Wednesday, April 03, 2019

Siri 3 : Tok Mat Teknokrat palsu (sapu balak)

Kenyataan Umum
4 April 2019

*Siri 3 : TOK MAT TEKNOKRAT PALSU*

1. Tulisan ini perlu dibaca dengan siri satu yang boleh dicapai di *http://chegubard.blogspot.com/2019/03/mohammad-hassan-teknokrat-palsu-siri-1.html?m=1* dan siri 2 di *http://chegubard.blogspot.com/2019/04/siri-2-tok-mat-teknokrat-palsu.html?m=1*

2. Seperti dijangka Mohammad Hassan pastinya tidak mampu menjawab satu pun dari siri pendedahan ini malah pasti akan cuba mengelak menjawab kerana ia tidak punya jawapan malah mungkin terkejut dengan bagaimana kami masih boleh mengesan penyelewengan – penyelewengan walaupun banyak fail dan dokumen telah dihilangkan dari banyak pejabat kerajaan. Selama hampir sebulan pasukan yang dibentuk mencari dan meneliti ratusan set dokumen dari perbagai sumber bagi menyusun beberapa siri pendedahan ini. Ia bukan satu usaha mudah kerana banyak fail telah dikesan hilang.

3. Siri pertama kami mendedahkan dokumen kebenaran dengan tandatangan Mohammad Hassan “pindaan” perlembagaan SIGC yang membenarkan penjualan arak sehingga memaksa dia mengaku memang wujud dokumen seumpama itu.

4. Siri ke dua kami dedahkan bagaimana MBI yang menjadi organisasi utama mengawal semua entiti perniagaan kerajaan negeri kelihatan sengaja dilemahkan dwngan hanya ada dua Lembaga Pengarah dan dua staff. Malah kebenaran audit tanpa had juga tidak wujud. Ini disyaki kerana sengaja agar kelemahan ini boleh digunakan sebagai peluang untuk memadam, menutup atau kelihatan tidak sengaja direkod transaksi. Dalam pendedahan siri kedua juga didedahkan secara terperinci mengenai bagaimana MBI melakukan jenayah menandatangani perjanjian dengan FELCRA penyerahan tanah 2585.09 tanah tanpa tittle, kehilangan rekod pembayaran 2 tahun juga (kemungkinan diseleweng),kehilangan RM30.65juta yang sepatutnya untuk tabung e kasih (rakyat termiskin dan juga kehilangan RM10.96 juta dana untuk tujuan CSR (awam). Pendedahan terperinci tersebut gagal dijawab malah Mohammad cuba mengelak soalan itu direspon.

5. Kali ini didedahkan mengenai kelulusan tanah berkeluasan 350 hektar @ 875 ekar di Serdai Ilir (Jempol) yang diluluskan oleh kerajaan negeri dan diberikan kepada MBI pada 30 Ogos 2006 secara pajakan 99 tahun untuk kegunaan penternak ikan dan udang. Berdasarkan rekod – rekod yang dikumpulkan menyatakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 10 Oktober kemudian mewartakan tanah tersebut sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA). Menurut rekod ditemui 15 November 2007 MBI telah membayar RM34,240 bagi notis 5A (milikan tanah).

6. Namun carian cuba dibuat bagi mengenal pasti lokasi dan sempadan sebenar tanah. Malangnya fail tanah ini ‘telah hilang’ dari simpanan Pejabat Daerah dan Tanah. Kami punya syak yang kuat bahawa kawasan yang diluluskan turut melibatkan kawasan hutan  simpan.

7. Malangnya MBI telah melantik syarikat secara terus bagi pengeluaran balak kawasan tersebut namun rekod syarikat dan pembayaran pengeluaran balak juga tidak ditemui. Muncul persoalan adakah ia dikeluarkan secara percuma sebagai ‘upah’ bersih tanah bagi tujuan pertanian atau bawah nilai pasaran ? Cuma berdasarkan maklumat mulut syarikat ada kaitan dengan “YB parti kerajaan ketika itu”. Pembalakan tidak dipantau dengan baik malah ia turut melibatkan kecurian kayu balak dikawasan sekitar tanah tersebut di mana sekitarnya ialah hutan simpan dan hutan dara. Ini sahaja sudah merekodkan jutaan kehilangan wang MBI dan kerajaan negeri secara tidak langsung.

8. Paling menarik sebaik balak habis dikeluarkan termasuk ada yang dicuri begitu sahaja. Muncul rekod kononya hasil kajian agensi dibawah Kementerian Pertanian Malaysia memberi tahu kawasan tersebut tidak sesuai dibuat kawasan ZIA. Lucukan kenapa dari awal tidak dikaji hanya selepas balak bersih baru dikaji. Berdasarkan penemuan setakat ini ada lagi beberapa kawasan dipercayai telah berlaku perkara yang sama.

9. Selepas balak bersih dan kawasan tersebut gagal dijadikan kawasan pertanian maka kerajaan gagal menyerahkan tanah tersebut kepada pihak yang berminat untuk pertanian maka kerajaan secara automatic kehilangan kutipan cukai tanah bernilai sekurang kurangnya RM727,200.

10. Urus tadbir lemah, kehilangan rekod, adakah ia jelas bagi tujuan menutup jenayah ? Adakah Mohammad layak dikatakan sebagai MB terbaik, bersih atau dia sekadar teknokrat palsu. Sekali lagi saya mendesak Menteri Besar untuk membentuk satu jawatankuasa khas bagi menyiasat semua penyelewengan dan jenayah kerajaan terdahulu keraja selepas mencari sendiri dan menyusun sendiri semua dokumen ia melibatkan kerugian yang besar dengan dan memberi kesan berpanjangan kepada negeri ini. Saya sedia memberikan kerjasama jika diperlukan.

*Catatan oleh che’GuBard* (Badrul Hisham Shaharin)
- Bekas MPP PKR
- Bekas Ketua Cabang Rembau yang pertama

No comments:

Post a Comment