21 Oktober 2016
1. 19 Oktober 2016, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan (Selcat) - DUN Selangor telah mengumumkan kes berkaitan Lot 68054, Tanjung Dua Belas, Kuala Langat tidak memerlukan pendengaran awam kerana ia bukan terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland. Pengumuman ini membuktikan SELCAT lebih parah dari Jawatankuasa Kira - kira Wang Negara (PAC) peringkat Parlimen, ini kerana sekurang kurangnya PAC memanggil perbagai pihak bagi mendengar aduan termasuk pihak yang dikenali sebagai 'penentang' namun SELCAT membuat keputusan menolak kes tanpa memanggil pengadu pun. Bagaimana kes dibicarakan tanpa pengadu dipanggil ? Ini satu pembohongan dan tindakan 'korup' !
2. Merujuk kepada minit mesyuarat Keputusan MMKN Bil 11/2014 berhubung kertas EXCO MTES no. : 4/6/2014 ternyata dengan jelas permohonan pembangunan di Lot 68054 telah ditolak kerana alasan kawasan tersebut terletak didalam kawasan Paya Indah Wetland. Cuma ketika itu Menteri Besarnya ialah Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi Exco terbabit juga merupakan pada potfolio yang sama. Adakah SELCAT buta dengan fakta ini atau cuba berbohong kerana menjaga kepentingan masing masing ?
3. Ramai pelik kerana sebaik sahaja Azmin Ali naik menjadi Menteri Besar semua proses pada tanah tersebut dipercepatkantermasuk perlengkungan semula dan pindaan kepada Rancangan Tempatan kawasan tersebut. Ini boleh diperjelaskan dengan wujud proksi Azmin Ali dalam syarikat pemaju yang tanpa berselindung menggunakan kedudukan politik melobi perubahan status tanah tersebut. Soalnya berapa juta bertukar tangan kerana lobi ini berjaya ? Adakah SELCAT menghalalkan kegiatan ini ?
berapa juta komisyen bertukar tangan ? |
5. Dalam isu ini SELCAT ternyata hanya melepaskan batuk ditangga demi menghalalkan kemusnahan alam & korupsi (komisyen yang bertukar tangan) demi kepentingan tertentu. Jika SELCAT membuat 'kerja rumah' yang betul tentu mereka menjumpai kes di mana orang asal menuntut hak tanah mereka. Tuntutan tanah ini termasuk dalam kawasan lot 68054 yang dimaksudkan. Soalnya bagaimana kerajaan negeri meluluskan pembangunan dalam kawasan yang masih kesnya tergantung di Mahkamah ? Di mana ketelusan kerajaan negeri ?
6. Dalam janji Buku Jingga yang dibuat oleh gabungan parti yang mentadbir Selangor kini sebelum PRU lepas ternyata janji mereka ialah menjamin hak tanah adat orang asal tidak dicabuli mana - mana pihak. Adakah ia janji palsu hanya untuk meraih undi kerana realitinya berbeza, apabila orang asal menuntut hak di mahkamah mereka ditentang oleh Kerajaan Negeri Selangor sendiri. Malah lebih teruk sebelum kes mahkamah selesai, orang asal sekitar 4000 orang (Temuan) di 7 kampung sekitar lot 68054 dikianati dengan tanah yang dipertikaikan diberi kebenaran pembangunan. Kalau pun mereka menang dimahkamah , tanah tersebut telah musnah.
7. Pada 19 Oktober lepas juga SAMM dan sekutu telah mengadakan sesi taklimat media yang dihadiri wakil orang asal 7 kampung terbabit yang hadir diketuai sendiri oleh Batin Malam anak Gerchang, iaitu cucu kepada Panglima Tok Pelangi seorang tokoh Sakai yang seangkatan Sultan Abdul Samad. Dalam taklimat media hampir dua jam itu telah dibentangkan panjang lebar mengenai bagaimana kerajaan menabur janji manis tetapi akhirnya mengkhianati masyarakat orang asal dengan memusnahkan tanah - tanah mereka dengan menyerahkan kepada 'kapitalis besar'. Bukannya pendengaran awam malah suara bantahan mereka sehingga ke mahkamah dilawan oleh kerajaan negeri.
8. Untuk pengetahuan semua mesin - mesin besar sudah memasuki tanah lot 68054 yang dimaksudkan. Namun terdapat kegiatan yang agak pelik di mana tanah merah dan pasir diangkat berlori - lori keluar dari lot tersebut ke luar. Malah menurut orang asal dikawasan tersebut ia turut melibatkan kawasan hutan simpan bersebelahan. Tanpa sebarang papan tanda makluman kebenaran kerja atau kebenaran melombong ia kelihatan seperti kegiatan haram. Orang asal telah membantah dengan cuba menahan lori - lori yang laju melalui kawasan mereka malah ada yang mengancam keselamatan anak - anak mereka. Sebagai tindak balas pemaju telah menggunakan 'gangster' dan orang asal diugut bunuh jika mengganggu kerja mereka. Satu laporan polis telah dibuat oleh orang asal, namun kami yakin tidak akan ada tindakan berlaku seperti biasa kerana semua sistem dalam negara melindungi kepentingan pemodal.
laporan polis yang menyatakan nama dan no. telefon yang membuat ugutan, sehingga kini apa tindakan PDRM ? |
9. Orang asal yang miskin ini cuma menuntut hak tanah nenek moyang mereka yang juga menjadi tempat sumber pencarian hidup mereka. Mereka kini juga sedang mencari dana bagi melawan kerajaan negeri di mahkamah. Mereka memerlukan RM3,000 untuk failkan kes mereka di mahkamah sebelum 26 Oktober. Nampaknya Kerajaan Negeri bawah Khalid Ibrahim pernah membanggakan kita dalam perkara ini melalui kes Sagong Tasi dimana kerana negeri terbukti membela orang asal namun Kerajaan negeri dibawah Azmin Ali bertindak lebih zalim dari Bn menindas orang asal. Melalui tindakan Azmin ini maka tidak salah kalau orang mula mempertikaikan adakah janji PRU kita benar ikhlas hendak dilaksanakan ?
9. Kami dengan ini sekali lagi menegaskan menolak keputusan SELCAT dan ia hanya cubaan menyucikan #skandalAzmin68054. Dengan penampilan Batin Malam Gerchang dan wakil- wakil kelompok orang asal maka lengkap 3 isu yang dibangkitkan mengenai #skandalAzmin68054 iaitu isu alam sekitar, isu korupsi dan isu penindasan dan kezaliman terhadap penduduk setempat (orang asal).
Kami bertanggungjawab terhadap semua pendedahan sikap mengelak dan mengalihkan isu malah menggunakan saluran kerajaan bagi membersihkan kosupsi hanya menunjukkan Azmin Ali sama sahaja malah lebih teruk dari kebanyakan pemimpin Bn yang ada hari ini. Booklet #skandalAzmin68054 boleh dicapai melalui online (klik sini) dan Azmin dicabar jika berani nafikan tuduhan tersebut dengan saman mahkamah.
Kami sering ingatkan diri kami korupsi tidak kira siapa melakukan ia tetap salah, tidak ada istilah korupsi besar atau korupsi kecil ...
cacatan oleh che'GuBard, SAMM (chegubard@gmail.com)
Kami dari NGO Suara Melayu Baru sentiasa menyokong segala usaha CheguBard dan team SAMM dalam usaha menentang korupsi dan kqpitalisme...
ReplyDeleteWalau mungkin kita berbeza dr segi aliran politik, namun tetap berkongsi asas perjuangan yg sama...
http://suaramelayubaru.blogspot.com