KENYATAAN MEDIA
4 Oktober 2016
Pada 26 Ogos 2016 (sekitar 10.30 pagi) saya telah mendapat panggilan
telefon yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan ibu pejabat PKR memaklumkan
satu email telah dihantar kepada saya yang mengandungi lampiran surat pemecatan
saya dan salinannya telah dihantar melalui pos laju juga.
Namun setelah diselidik surat tersebut telah mengandungi
tandatangan palsu YB Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR yang mana dia melalui bukti
salinan cetakan whats apps dan kenyataan dia kepada beberapa orang jelas
menyatakan dia tidak menandatangani surat tersebut, tidak mengetahui
tandatangannya digunakan malah dia tidak berada di Kuala Lumpur pun ketika
surat tersebut dikeluarkan.
Ini satu jenayah serius. Kesalahan meniru tandatangan ini
boleh disabit kesalahan Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan
Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda.
Jugaada beberapa undang – undang berkaitan jenayah serius ini.
Sebagai bukti kukuh surat 26 Ogos 2016 mengandungi
tandatangan palsu ialah telah dikeluarkan surat pemecatan ke dua bertarikh 6
September 2016. Pengeluaran surat kedua ini merupakan bukti kukuh jenayah
pemalsuan tandatangan telah dilakukan pada surat 26 Ogos 2016.
Jenayah ini merupakan jenayah serius dan polis didesak
melakukan siasatan dan mendakwa penjenayah. Sangat memalukan sebuah parti yang
bercakap soal integriti sanggup berkompromi dengan jenayah seperti ini.
Untuk makluman pemecatan saya adalah tidak mengikut
perlembagaan parti, tidak ada mesyuarat hanya perbincangan melalui whats app
sahaja. Namun semua ini dilakukan hanya kerana saya mendedahkan korupsi libat
AzminAli. Untuk melindungi Azmin maka saya dipecat dengan sanggup mencabul
lunas keadilan ? Apa beza PKR dengan Umno dalam perkara ini ? Untuk ini juga
saya akan mengajukan laporan kepada Pendaftar Pertubuhan.
20 September (melalui surat saya kepada Presiden PKR) dan 27
September (melalui kenyataan saya yang turut dihantar kepada Presiden PKR dan
beberapa pemimpin PKR lain) saya telah meminta penjelasan namun tidak mendapat
jawapan. Saya percaya mereka tidak menjawab kerana tiada jawapan kerana
kesalahan jenayah telah dilakukan. Namun saya masih ada keyakinan dengan integriti
Rafizi untuk bercakap benar bahawa sememangnya jenayah pemalsuan tandatangan
sudah berlaku.
Jenayah , korupsi harus ditentang tidak kira siapa
pelakunya. Tidak ada istilah lawan korupsi musuh politik dan tutup korupsi ,
jenayah orang dalam parti. Laporan polis dan akan membuat laporan pendaftar
pertubuhan demi mendapatkan keadilan yang dinafikan.
petikan cetakan dari whats app kumpulan MajlisPimpinan Pusat yang membuktikan pemecatan che'GuBard tanpa melalui mesyuarat MPP |
antara petikan whats app dari SUA PKR |
surat pemecatan pertama yang dibuat tergesa gesa yang dimana tandatangan Rafizi diimbas dan dicetak semula dengan komputer |
No comments:
Post a Comment