30.65juta yang sepatutnya untuk tabung e kasih (rakyat termiskin dan juga kehilangan RM10.96 juta dana untuk tujuan CSR (awam). Pendedahan terperinci tersebut gagal dijawab malah Mohammad cuba mengelak soalan itu direspon. Dia nya mengelak dengan memberi respon periksalah kalau duit itu masuk akaun saya. Namun dia gagal nafi apa yang kami dedahkan.

3.      Siri pendedahan 3 pula didedahkan secara terperinci bagaimana tanah (diyakini termasuk kawasan hutan simpan) di Serdai Ilir (Jempol) diluluskan sebagai kawasan pertanian (Zon industry akuakultur – ZIA) namun setelah balak kawasan tersebut licik dikerjakan kawasan tersebut baru masuk kajian dan diistihar tak sesuai untuk ZIA. Jelas MMKN istihar kawasan tersebut sebagai ZIA tanpa kajian terperinci hanya untuk kerja keluar balak. Pengurusan yang lemah juga telah menyebabkan bukan sahaja kawasan hutan dara yang diistihar ZIA di Serdai Ilir habis licin tetapi kecurian balak juga berlaku serentak dengan kerja balak membersih kawasan tersebut. Kerajaan negeri hilang jutaan wang yang besar kerana ini.

4.      Dalam siri ke 4 ini didedagkan bagaimana MBI yang sangat lemah sengaja dilihat lemah agar kesempatan ini dapat digunakan bagi membuat silap mencari rakan perniagaan yang tidak kompiten. Contohnya Kerajaan Negeri Sembilan hilang sehingga jutaan ringgit kerana Projek Ladang Rusa diuruskan secara tidak baik oleh Lambang Tunas Sdn Bhd. Pada peringkat awal 541 ekor rusa diternak seharusnya ia terus membiak namun kerana pengurusan lemah namun b ila diteliti semula selepas PRU hanya 151 ekor rusa sahaja hidup. Ini kerugian besar kepada kerajaan, ia asset hidup duit MBI seharusnya. Tinjauan tapak dibuat dan didapati infrastuktur ladang banyak rosak kerana tidK diselia dengan baik. Hasil temubual dengan beberapa pihak di ladang tersebut mendedahkan Rusa sendiri tidak diberikan makan yang cukup itu sebab mati kelaparan banyak. Kakitangan tidak punya latihan, malah pada satu masa Ladang ini tidak punya pengurus untuk tempoh lebih setahun.

5.      Pemilihan rakan niaga yang lemah ini nampaknya memang menjadi cara MBI itu sendiri. Kelihatan tidak ada dibuat langsung analisis pulangan dan risoko kepada MBI tiap kali pemilihan rakan niaga. Maka adakah layak Ketua MBI ketika itu Tok Mat digelar ahli korporat hebat atau hanya teknokrat palsu semata. Contoh seterusnya ialah dua buah syarikat iaitu Syarikat Ganjaran Kurnia Sdn Bhd dan Sumber Jelajah Sdn Bhd . Dua syarikat ini punya pemilik yang sama mendapat 4,020 ekar tanah di Gemas. Hasil siasatan kami dalam fail MBI sendiri tidak punya rekod lengkap syarikat ini seperti daftar meniaga dan lain lain. Sebaliknya carian di agensi lain yang menemukan milikan syarikat.

Ganjaran Kurnia Sdn Bhd mendapat tanah PT 5853 3,500 ekar untuk pajakan 30 tahun bagi tanaman sawit dengan hanya pajakan RM31,500 sahaja namun itupun tidak ada maklumat pembayaran. Entah bayar entahkan tidak

Sumber Jejalah Sdn Bhd mendapat 520 tanah bersebelahan tanah Ganjaran Kurnia Sdn Bhd (dimana dua syarikat ini pemilik sama) bagi tanaman Durian Musang King, juga dengan pajakan 30 tahun dengan nilai pajakan RM2,583. Perjanjian ditandatangani 2014 namun rekod pembayaran hanya pada tahun 2017 dan 2016 sahaja.

Apa kesitimewaan dua syarikat sama pemilik ini sehingga MBI sanggup rugi kerana mereka ?

Dari pendedahan siri 4 ini adakah Tok Mat layak digelar tokoh korporat berjaya dan bersih yang berkorban terjun ke dunia politik atau hanya layak digelar teknokrat palsu semata – mata.
Kesempatan ini juga saya nyatakan desakan sekali lagi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan supaya jangan lemah dan lembab sangat. Banyak kes salah laku Tok Mat yang telah membebamkan Negeri Sembilan yang kesannya hingga kini. Ya, Tok Mat juga ada jasanya, namun jasa itu tidak menghalalkan penyelewengan dan jenayah pentadbiran yang dilakukan. Menteri Besar seharusnya membentuk satu Jawatankuasa khas meneliti semua data, dokumen berkaitan bagi bukan sahaja membuka mata memberi keadilan kepada rakyat malah melalui penemuan penemuan tersebut dapat dikembalikan hak rakyat khususnya di Negeri Sembilan ini.

Saya juga hannya tersenyum melihat bagai mana kerajaan hari ini menggunakan isu RM10juta ‘penyeludupan wang haram’ ke London melibatkan Tok Mat sedangkan perkara tersebut saya yang bongkar sejak awal 2009 lagi. Namun ketika itu Pengerusi Perhubungan yang diterjunkan oleh Anwar Ibrahim yang dikatakan kawan baik Anwar sendiri ketika itu cuba menutup serangan saya dan kawan kawan terhadap isu itu ketika tersebut. Saya peringatkan diri saya betul dan salah wajib menjadi prinsip jika ia perjuangan rakyat bukan hanya guna isu berdasarkan kepentingan diri dan kelompok semata.

Catatan ;
che’GuBard,
*bekas MPP PKR
*bekas Ketua Cabang Rembau

sila baca

1. Tok Mat Teknokrat Palsu (Tok Mat tandatangan kebenaran penjualan arak di permis Kerajaan Negeri dan MBI sengaja dilemahkan untuk alasan penyelewengan ) klik http://chegubard.blogspot.com/2019/03/mohammad-hassan-teknokrat-palsu-siri-1.html

2. Tok Mat Teknokrat Palsu (jenayah perjanjian palsu dan kehilangan wang rakyat termiskin) klik http://chegubard.blogspot.com/2019/04/siri-2-tok-mat-teknokrat-palsu.html


2 comments:

  1. Anonymous3:27 PM

    Bn tak guna. Ph penipu. Dap perkauman. Hanya calon Pas sahaja layak diundi di p raya kecil Rantau. Jangan lupa, pangkah bulan. Pas menang, islam senang. UNDILAH PAS DI RANTAU

    ReplyDelete